Bibir merupakan antara anggota badan yang bakal mempengaruhi penampilan atau make-up look seorang wanita. Jadi tak hairanlah, mengapa produk penjagaan bibir atau pemerah bibir kekal relevan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Malah, wajah tidak akan lengkap sekiranya usai disolek tidak dioleskan gincu pada bibir. Tapi ramai diantara kaum hawa hari ini kurang cakna, bahawa beberapa tindakan ini bakal membuatkan bibir anda bertukar menjadi kusam dan lebam!
Terdapat banyak faktor dan punca yang menyebabkan kulit bibir menjadi gelap. Salah satunya adalah tabiar buruk yang sering dilakukan Hijabi tanpa sedar. Justeru, jom semak ada tak anda lakukan perkara-perkara ini? Jika ya, adalah lebih baik sis berhenti melakukanya dari sekarang sebelum keadaan bibir menjadi semakin memburuk.
Punca Bibir Bertukar Warna Menjadi ‘Gelap Dan Kusam’
1. Tabiat Menjilat Dan Menggigit Bibir Dijadikan Amalan
Kadangkala, tanpa sedar tabiat kita sendiri yang membuatkan bibir menjadi kusam. Sebagai contoh, tabiat menjilat dan menggigit bibir. Kenapa tabiat ini cenderung menjadikan bibir kusam? Ini kerana geselan yang berterusan akan membuat bibir mengalami pigmentasi hingga akhirnya membuatkan kulit bibir menjadi gelap.
Lebih buruk lagi, stigma bahawa ‘jika bibir kering, jilat bibir untuk melembapkanya’ adalah salah! Ini kerana enzim dalam air liur yang melekat pada bibir hanya akan membuatkan bibir lebih kering dan menbuatkan bibir kurang mungil.
2. Tabiat Sering Menarik Kulit Bibir Yang Kering
Haa.. Tabiat yang kedua ini, pasti ramai dikalangan hijabi yang suka ‘gatal tangan’ dan tarik kepingan-kepingan kulit kering pada bibir terutamanya di musim panas ni kan? Kadang ada yang punya ‘syok’ tarik kulit kering tu sampai bibir terluka dan berdarah.
Memang rasa puas bila dapat singkirkan kulit-kulit kering pada bibir tu. Tapi kesanya kepada bibir juga tidak akan membuatkan hijabi tersenyum gembira.
Artikel berkaitan: Takut Bibir Menjadi Kering? Ini 5 Helah Jadikan Gincu ‘Matte’ Kepada ‘Glossy!’
Tabiat mengelupas kulit bibir ini kesanya boleh merosakkan jaringan bibir hingga menyebabkan bibir jadi menggelap. Malah, kulit bibir kering yang terkelupas akan meninggalkan kesan luka berwarna kehitaman.
Oleh itu, jika tabiat buruk ini tidak ditinggalkan, pakailah lipstik berwarna apa sekalipun. Bibir anda pasti tidak akan kelihatan berseri dan menyerlah. Meski lipstik mampu menutup sementara kesan luka tersebut.
Jadi, jika bibir anda sudah menunjukan tanda-tanda dehidrasi, cepat-cepat oleskan lip oil atau lip balm sebelum keadaan bibir menjadi lebih teruk!
3. Kurang Minum Air
Tabiat ketiga ini sememangya tidak harus dilakukan! Kerana umum mengetahui bahawa air mempunyai pelbagai manfaat yang baik terutamanya dalam rejim kecantikan kulit, termasuk kulit bibir.
Jika anda jarang atau hanya kurang minum air, maka badan akan memberikan tindakbalas dan tidak mampu mengekalkan hidrasi dan membutakan beberapa anggota tubuh menjadi kering. Bahagia bibir yang sepatutnya sentiasa lembap dan berwarna merah muda akan menjadi kering dan berubah warna menjadi gelap.
Mesti anda tidak mahukan bibir menjadi gelap dan kusam seperti perokok tegar? Jadi, untuk mengekalkan kulit bibir yang tetap cerah merona merah, atasi tabiat buruk penyebab bibir gelap ini dengan amalan minum air secukupnya supaya badan mampu terhidrat sempurna, sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.
Artikel berkaitan: Hebat Betul Bahan Alami. Ini Cara Menghilangkan Bibir Gelap Secara Semulajadi, Merah Jambu Serta-merta!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Petua Berhasil Agar Dipercepat Jodoh Yang Baik Bagi Mereka Yang Masih Single
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.
Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat..
Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung tiba, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.
Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Perkahwinan itu rezeki. Semua orang boleh mendapatnya
Ada pepatah arab yang berbunyi:
Man Yazro’ Yahsud”
Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.
Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.
Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Perkahwinan , ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.
Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh
1. Memperbetulkan kembali niat kita
Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.
2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri
Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.
Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.
Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh. Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan tudung, memakai wangian, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.
3. Tingkatkan kepercayaan diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat
Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri? Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.
Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
— Yusuf :87
4. Memperluaskan Jaringan Pergaulan
Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya. Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.
Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Antara tujuan laman sesawang ini membantu anda mengenai soal jodoh dan memfokuskan program memudahkan carian jodoh dengan kaedah islami. Mungkin salah satu diantara ahlinya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari. Itulah gunanya networking yang luas.
5. Memperbaiki Diri Sendiri Dahulu
Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?
Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.
Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita. Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.
6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga
Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain
Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain.
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT. Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha.
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.
8. Lapangkan Hati dan fikiran seluas-luasnya.
bila lagi giliran awak?”
“awak dah berpunya ke?”
“bila lagi nak makan nasi minyak”.
Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya. Pasti. Peluh besar. Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.
Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.
Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil. Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.
Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:
- “Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”
- “Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”
- “Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”
Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik. Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita. Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.
9. Mengamalkan Doa agar dipercepatkan Jodoh
Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh. Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.
Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
“Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
(Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita
“Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
Bersabarlah. Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive 🙂
SUMBER : AKU ISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah Atau Tidak Wuduk Jika Ada Kotoran Di Celahan Kuku? Jom Ketahui Lebih Lanjut
Alamak! lepas selesai ambil wuduk baru perasan kuku ada sedikit kotoran yang melekat. Jadi adakah wuduk yang diambil ini sah untuk solat atau perlu untuk ambil semula?
Jika anda alami masalah ini, anda bukan keseorangan ya! Ramai yang kurang tahu termasuklah min sendiri. Jom kita fahami adakah sah atau tidak wuduk yang diambil jika ada kotoran dalam celahan kuku.
Kebersihan keutamaan ibadah!
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam amat menitikberatkan soal kebersihan dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memerhatikan kebersihan terjaga melalui fizikal mahupun rohani.
Allah SWT telah berfirman:
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
Allah SWT telah mensyariatkan agar ibadah bersuci seperti wuduk dan mandi wajib adalah bagi mereka yang berada dalam hadas kecil dan besar. Menyucikan diri dengan wuduk dan mandi wajib membolehkan mereka untuk melaksanakan ibadah solat dan membaca al-Quran (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 67).
Pernah disebut oleh Imam Nawawi tentang tiga perkara yang memerlukan seseorang itu mandi wajib yakni tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj, keluar air mani, keluar darah haid atau nifas (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Muhazzab, 2:213). Adalah wajib bagi seseorang itu jika mereka berada dalam keadaan seperti yang dinyatakan sebelum melakukan ibadah.
Menurut firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah: 6)
Artikel berkaitan: Nail Polish Yang Serap Air Boleh Digunakan Ketika Berwuduk! Betul Ke?
Kuku kotor boleh tunaikan ibadah?
Terdapat beberapa pandangan ulama’ mengenai isu kekotoran dalam celahan kuku. Adakah wuduk yang diambil sah mahupun tidak? Dua pandangan yang berbeza dijelaskan seperti dibawah:
Pandangan pertama
Jika terdapat kotoran dalam celahan kuku yang terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, ianya tidak menjejaskan sah mandi ataupun wuduk itu. Tetapi jika kotoran itu daripada luar seperti tanah dan seangkatannya, perlulah dihilangkan terlebih dahulu untuk air sampai ke bawahnya (ke dalam kuku).
Pandangan kedua
Melalui Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, dan para ulama’ juga bersependat bersama beliau berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku itu (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 69).
Secara kesimpulannya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pandangan pertama kerana kita perlulah menjaga kebersihan apatah lagi untuk beribadah. Bersihkan apa yang patut terlebih dahulu sebelum berjumpa yang Maha Esa.
Artikel berkaitan: Ambil Wuduk Tapi Dalam Keadaan Bogel, Sah Ke?
Sumber: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alopecia Bukan Botak Keguguran Rambut Biasa, Malah Melibatkan Bahagian Badan Yang Berambut. Boleh Emosi!
Alopecia areata adalah penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang folikel rambut seseorang, menyebabkan keguguran rambut.
Walaupun keguguran rambut ini mungkin tidak ketara pada mulanya, jika anda mengalami beberapa kes keguguran rambut, kawasan alopecia areata mungkin bercantum dan menjadi lebih jelas. Keadaan ini boleh difahami boleh menyedihkan. Tetapi terdapat banyak rawatan yang boleh membantu menguruskan gejala keguguran rambut. Jom ketahui tentang cara paling popular untuk merawat alopecia areata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Apakah alopecia areata?
Apabila alopecia areata berlaku, sel-sel radang menyusup ke dalam folikel rambut yang boleh keguguran rambut. Keguguran rambut ini sering berlaku pada kulit kepala, tetapi ia juga boleh menjejaskan kening, bulu mata, bulu muka dan badan.
Alopecia areata boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sebarang umur dan tidak mendiskriminasi berdasarkan kaum atau jantina. Selalunya, ia muncul sebagai tompok bulat keguguran rambut lengkap. Dalam kes yang lebih teruk boleh menjejaskan seluruh kulit kepala.
Biasanya asimtomatik, bermakna tidak menyakitkan atau gatal untuk kebanyakan individu. Sesetengah individu berpendapat ia mungkin dicetuskan oleh jangkitan virus. Individu yang mengalami alopecia areata boleh kehilangan sejumlah besar rambut di kepala, muka dan badan mereka. Selalunya bermula pada masa remaja atau awal dewasa. Keadaan ini boleh mengakibatkan keguguran rambut sepenuhnya, yang dikenali sebagai alopecia universalis dan rambut mungkin tidak tumbuh semula.
Cara merawat alopecia areata
Individu yang hidup dengan alopecia areata mempunyai pilihan untuk menguruskan keadaan mereka, walaupun tidak ada pendekatan yang sesuai. Anda mungkin perlu mencuba beberapa rawatan sebelum mencari rawatan yang sesuai. Oleh kerana alopecia areata adalah penyakit autoimun, beberapa rawatan melibatkan penggunaan ubat imunosupresan.
Bentuk rawatan lain melibatkan merangsang pertumbuhan rambut. Ini paling sesuai untuk mereka yang mengalami keguguran rambut yang kurang teruk. Kebanyakan rawatan melibatkan mengekalkan sistem imun daripada menyerang folikel rambut. Rawatan terdiri daripada topikal preskripsi kepada pil preskripsi, suntikan dan terapi topikal dalaman. Terdapat juga beberapa pilihan over-the-counter.
Penting untuk diingat bahawa tidak semua rawatan berkesan untuk setiap orang. Kadangkala, keguguran rambut mungkin berlaku lagi, walaupun rawatan sebelum ini berjaya. Perkara yang paling penting untuk dilakukan ialah berunding dengan doktor untuk membantu menentukan pilihan yang terbaik untuk anda.
Memandangkan alopecia areata tidak dapat diramalkan dan memberi kesan kepada pesakit dengan cara yang berbeza, pengalaman setiap pesakit dengan rawatan atau produk tertentu akan berbeza-beza. Itulah sebabnya penting bahawa doktor dan pesakit mempunyai dialog yang terbuka dan jujur serta bekerjasama dalam penyelesaian untuk menangani keperluan individu.
Bagaimana memilih rawatan terbaik untuk alopecia areata
Untuk membuat pilihan rawatan alopecia areata terbaik, berunding dengan pakar perubatan dan pakar dermatologi untuk cadangan mereka. Rujuk kajian perubatan dan sumber untuk mengesahkan maklumat tentang setiap rawatan.
Memandangkan alopecia areata boleh menjadi keadaan autoimun yang serius, yang memberi kesan kepada orang ramai dalam pelbagai cara, ini pelbagai pilihan rawatan. Perlu juga diperhatikan bahawa setiap individu sering mengalami keadaan yang berbeza dan memerlukan sokongan yang disesuaikan dengan keperluan mereka, bergantung pada keterukan keguguran rambut mereka atau akses mereka kepada rawatan tertentu.
5 rawatan terbaik untuk alopecia areata
1. Imunoterapi topikal
Terbaik untuk: Alopecia areata yang meluas, termasuk alopecia totalis dan alopecia universalis
Imunoterapi topikal melibatkan penggunaan bahan kimia terus ke kulit kepala untuk menyebabkan tindak balas alahan. Sebaliknya, ini merangsang sistem imun dan membantu pertumbuhan rambut. Bahan kimia yang digunakan dengan cara ini mungkin termasuk diphencyprone, dinitrochlorobenzene, dan dibutil ester asid kuasa dua.
Kebaikan
- Kursus rawatan ini biasanya ditetapkan dan diarahkan di bawah penjagaan perubatan pakar dermatologi.
- Ia boleh menjadi sangat berjaya. Kira-kira 40 peratus pesakit yang dirawat dengan imunoterapi topikal akan menumbuhkan semula rambut kulit kepala selepas kira-kira 6 bulan rawatan.
- Jika berjaya, penggunaan berterusan rawatan harus mengekalkan pertumbuhan semula rambut.
Keburukan
- Kesan sampingan umum, termasuk ruam yang berpotensi teruk, boleh menjadi tidak selesa dan sukar untuk ditangani. Imunoterapi topikal kadangkala menyebabkan “dermatitis berterusan, limfadenopati serviks yang menyakitkan, ekzema umum, melepuh, leukoderma sentuhan dan tindak balas urtikaria (sumber dipercayai).
- Imunoterapi topikal mungkin tidak tersedia secara meluas di kawasan anda.
- Bentuk rawatan ini tidak berfungsi untuk semua orang.
2. Minoxidil topikal
Terbaik untuk: Alopecia areata ringan
Minoxidil, biasanya dikenali sebagai Rogaine, ialah rawatan topikal yang mudah digunakan dan boleh dibeli dengan mudah di kaunter. Minoxidil berfungsi untuk membantu rambut tumbuh lebih cepat apabila folikel tidak lagi diserang oleh sistem imun dan mampu menghasilkan rambut.
Biasanya, larutan minoxidil topikal datang dalam kekuatan 2 atau 5 peratus. Anda menggunakan rawatan terus ke kulit kepala, atau mana-mana kawasan yang diperlukan, sekali atau dua kali sehari. Ia berfungsi dengan menggalakkan aliran darah ke folikel rambut, merangsang folikel tidak aktif, dan membantu pertumbuhan rambut.
Kebaikan
- Ia mudah untuk dibeli dan memohonnya.
- Rawatan ini tidak menyebabkan banyak kesan sampingan jika digunakan dalam kuantiti yang disyorkan.
- Ia agak murah.
Keburukan
- Minoxidil mungkin tidak berfungsi dengan sendirinya. Tetapi apabila digunakan dalam kombinasi dengan ubat kortikosteroid topikal, sesetengah orang melihat hasil yang lebih baik.
- Ia tidak berfungsi untuk keguguran rambut yang meluas.
- Jika anda menggunakan terlalu banyak, minoxidil boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius, termasuk sakit dada, penambahan berat badan, sakit kepala dan degupan jantung yang tidak teratur.
3. Antralin topikal
Terbaik untuk: Alopecia areata ringan
Krim anthralin pada asalnya digunakan sebagai rawatan untuk psoriasis tetapi juga didapati berkesan dalam rawatan alopecia areata ringan. Dikenali sebagai “pemeka kulit kepala,” anthralin mencipta reaksi merengsa yang merangsang sistem imun dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Gunakan anthralin sekali sehari terus ke kulit kepala di kawasan yang anda ingin menggalakkan pertumbuhan rambut. Biarkannya untuk tempoh masa yang ditetapkan dan kemudian mencucinya.
Kebaikan
- Jika berjaya, pertumbuhan semula rambut agak cepat. Kajian mendapati bahawa anthralin boleh menggalakkan pertumbuhan rambut baru dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.
- Ia mudah untuk digunakan di rumah.
- Anthralin biasanya ditetapkan dan dipantau oleh pakar dermatologi.
Keburukan
- Memandangkan anthralin menyebabkan kulit, sesetengah individu mengalami dermatitis merengsa dan mungkin merasa ini tidak selesa atau sukar untuk diuruskan.
- Anthralin ialah bahan ungu “seperti tar” (Sumber Dipercayai), yang mungkin mengotorkan tab mandi dan cadar.
- Rawatan ini mungkin menyebabkan perubahan warna kulit dan warna rambut yang lebih cerah dan sementara.
4. Suntikan kortikosteroid
Terbaik untuk: Alopecia areata ringan
Suntikan kortikosteroid sering digunakan dalam rawatan alopecia areata, kerana ia berfungsi dengan memodulasi aktiviti sistem imun dan mengurangkan keradangan. Individu ini akan mengalami keguguran rambut apabila sistem imun mereka menyerang proses semula jadi badan. Kortikosteroid berfungsi untuk menghalang serangan ini daripada berlaku.
Kortikosteroid meniru kortisol, hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar adrenal badan. Ia disuntik ke dalam tapak keguguran rambut untuk menggalakkan pertumbuhan baru.
Kebaikan
- Pertumbuhan rambut mungkin berlaku seawal 4 minggu.
- Pakar dermatologi memberikannya setiap 4 hingga 6 minggu.
- Suntikan kortikosteroid kekal sebagai rawatan lini pertama yang popular untuk alopecia areata.
Keburukan
- Kortikosteroid boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti penipisan kulit pada kulit kepala dan atrofi kulit.
- Rawatan ini diberikan dengan jarum.
- Ia tidak menghalang keguguran rambut baru daripada berlaku.
5. Kortikosteroid oral
Terbaik untuk: Alopecia areata yang meluas, termasuk alopecia totalis dan alopecia universalis
Walaupun suntikan kortikosteroid lebih berkesan, anda mungkin boleh menggunakan ubat sebagai salap topikal atau mengambilnya secara lisan sebagai pil. Sama seperti bentuknya yang lain, kortikosteroid oral berfungsi dengan menekan sistem imun dan keradangan dalam badan, yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan semula rambut.
Kebaikan
- Ia mudah diambil dalam bentuk tablet di bawah bimbingan profesional perubatan.
- Rawatan ini telah menunjukkan hasil yang positif bagi mereka yang mengalami keguguran rambut sederhana hingga teruk.
- Kortikosteroid oral boleh digunakan dalam kombinasi dengan rawatan lain di bawah pengawasan doktor.
Keburukan
- Terdapat pelbagai jenis kesan sampingan yang berpotensi, termasuk jerawat, penambahan berat badan, tekanan darah tinggi, ulser perut dan kelemahan otot.
- Penggunaan jangka panjang kortikosteroid oral meningkatkan risiko mendapat kesan sampingan yang lebih teruk, bermakna rawatan hanyalah langkah jangka pendek.
- Keguguran rambut mungkin berlaku semula setelah rawatan tamat.
Bila perlu berjumpa doktor
Daripada cuba merawat keguguran rambut anda di rumah, lebih baik berjumpa doktor jika:
- kehilangan rambut secara bertompok
- anda melihat lebih banyak keguguran rambut daripada biasa semasa mencuci atau menggayakan rambut
- keguguran rambut menyebabkan anda keresahan
- anda perasan bahawa rambut anda semakin nipis
Doktor anda sepatutnya dapat membantu anda mengetahui punca keguguran rambut anda dan mencadangkan pilihan rawatan. Ini mungkin termasuk rawatan di kaunter atau preskripsi, perubahan gaya hidup atau rawatan lain.
Soalan lazim tentang alopecia
Adakah terdapat penawar kekal untuk alopecia?
Bukan buat masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan rawatan yang mungkin melambatkan keguguran rambut atau membantu rambut anda tumbuh semula dengan lebih cepat.
Bolehkah rambut tumbuh semula jika anda mempunyai alopecia?
Dalam beberapa kes, ya. Rambut mungkin tumbuh semula, walaupun mungkin gugur semula.
Bolehkah alopecia dicegah?
Tidak. Alopecia ialah gangguan autoimun yang boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ini mungkin termasuk sejarah keluarga, keadaan autoimun lain, keadaan kulit dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, tidak selalu mungkin untuk meramalkan siapa yang akan mengalami alopecia, yang menjadikannya sukar untuk mencegahnya.
Alopecia areata boleh menjadi keadaan yang mencabar untuk diuruskan, tetapi penemuan saintifik yang berterusan di kawasan itu mencadangkan bahawa rangkaian rawatan hanya akan meningkat pada masa hadapan. Adalah penting untuk berbincang dengan doktor sebelum mencuba sebarang rawatan baharu, kerana banyak yang menyebabkan kesan sampingan.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI