Bibir gelap kembali cerah, amalkan 5 petua mudah ini setiap hari. Wanita dilahirkan dengan warna bibir yang berbeza. Namun, bibir sangat mudah terdedah kepada masalah. Salah satunya, kehilangan warna semula jadi dan mudah menjadi gelap.
Ternyata warna bibir anda menjadi hitam mempunyai Banyak faktor yang menjadi puncaa kepada perubahan warna bibir antaranya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu panas, tabiat merokok, terlalu kerap memakai gincu, kerap mengambil teh dan kopi, dan kurang nutrisi.
Untuk mengembalikan warna bibir semula jadi, jom lihat 5 petua mudah ini.
Bersihkan Gincu Sepenuhnya Sebelum Tidur
Gincu merupakan produk kecantikan yang mengandungi banyak bahan kimia, walaupun sesetengah gincu diperkaya dengan pelbagai vitamin. Kandungan utama gincu ialah pewarna. Maka, sebelum tidur bersihkan dan rehatkan bibir daripada bahan kimia.
Urut Dengan Ketulan Ais
Lakukan rutin ini sekali seminggu sebelum tidur. Buat urutan ringan dengan ketulan ais yang disapu pada bibir selama satu minit bagi melancarkan peredaran darah di sekitar bibir. Setelah selesai, tepuk dengan tuala bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada bibir.
Ads
Pengambilan Nutrisi
Selain penjagaan luaran bibir, pengambilan nutrisi untuk dalaman juga penting. Cara paling mudah, kekalkan kelembapan badan dengan meminum air.
Makan buah yang mengandungi banyak air dan vitamin seperti tomato, oren, tembikai dan timun.
Ads
Hentikan Tabiat Menjilat Bibir
Selalunya bila bibir kering, tanpa sedar kita akan menjilat bibir melembapkannya. Ini menjadikan bibir lebih kering dan kusam. Penyelesaian, sapu lip balm yang mengandungi pelembap semula jadi untuk melembapkannya.
Lip Balm Dengan Pelindung Matahari
Satu kemestian! Sapu lip balm sebelum menggunakan gincu atau sebelum tidur. Pilih lip balm yang diperkaya dengan pelindung matahari agar bibir terlindung daripada terik matahari.
Ads
Pilih juga lip balm yang diperkaya dengan vitamin dan pelembap semula jadi yang boleh melembapkan serta menyihatkan bibir.
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama Ummi Nazeera memang sudah dikenali ramai sementelah dia sudah lama menceburi industri hiburan tanah air. Ogos yang lalu, Ummi telah menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya sendiri.
Sejak berkahwin, Ummi kelihatan sungguh berseri-seri dan tampak semakin menawan. Memang manis dan cantik pada pandangan mata admin. Hijabista kongsikan 10 OOTD Ummi yang cukup memikat ini.
Pemilihan warna tudung yang tepat sangat membantu menaikkan seri wajah.
Maka sebab itulah penting untuk seseorang hijabi itu memilih warna tudung yang sesuai dengan tona kulit agar penampilan diri lebih terserlah.
Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit. Pemilihan warna hijab yang salah akan menyebabkan wajah kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Berikut tip pemilihan warna hijab mengikut tona kulit. Moga ia jadi panduan yang berguna kepada para hijabi.
TIP PILIH TUDUNG IKUT TONA KULIT
Selain bentuk muka, faktor tona kulit juga memainkan peranan dalam menghasilkan keserasian gaya dengan warna tudung yang dipilih.
1. Kulit putih, cerah dan kuning langsat
Kulit putih dan cerah lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti Purple, Merah, Ocean Blue & Black. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. So kalau nak juga pakai pastel, anda kena campurkan dengan warna-warna yang garang supaya penggayaan anda jadi lagi menarik!
2. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakkan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang ialah rona pastel. Contoh, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. Anda kena elakkan pakai warna merah darah, hijau tua dan coklat tua tau! Nanti akan membuatkan muka anda bertambah kusam dan gelap.
3. Kulit gelap dan hitam manis
Anda kena pakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, soft purple atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekali gus boleh buat kulit anda kelihatan lebih cerah. Elakkan pakai warna coklat tua, hitam dan biru gelap kerana ia akan boleh menyebabkan kulit kelihatan semakin gelap dan lesu.
Moga tip ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para hijabi semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila mempunyai saiz tubuh yang gempal dan besar tidak seperti orang biasa, mesti ada diantara hijabi yang menghadapi kesusahan untuk mendapatkan busana Raya yang bersaiz besar, cantik, versatil dan menawan kan?
Jangan risau sis, jenama pakaian plus size terkenal di Malaysia, Misclaire mendengar keluhan hati anda! Pada Aidilfitri tahun ini, Mis Claire, telah melancarkan lebih dari 30 pilihan baju raya khas buat wanita-wanita montel menjelang sambutan Hari Raya.
‘Wajib’ Ada Busana Misclaire Raya Tahun Ini
Apa yang menariknya, rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri dari potongan klasik dan juga moden, yang memenuhi pelbagai tema sambutan raya di kalangan rakyat Malaysia dari tema Glam ke Santai.
Pelbagai variasi rekaan yang elegan dan bergaya direka khusus untuk mereka yang bersaiz besar dari saiz XL sehingga 7XL tau! Malah, setiap pakaian diperuntukkan amat memenuhi keperluan pelanggan Mis Claire yang ingin tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri.
“Koleksi tahun ini menampilkan pelbagai jenis potongan tradisional dan moden termasuk Kurung, Jubah dan Moden yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari.
“Rekaan pakaian tahun ini mempunyai gabungan warna yang indah dan unik yang menjadikan setiap pakaian benar-benar istimewa. Misclaire, telah bekerja keras untuk menyediakan pakaian yang tidak hanya cantik tetapi juga selesa dan memenuhi citarasa pelanggan kami,” ujar Pengarah Mis Claire, Niko ketika ditemui Hijabista.
Selain itu katanya, rekaan Hari Raya Mis Claire mempunyai keunikkan yang tersendiri iaitu ia bukan sahaja boleh digayakan pada musim perayaan, tetapi busana Misclaire boleh juga dipakai selepas tamatnya Hari Raya. Konsep Dua dalam satu (2 in 1) ini menjadikan ia satu pelaburan yang berbaloi untuk para Hijabi. Bak kata pepatah, Alah membeli menang memakai sis!
Hmm.. Cantik-cantik sungguh koleksi busana raya plusize bagi kempen ‘Ikatan Raya Misclaire’ tahun ini! Sampai rambang mata, tak tahu nak memilih yang mana satu. Kalau hijabi berminat nak beli bolehlah kunjungi butik Mis Claire yang terletak di beberapa lokasi berhampiran Taman Sea, AEON Mall Shah Alam, IOI City Mall Putrajaya, 3rd Floor di SOGO KL.
Tapi kalau anda malas nak keluar, jangan risau masih boleh beraya dengan busana Misclaire ni tau, beli secara atas talian (Online) je sis! Hijabi boleh layari laman sesawang rasmi www.misclaire.com atau boleh juga membuat pembelian menerusi laman beli belah Shopee @misclaire.os mahupun Lazada @Mis Claire
Selain itu, untuk mendapatkan update terkini mengenai waktu perniagaan dan stock baju raya pilihan hati Hijabi sekalian, anda boleh layari laman sosial rasmi Misclaire di Facebook @plussize.misclaire, Instagram @plussize_misclaire dan Tiktok @plussize_misclaire untuk maklumat lanjut.
Tak Sempat Nak Beli, Banyak Dah ‘Sold Out’
Alamak.. hijabi terlambat tengok update terkini dari Misclaire? Baru seminggu puasa dah banyak busana cantik ‘sold out’ laris bagai goreng pisang panas? Jangan risau sis, Majalah Hijabista got your back!
Hijabista dan Misclaire pada tahun ini telah bermurah hati untuk menaja busana Raya hijabi secara percuma! Haa.. best kan? Nak ke nak sis? Mestilah nak kan..
Jadi kalau nak, jom sertai peraduan Raya Plusize Bersama Misclaire dan Hijabista ni! Caranya mudah sahaja, jawab soalan di bawah ini dan pastikan Hijabi menepati syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan untuk berpeluang memenangi sepasang busana Hari Raya daripada Misclaire ni!
Sekadar Info, koleksi Raya Mis Claire telah dilancarkan secara berperingkat sejak 10 Mac lalu, bertemakan ‘Ikatan Raya Misclaire’ yang diilhamkan oleh pelbagai gaya fesyen yang dilihat semasa aktiviti ziarah Raya di Malaysia.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...