Kecantikan

Bibir Jadi Kering Ketika Berpuasa, Elakkan Makan Makanan Pedas & Masin

Share

Sebenarnya persediaan awal sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini umpama bulan-bulan di tahun lalu, namun masalah yang sama pasti akan anda hadapi.

Antara masalah yang sering berlaku ketika berpuasa ialah masalah bibir kering dan merekah. Ia sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan kemerah-merahan.

Photo by Oleg Magni from Pexels

Jika terlalu lama masalah ini dibiarkan berlarutan pastinya akan menyebabkan bibir kelihatan hitam dan lebam. Bagi mengatasi masalah bibir kering dan merekah sepanjang tempoh berpuasa, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Fadaliah Zainal ini.

TIP ATASI BIBIR KERING KETIKA BERPUASA

Apabila berpuasa, masalah yang biasa berlaku adalah bibir kering dan pecah-pecah.
Mungkin tak semua orang mengalaminya tetapi ada sesetengah wanita risau yang masalah bibir akan mencacatkan penampilan mereka menjadi lebih pucat dan kering.

Lebih menakutkan boleh sampai berdarah jika terlalu kering. Bibir kering bukan berpunca daripada kurang minum air semata-mata, malah ada faktor lain yang menjadi punca bibir kering.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Berikut dikongsikan tip untuk mengatasi masalah bibir kering.

GUNAKAN LIP BALM

Rajin gunakan lip balm bagi mencegah bibir kering. Semasa memilih lip balm, pilihlah yang mengandungi minyak semula jadi dan SPF. Ia akan menjag bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab bibir kering.

Photo from Pexels

ELAK MAKAN MAKANAN PEDAS

Elakkan daripada mengambil makanan pedas dan masin kerana makanan ini akan membuatkan anda bertambah haus dan bibir menjadi kering. Hindari makanan ini ketika bersahur dan berbuka puasa.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

JANGAN JILAT BIBIR

Jilat bibir bukanlah cara yang bagus untuk basahkan bibir. Malah, ia akan lebih keringkan bibir anda!

Photo by Oleg Magni from Pexels

MADU

Madu merupakan bahan semula jadi yang digunakan bagi mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sapukan terus madu ke bibir. Tetapi jangan pula menjilat bibir ketika berpuasa. Batal puasa nanti! Seeloknya sapukan madu sebelum tidur. Ketika waktu bersahur pula, minum sedikit madu kerana madu bukan sahaja mencegah bibir kering, malah madu juga memberikan kekuatan selama tempoh berpuasa.

Photo by Three-shots from Pexels

HIJABISTA: Ketika bersahur dan berbuka puasa, pastikan anda minum air yang cukup. Ia penting bagi memastikan tubuh mendapat bekalan air yang cukup supaya anda lebih cergas dan bertenaga. Jika tubuh kurang air, kulit akan jadi kering, termasuklah kulit bibir. Sebab itulah timbulnya masalah kulit bibir mengelupas. 

Sumber kredit: Fadaliah Zainal Top image: Photo by Moose Photos from Pexels

Published by
SH