Masalah bibir pecah dan kering sering dihadapi oleh wanita. Situasi ini menyebabkan anda menjadi runsing dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila bibir yang kering disapu dengan lipstick. Kadangkala, bahan yang terkandung di dalam lipstick tersebut tidak elok untuk kesihatan bibir. Namun segala masalah ini boleh diselesaikan.
Seperti yang dikongsikan oleh Afieyza Aleeschaylee, skrub bibir kunyit madu boleh membantu untuk mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi serta membantu menghadapi masalah bibir yang kering dan luka. Ternyata cara tradisional lebih selamat untuk menyihatkan bibir.
BAHAN-BAHAN:
- Kunyit
- Madu
CARA-CARA:
- Masukkan kunyit yang telah ditumbuk ke dalam mangkuk yang dipenuhi madu.
- Kemudian, kacau kunyit dan madu tersebut hingga sebati.
- Setelah sebati, sapukan ia pada bibir.
- Biarkan ia kering selama 10 minit.
- Setelah kering, gosokkan campuran tadi pada bibir.
- Akhir sekali, bilas hingga bersih.
KHASIAT KUNYIT PADA BIBIR
- Kandungan antiseptik dan anti bakteria semula jadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka.
- Kunyit juga kaya dengan vitamin C semula jadi yang mampu memberikan tona untuk bibir kehitaman.
- Kunyit juga mengandungi anti-inflamasi yang membantu mengurangkan kehitaman pada bibir.
KHASIAT MADU PADA BIBIR
- Membantu memberi tona dan memerahkan bibir secara semula jadi.
- Mengubati bibir yang kering, rosak, pecah dan hitam.
- Melembapkan bibir.
TIP TAMBAHAN:
- Jangan terlalu kerap menjilat bibir kerana ia akan membuatkan bibir bertambah kering.
- Minum air secukupnya. Bukan sahaja baik untuk bibir, malah ia baik untuk kulit.
Sumber: Facebook Afieyza Aleeschaylee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Proses Diet Berbeza, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Turunkan Berat Badan Dari 88 Kg Ke 58 Kg. Memang Uji Kesabaran!
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Kisah 20 orang penghidap obesiti jadi sumber inspirasi
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
4 bulan terawal tempoh yang menyakitkan!
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat. Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Suku-suku separuh
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran. Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Dari 1 km kepada 20 km!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini. Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”. Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Diet dan bersenam untuk sihat bukan untuk kurus
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
- Buat untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
- Setkan matlamat anda dan sentiasa mencari punca untuk membakar semangat anda!
- Menurunkan berat badan bukan hanya pada senaman. Itu hanyalah 20 peratus sahaja. Selebihnya pada pemakanan yang menyumbang sebanyak 80 peratus!
- Perjalanan anda berbeza dari orang lain. Jadi, usah bandingkan diri anda dengan orang lain!
- Slowly but surely! Apa yang penting ialah tahap konsisten anda!
- Biarkan orang mengkritik anda kerana mereka tidak tahu apa yang anda ingin capai. Diam sahaja dan teruskan usaha untuk mencapai misi anda!
- Usah paksa diri. Lakukan mengikut tahap kemampuan diri!
- Jangan takut untuk mencuba, jangan pula malu untuk bertanya. Pepatah ada mengatakan, malu bertanya maka sesatlah jalan.
- Pastikan anda rekod setiap kejayaan yang dicapai setiap masa. Itulah kunci pembakar semangat yang sebenar.
- Jangan cakap “Boleh ke?” tetapi tanamkan “Mesti boleh punya”!
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Lepas Makan Terasa Mengantuk, Rupanya 6 Perkara Ini Tak Tolenrasi Dengan Badan
Makan makanan sepatutnya memberikan tenaga badan anda untuk bertenaga sepanjang hari. Itulah sebabnya ia agak mengelirukan apabila ia berlaku sebaliknya, anda lesu dan mengantuk.
Rasa letih selepas makan adalah perkara biasa dan terdapat beberapa sebab mengapa makanan anda boleh bertindak sebagai lawan bahan api. Yang pertama? Menghadam makanan adalah banyak kerja. Makanan masuk dan mula pergi bersama dengan tali pinggang penghantar.
Mesin yang berbeza sedang bekerja untuk memecahkan makanan, membungkusnya untuk tujuan tertentu dan menghantarnya ke tempat yang membantu badan anda meneruskan kerjanya. Jelas sekali, ini memerlukan banyak tenaga, yang boleh membuatkan seseorang berasa letih. Lebih-lebih lagi, insulin-hormon yang dihasilkan oleh pankreas anda yang mengawal gula darah mempunyai kesan besar pada tahap tenaga selepas makan. Apabila anda makan, paras insulin anda meningkat untuk memastikan paras gula darah berada di tempat yang sepatutnya.
Masih berasa letih selepas makan dan tertanya-tanya mengapa? Enam sebab ini badan tak boleh tolenrasi.
1. Makanan mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi.
Makanan selesa memang lazat, tetapi selalunya boleh membuatkan anda berasa lembap jika ia tinggi lemak dan karbohidrat. Hormon cholecystokinin (CCK), yang dikeluarkan dari usus kecil, sering dipersalahkan di sini. Jika anda makan sekeping piza keju, yang biasanya merupakan makanan yang lebih tinggi lemak dan berkalori tinggi, CCK dilepaskan dan membantu badan memecahkan protein dan lemak dalam kepingan itu.
Apabila anda memakan makanan yang diketahui boleh meningkatkan keradangan, seperti daging merah atau gula-gula manis, badan anda boleh mengeluarkan sitokin agen yang membantu sel imun anda berkomunikasi antara satu sama lain yang lebih tinggi selepas makan dikaitkan dengan rasa mengantuk selepas makan.
2. Hormon tertentu sedang dibuang.
Apabila makanan kaya tryptophan dimakan dalam kuantiti yang banyak semasa makan, terutamanya dengan makanan kaya karbohidrat, anda mungkin anda berasa letih beberapa jam selepas makan.
Tryptophan sering ditemui dalam ayam belanda, ayam, susu, roti, coklat, tuna dalam tin, keju cheddar, kacang tanah, oat dan banyak lagi. Asid amino penting membantu badan anda menghasilkan hormon serotonin dan. Oleh sebab itu, ia juga telah dikaji sebagai rawatan untuk gangguan tidur, seperti insomnia.
3. Makan tengah hari yang agak besar.
Kadang-kadang, rasa letih selepas anda makan lebih berkaitan dengan berapa banyak yang anda makan dan bukannya apa yang anda makan. Alasannya mudah, semakin besar hidangan, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk tubuh anda memecahkannya. Menghabiskan semua tenaga itu kemudiannya boleh menyebabkan keletihan, jadi cuba kurangkan saiz bahagian anda dan dapatkan snek berprotein tinggi jika anda lapar di antara waktu makan.
4. Intoleransi makanan tersembunyi boleh dipersalahkan.
Intoleransi makanan, atau alahan makanan sepenuhnya, sering dikaitkan dengan gejala GI yang tidak selesa seperti kekejangan perut atau cirit-birit. Tetapi kadangkala, sikap tidak bertoleransi terhadap makanan yang anda belum sedari boleh membuatkan anda berasa hilang.
Sebagai contoh, anda mungkin berasa letih selepas makan makanan yang mengandungi gluten kerana ia boleh mencetuskan tindak balas alahan. Itu boleh mengehadkan keupayaan badan anda untuk menjana sendiri dengan betul daripada makanan yang anda makan, yang membawa kepada keletihan.
5. Ketagihan kafein tidak membantu anda.
Secawan kopi di pagi hari anda memberi sedikit semangat memulakan langkah, tetapi tidak terlalu lama. Kesan merangsang kafein biasanya mempunyai separuh hayat masa yang diperlukan oleh badan anda untuk menghapuskan separuh daripada kafein tiga hingga lima jam selepas anda meneguknya, yang bermaksud anda akan mula merasakan kesan kopi 8 pagi masa makan tengah hari. Jadi, rasa letih mungkin kurang tentang apa yang anda makan untuk makan tengah hari dan lebih banyak tentang masa secawan kopi pertama anda pada waktu pagi.
6. Mempunyai keadaan yang sama.
Jika anda masih sentiasa letih selepas makan, mungkin sudah tiba masanya minta pandangan doktor anda untuk mengetahui sama ada keadaan asas boleh mencetuskan gejala anda. Seseorang mungkin berasa letih jika mereka menghadapi masalah yang boleh mengganggu penyerapan nutrien daripada makanan, seperti anemia, ketidakseimbangan hormon, kepekaan insulin, atau sindrom postprandial idiopatik (IPS) boleh dilihat.
Untuk mengelakkan mengantuk selepas makan itu, masukkan campuran karbohidrat kompleks, lemak sihat dan protein tanpa lemak ke dalam setiap hidangan dan memilih makanan yang lebih rendah lemak tepu, tinggi serat dan diproses secara minimum. Menggerakkan badan anda setiap hari, tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam dan kekal terhidrat juga akan memastikan anda terus tidur sehingga waktu tidur.
Terdapat banyak sebab lain anda mungkin berasa keletihan pada bila-bila masa sepanjang hari, jadi jika anda mendapati anda sentiasa letih, tetapkan temu janji untuk memastikan semua penanda kesihatan anda berada di tahap yang sepatutnya.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Hasil Wajah Lebih ‘FLAWLESS’? Sepantas 5 Minit Hanya Dengan Solekan Tanpa Menggunakan Bedak, Ikut Tutorial Ini.
Kebiasaannya bedak asas menjadi bahan utama sebelum kita memulakan solekan pada wajah. Malah fungsi bedak asas itu sendiri untuk menutup cela dan menjadikan kulit lebih ‘flawless’ dan ‘glowing’ dengan pemilihan yang tepat.
Namun begitu, bukan semua orang sesuai menggunakan bedak asas pada wajah. Buat yang memiliki kulit sensitif, selalu rasa ragu untuk menggunakan produk mekap.
HIJABISTA kongsikan tutorial mekap tanpa bedak asas dari instafamous, Elcah. Tutorial mudah ini hanya memakan masa tidak sampai 5 minit dan hasilnya memang cukup memukau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI