Pasti ramai yang inginkan bibir yang sihat menawan biarpun tanpa memakai sebarang produk solekan. Bibir merah semula jadi serta berkilat bukan sahaja boleh didapati dengan pemakaian ‘lipstick’, tetapi ia juga dapat dihasilkan dengan kaedah ‘scrub’.
Banyak sebenarnya manfaat yang kita miliki hasil dari melakukan ‘scrub’ di bibir. Selain dari menyihatkan kulit bibir, ‘scrub’ juga mampu menaikkan seri bibir kita. Antara kelebihan-kelebihan ‘scrub’ bibir adalah:
Ketika kita sering menggunakan lipstick setiap hari dan setiap masa, sudah pasti sel-sel kulit mati akan terhasil pada bibir kita. Oleh kerana itu, untuk memastikan bibir sentiasa sihat dan berada dalam keadaan yang baik, kita haruslah melakukan scrubbing untuk menghilangkan sek kulit mati agar berganti dengan sel kulit yang baru.
2. Meneutralkan warna bibir
Antara faktor lain mengapa ‘scrub’ bibir itu penting adalah kerana ia membantu untuk meneutralkan warna bibir. Bagi anda yang merasa warna bibirnya tidak rata, anda boleh menggunakan ‘scrub’ bibir untuk meratakan warna bibir. Bukan itu sahaja, malah anda boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dan kotoran yang ada pada kulit bibir. Tentunya sel kulit mati pada bibir akan memudar dan membuat bibir tampak bercahaya.
3. Memperbaiki tekstur bibir
Selain daripada itu juga, teknik ini mendorong sel-sel kulit mati lenyap dan juga dapat menghasilkan sel-sel baru agar tumbuh.
4. Membantu lipstrik melekat lama di bibir
‘Scrub’ membantu lipstik untuk melekat lebih lama di bibir. Hal ini kerana bibir lebih cenderung memiliki permukaan yang datar dan halus setelah proses scrub. Ini antara faktor yang menjadikan produk lipstik yang kita pakai melekat dengan sempurna di bibir.
5. Menyihatkan bibir
Teknik ‘scrub’ juga memberikan kesihatan yang baik kepada bibir. Oleh itu, bibir akan tampak lebih bersinar dan berkilau!