Henti Guna ‘Karma Is Real’, Anda Perlu Tahu Kefahaman Disebalik Perkataan Itu!

Share

Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?

Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.

Karma kepercayaan agama Hindu

Sumber gambar dari Canva.

Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.

Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.

Sumber gambar dari Canva.

Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.

Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya  mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.

Artikel berkaitan: Wanita Yang Sering Merasakan Jiwa Tidak Tenteram, Ini Merupakan Cara Untuk Mendapatkan Ketenangan..

Karma dari segi Islam

Sumber gambar dari Canva.

Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.

Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.

Menurut sabda Nabi Muhammad SAW:

البِرُّ لا يَبْلَى ، وَالِإثْمُ لَا يُنْسَى ، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ ، فَكُن كَمَا شِئتَ ، كَمَا تَدِينُ تُدَانُ

 

Maksudnya: “Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.” 

Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:

Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’

Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:

المُسلِمُ أَخُو المُسلِمِ لا يَظلِمُهُ وَلا يُسْلِمُه ، مَن كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ ، وَمَن فَرَّجَ عَن مُسلِمٍ كُربَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنهُ بِهَا كُربَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ ، وَمَن سَتَرَ مُسلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَومَ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

(Riwayat al-Bukhari)

Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:

هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى

Maksudnya: “Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”

Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.

Artikel berkaitan: Tidak Seeloknya Menggunakan ‘Rest In Peace’, Ada Ucapan Takziah Yang Lebih Elok Untuk Hormati Kematian Orang Bukan Islam

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee