Biasa Kita Makan Ramen Miso & Chashu Ayam Kat Luar Je Kan, Apa Kata Buat Sendiri, Puas Makan!
Ogos 12, 2022
Share
Ramen ada bermacam jenis salah satunya ramen miso. Biasanya sajian ini dihidangkan bersama chashu ayam. Kalau anda jenis yang suka makan berulang dan ingin makan puas-puas, eloklah cuba buat sendiri sahaja.
1 keping dada/pinggul ayam
3 sudu besar kicap soya
3 sudu besar madu
1 sudu besar mirin fu (halal)
½ sudu besar bawang putih (disagat)
½ sudu besar halia (disagat)
1 cubit lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN RAMEN MISO:
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar bawang putih (disagat)
2 sudu besar halia (disagat)
2 sudu besar bawang merah (disagat)
100g ayam/daging kisar
3 sudu besar pes miso
2 sudu besar taucu pedas
1 kiub perasa ayam
1 sudu besar lada putih
1 cekak cendawan
1 cekak wakame (rumpai laut)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT CHASHU AYAM:
1.Masukkan kicap cair dalam mangkuk. Kicap cair ini adalah sejenis kicap yang tidak terlalu gelap, tetapi masin. Kalau tak ada kicap cair, guna kicap masin.
2.Chashu ini rasanya ada masin dan manis. Boleh letakkan madu, atau sebarang jenis gula sebagai pemanis. Saya suka letak madu sebab manisnya beraroma.
3.Ini halia yang telah sagat halus. Masukkan ke dalam mangkuk berisi kicap cair dan madu tadi. Halia akan beri rasa segar kepada chashu. Bahan ini penting.
4.Ini pes bawang putih. Jadi pes sebab dah disagat. Jika kalian nak cincang pun boleh, nak tumbuk pun boleh. Tiada masalah. Apa yang penting, adalah chashu kita ada rasa bawang putih.
5.Gunakan dada ayam bersama kulitnya sekali. Cucuk-cucuk dada ayam ini dengan garfu agar perapan yang kita buat tadi boleh menyerap masuk ke dalamnya. Jangan cucuk sampai lumat pula.
6.Perasakan dada ayam ni dengan menabur sedikit garam dan lada hitam. Selepas tabur, urut-urut dada ayam ini agar bahan sebati.
7.Gulung dada ayam dengan kemas kemudian ikat dengan tali yang selamat untuk digunakan dengan makanan. Contohnya tali jut. Saya cucuk pencungkil gigi sahaja.
8.Gulungan ayam itu kita masukkan dalam perapan tadi. Guling-gulingkan ayam dalam perapan.
9.Tutup sebentar sementara. Biasanya chashu direneh dalam kuah perapan ini pada suhu sederhana untuk beberapa jam sampailah ia betul-betul mesra.
10.Kita gunakan microwave. Panaskan ayam tadi dalam microwave selama 3 minit. Keluarkan, terbalikkan ayam dan panaskan lagi 3 minit. 6 minit, dada ayam akan masak. Kalau pinggul/peha perlu 10 minit.
11.Selepas 3+3 minit, ayam akan mengecil dan bertukar warna gelap. Ia dah masak, tapi rasa perapan belum meresap di dalam ayam. Jadi kita kena sambung perap ayam ini di dalam perapan.
12.Masukkan ayam dalam ziplock bag, atau apa-apa bekas tertutup. Masukkan juga sekali perapan. Kita rehatkan ayam ini selama 1-2 jam. Lebih lama lebih sedap. Sebab itu saya tunjuk cara buat chashu dahulu.
13.Ada orang buat chashu sehari sebelum mereka nak masak ramen. Setelah chashu sejuk sedikit, mereka simpan di dalam peti ais (chiller) semalaman. Esok tinggal keluarkan dan hangatkan.
14.Nanti masa nak hidang, potong chashu kepada kepingan setebal 1.5-2cm. Jangan nipis sangat jangan tebal sangat.
CARA MEMBUAT KUAH RAMEN:
1.Panaskan minyak bijan dalam periuk. Jika tak suka minyak bijan, gunakan minyak sawit atau minyak masak yang lain.
2.Tumis pes bawang putih dan halia. Nak buat pes ini, sagat sahaja bawang putih dan halia. Tumis sampai aromanya semerbak.
3.Nampak macam kubis, bukan? Ini ayam kisar. Nak guna daging kisar pun boleh. Tak nak letak pun boleh, sebab kita ada chashu. Sudah ada sumber protein dalam hidangan kita. Tumiskan.
4.Tahina ini apa? Ia adalah pes bijan. Kalau tak ada, boleh ganti dengan mentega kacang campur minyak bijan.
5.Inilah miso. Ia adalah pes kacang soya yang telah diperap (fermented). Miso boleh didapati di pasar raya besar.
6.Masukkan taucu supaya rasa pedas sikit. Gunakan pes taucu pedas, boleh juga gunakan gochujang. Kalau susah sangat, tak payah masukkan pun tak apa. Letak sahaja cili boh.
7.Kemudian kita masukkan air atau stok ayam (½ kiub ayam + 500ml air). Reneh! Semua pes tadi sudah masin, jadi hati-hati gunakan stok ayam. Jangan sampai terlebih masin.
8.Masukkan cendawan. Boleh gunakan apa-apa jenis cendawan yang anda suka.
9.Perasakan kuah ramen kita dengan serbuk lada putih, garam(jika perlu) dan gula. Ikutlah citarasa masing-masing.
10.Masukkan wakame. Ia sejenis rumpai laut yang telah dikeringkan. Tambah bahan ini memang sedap.
11.Sudah siap kuah, sediakan ramennya pula. Saya guna mi ramen yang begini. Celur sekejap je. Jangan sampai terlalu kembang dan hancur. Lepas itu bolehlah hidang!
12.Hidangkan ramen dengan telur rebus, daun bawang, bok choy, chashu, dan minyak cili (chili oil).