Ramen ada bermacam jenis salah satunya ramen miso. Biasanya sajian ini dihidangkan bersama chashu ayam. Kalau anda jenis yang suka makan berulang dan ingin makan puas-puas, eloklah cuba buat sendiri sahaja.
1 keping dada/pinggul ayam
3 sudu besar kicap soya
3 sudu besar madu
1 sudu besar mirin fu (halal)
½ sudu besar bawang putih (disagat)
½ sudu besar halia (disagat)
1 cubit lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN RAMEN MISO:
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar bawang putih (disagat)
2 sudu besar halia (disagat)
2 sudu besar bawang merah (disagat)
100g ayam/daging kisar
3 sudu besar pes miso
2 sudu besar taucu pedas
1 kiub perasa ayam
1 sudu besar lada putih
1 cekak cendawan
1 cekak wakame (rumpai laut)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT CHASHU AYAM:
1.Masukkan kicap cair dalam mangkuk. Kicap cair ini adalah sejenis kicap yang tidak terlalu gelap, tetapi masin. Kalau tak ada kicap cair, guna kicap masin.
2.Chashu ini rasanya ada masin dan manis. Boleh letakkan madu, atau sebarang jenis gula sebagai pemanis. Saya suka letak madu sebab manisnya beraroma.
3.Ini halia yang telah sagat halus. Masukkan ke dalam mangkuk berisi kicap cair dan madu tadi. Halia akan beri rasa segar kepada chashu. Bahan ini penting.
4.Ini pes bawang putih. Jadi pes sebab dah disagat. Jika kalian nak cincang pun boleh, nak tumbuk pun boleh. Tiada masalah. Apa yang penting, adalah chashu kita ada rasa bawang putih.
5.Gunakan dada ayam bersama kulitnya sekali. Cucuk-cucuk dada ayam ini dengan garfu agar perapan yang kita buat tadi boleh menyerap masuk ke dalamnya. Jangan cucuk sampai lumat pula.
Ads
6.Perasakan dada ayam ni dengan menabur sedikit garam dan lada hitam. Selepas tabur, urut-urut dada ayam ini agar bahan sebati.
7.Gulung dada ayam dengan kemas kemudian ikat dengan tali yang selamat untuk digunakan dengan makanan. Contohnya tali jut. Saya cucuk pencungkil gigi sahaja.
8.Gulungan ayam itu kita masukkan dalam perapan tadi. Guling-gulingkan ayam dalam perapan.
9.Tutup sebentar sementara. Biasanya chashu direneh dalam kuah perapan ini pada suhu sederhana untuk beberapa jam sampailah ia betul-betul mesra.
10.Kita gunakan microwave. Panaskan ayam tadi dalam microwave selama 3 minit. Keluarkan, terbalikkan ayam dan panaskan lagi 3 minit. 6 minit, dada ayam akan masak. Kalau pinggul/peha perlu 10 minit.
11.Selepas 3+3 minit, ayam akan mengecil dan bertukar warna gelap. Ia dah masak, tapi rasa perapan belum meresap di dalam ayam. Jadi kita kena sambung perap ayam ini di dalam perapan.
12.Masukkan ayam dalam ziplock bag, atau apa-apa bekas tertutup. Masukkan juga sekali perapan. Kita rehatkan ayam ini selama 1-2 jam. Lebih lama lebih sedap. Sebab itu saya tunjuk cara buat chashu dahulu.
13.Ada orang buat chashu sehari sebelum mereka nak masak ramen. Setelah chashu sejuk sedikit, mereka simpan di dalam peti ais (chiller) semalaman. Esok tinggal keluarkan dan hangatkan.
Ads
14.Nanti masa nak hidang, potong chashu kepada kepingan setebal 1.5-2cm. Jangan nipis sangat jangan tebal sangat.
CARA MEMBUAT KUAH RAMEN:
1.Panaskan minyak bijan dalam periuk. Jika tak suka minyak bijan, gunakan minyak sawit atau minyak masak yang lain.
2.Tumis pes bawang putih dan halia. Nak buat pes ini, sagat sahaja bawang putih dan halia. Tumis sampai aromanya semerbak.
3.Nampak macam kubis, bukan? Ini ayam kisar. Nak guna daging kisar pun boleh. Tak nak letak pun boleh, sebab kita ada chashu. Sudah ada sumber protein dalam hidangan kita. Tumiskan.
4.Tahina ini apa? Ia adalah pes bijan. Kalau tak ada, boleh ganti dengan mentega kacang campur minyak bijan.
Ads
5.Inilah miso. Ia adalah pes kacang soya yang telah diperap (fermented). Miso boleh didapati di pasar raya besar.
6.Masukkan taucu supaya rasa pedas sikit. Gunakan pes taucu pedas, boleh juga gunakan gochujang. Kalau susah sangat, tak payah masukkan pun tak apa. Letak sahaja cili boh.
7.Kemudian kita masukkan air atau stok ayam (½ kiub ayam + 500ml air). Reneh! Semua pes tadi sudah masin, jadi hati-hati gunakan stok ayam. Jangan sampai terlebih masin.
8.Masukkan cendawan. Boleh gunakan apa-apa jenis cendawan yang anda suka.
9.Perasakan kuah ramen kita dengan serbuk lada putih, garam(jika perlu) dan gula. Ikutlah citarasa masing-masing.
10.Masukkan wakame. Ia sejenis rumpai laut yang telah dikeringkan. Tambah bahan ini memang sedap.
11.Sudah siap kuah, sediakan ramennya pula. Saya guna mi ramen yang begini. Celur sekejap je. Jangan sampai terlalu kembang dan hancur. Lepas itu bolehlah hidang!
12.Hidangkan ramen dengan telur rebus, daun bawang, bok choy, chashu, dan minyak cili (chili oil).
Ramai yang ingin melakukan satu pembedahan memotong usus untuk mengurangkan berat badan. Tambahan pula, kebanyakan yang telah menjalani pembedahan ini tampak berbeza dari sebelumnya.
Pernah memendam hasrat, Dato Seri Vida, dia telah pun membayar RM33,000 untuk memotong usus pada enam tahun yang lalu. Dia akui itu semuanya terkubur apabila takut di saat untuk melakukan pembedahan itu.
Tidak menafikan pernah berniat untuk memotong usus, Dato Seri Vida sememangnya ingin melakukan pembedahan bariatrik itu. Semuanya berlaku sewaktu enam tahun yang lalu di mana wang pendahuluan sebanyak RM33,000 telah diberikan.
Menurut mStar, DSV sebenarnya banyak terpengaruh dengan rakan-rakannya yang ingin melakukan prosedur itu. Namun, hasratnya terkubur disaat akhir kerana sangsi dengan pembedahan yang bakal dilakukan itu.
“Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut,
“Syukur Allah SWT masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu,
“Sebelum ini juga saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba.” katanya.
Kata DSV lagi, dia hanya mengamalkan untuk menggunakan produk keluaran syarikatnya sendiri untuk menurunkan berat badan. Dia juga turut menyatakan pengusaha produk pelangsingan yang menjalani pembedahan bariatrik umpama menganiaya pelanggan.
“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan bariatrik teruskanlah,
“Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan tanggung sakit selepas pembedahan. Ada yang terpaksa ulang-alik dari hospital untuk rawatan susualn,
“Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna.” ujarnya lagi.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kerosakan gigi seringkali terjadi apabila anda tidak menjaganya dengan baik. Ada diantara kita yang mengambil mudah tentang penjagaan gigi sampai ada yang tidak berjumpa dengan doktor gigi langsung kerana takut. Selain itu, tahukah ada makanan yang boleh membuatkan gigi anda rosak?
Punca utama gigi seorang individu itu sakit adalah kerana makanan atau minuman yang diambil. Oleh sebab itu, berjumpa dengan doktor gigi sangat penting untuk mengetahui keadaan gigi kita. Berikut adalah senarai minuman dan makanan yang boleh anda elakkan atau hadkan jika ingin gigi anda kekal sihat:
1.Roti putih
Roti putih yang dijadikan roti bakar antara makanan yang mudah untuk diambil. Akan tetapi sebenarnya ia boleh merosakkan gigi anda. Roti bakar putih menyebabkan gigi rosak apabila mengunyah roti tersebut, ia akan membuatkan kanji di dalamnya mendjadi gula dan bertukar menjadi seperti pes bergetah. Ia menyebabkan roti tersebut melakat pada celahan gigi. Kesannya akan menyebabkan kaviti.
Dinasihatkan supaya memilih roti gandum kerana ia mengandungi kurang gula dan tidak mudah dipecahkan.
2. Ais batu
Ramai yang gemar menggigit ais ketika bosan. Sebenarnya, gigit ais ini boleh menyebakan kerosakan pada enamel dan boleh menyebabkan gigi patah, sumbing atau retak! Tidak salah jika anda menyejukkan air minuman dengan ais tetapi bukan mengunyahnya.
3. Penyegar nafas pudina
Ramai di antara kita yang menganggap gula-gula penyegar nafas pudina sangat bagus. Pada hakikatnya, gula-gula ini diperbuat dari gula. Nama pun gula-gula pasti bahan utamanya adalah gula. Jadi, ramai yang tidak tahu penyegar nafas pudina ini boleh menyebabkan bakteria suka akan kehadiran makanan seperti ini.
Buah yang sangat kaya dengan vitamin C seperti buah oren, limau dan lemon semestinya sangat sedap untuk dimakan. Namun buah seperti ini mempunyai kandungan asid yang boleh membuat gigi anda terhakis, gigi cepat reput dan merosakkan enamel.
Sekiranya anda menikmati buah citrus, pastikan mengambil dengan sederhana dan jangan lupa untuk berkumur selepas itu.
5. Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, aprikot atau buah tin selalu dianggapkan sebagai buah yang sihat. Selalunya buah yang kering ini mempunyai tekstur yang melekit. Ia boleh menyebabkan tersangkut pada celahan gigi dan meninggalkan banyak gula.
Pastikan anda berkumur selepas makan buah-buahan kering ini. Pilihlah buah yang segar untuk mengekalkan gigi sihat.
6. Sos tomato pasta
Bagi yang meminati pasta pasti masak pasta dengan sos tomato. Pada yang tidak tahu, tomato merupakan sayuran yang berasid dan akan menyebabkan enamel gigi pecah. Selain itu, karbohidrat pada pasta juga membuatkan kita memberi makan kepada bakteria punca gigi berlubang!
7. Kopi dan teh!
Kopi dan teh boleh dikategorikan sebagai minuman sihat jika anda tidak menembah gula pada minuman tersebut. Selain itu, kafein di dalam kopi dan teh juga boleh membuatkan mulut menjadi kering. Jadi dinasihatkan apabila anda minum teh atau kopi, kurangkan kadar gula dan pastikan minum air kosong selepas itu ya!
8. Buah pisang
Pisang merupakan salah satu buah yang boleh menyebabkan gigi anda rosak dan sakit. Pisang mempunyai kadar gula dan kanji yang sangat tinggi. Oleh sebab itu juga, gula di dalam pisang boleh membuatkan rasanya manis dan sedap!
Pisang sangat bagus untuk kesihatan tetapi bukan untuk gigi anda. Kanji yang terdapat pada pisang akan larut lalu melekat pada celahan gigi di mana ia dapat menarik bakteria disekitar mulut untuk berkembang. Bukan tidak boleh dimakan tetapi pastikan anda minum air kosong atau menggosok gigi untuk menghilangkan kanji dan gula dalam mulut.
Akhir kata, gula dan asid merupakan sumber paling besar punca sakit gigi. Dinasihatkan supaya hindari makan makanan yang boleh menyebabkan gigi rosak. Malah, anda boleh memilih untuk makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral agar gigi lebih kuat. Pastikan juga anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui keadaan gigi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai wanita, penjagaan kulit wajah memang sangat dititik beratkan. Lagi-lagi jika wajah senang mengalami masalah kulit seperti jerawat hingga menyebabkan breakout.
Walaupun setelah bermacam-macam produk digunakan tetapi ada kalanya tidak serasi dan proses penyembuhan jadi lambat apabila diri rasa down.
Seperti perkongsian gadis ini menggunakan nama Puteri Perak di laman sosial Facebook memberitahu produk bersesuaian digunakan untuk memastikan wajah bebas ‘alien’ yang sering hingga di wajah.
Dia juga pernah mengalami masalah kulit tetapi berkat kesabaran akhirnya berjaya diatasi. Walaupun perkongsian ditulis dua tahun lalu, namun wajah glass skin tetap maintain hingga hari ini.
Produk dignakan ini mudah didapati dan paling penting harganya mampu milik. Sangat sesuai digunakan baik lelaki ataupun perempuan.
J U S T S H A R E
siapa tak nak kulit licin bebas jerawat semua alien. kadang2 rasa nak pecahkan cermin je sebab tak lalu dah tengok muka sendiri. Alien sana sini.
Dah cuba macam2 produk tapi hasil makin teruk dari produk mahal sampai murah keluar je produk terus tuju. Bukan kata tu kedai jamu pun habiz di tawaf semata nak baik kan muka.
Last2 menyesal kena kata tak pandai jaga muka. Punca tak ade bf la apelah.. Mai sini cik Ya share sikit
” Biar muka tak cerah tapi licin flawless bebas alien”
Cikya dulu pun cam hampa juga muka Allah tak larat tengok dah. Sampai satu tahap cikya review melalui kawan2 dan hasil bacaan artikel sikit survey2 produk untuk elakkan muka monster balik.
Alhmdulilah sekarang dah jumpa produk yang sesuai dan mampu milik ampa semua kene try baik laki dan permpuan.
mai tengok
Ni muka cikya 4 tahun lepas hampa buh filter tara mana pun nak bagi cerah tak maunya dengan alien di pipi kusam dah upe arang.. Berbelak tudung usah kabo la kan memang upe main panas terik betui time ni cuba macm2 produk tapi hasilnya muka kene panas jadi merah n lebih sedap lagi udang terbakor.
Untuk pencuci muka kita wajib pakai sebab harian kita terdedah macam2 habuk sekarang.. So nak pilih pencuci muka kene pilih yang kurang buih sebab itu lebih manfaat kepada kulit buat kulit moist je. Cetaphil ni bertindak antibacteria dan ampa boleh buat night cream pakai gytu saja taw. Kalau ade jerawat fuh malam sapu esok terus masak n kecut. TANPA ADE KESAN PARUT… harga beli ni sebab Watson offer rytu Rm18.80 harga biasa rm22 something..
hat sebelah tu pulak scrub. muka kita kene scrub 2-3 kali seminggu untuk buang kulit mati cikya pilih Good virtues. co sebab manik scrub dia halus dan bila kita pakai syok ja.. Kulit jad glowing + lembut + wangi. Harga rm11.50
Bila buat aktiviti luar cikya memang malaz gila nak makeup.. Paling malaz.. so cik Ya akan pakai gold serum dulu dari raudah. dah kering baru Apply nipis moisturaizer dari aiken. Moisturaizer ni best wangy je sesuai untuk sapa2 kulit sensitif + jerawat sebb ade tea tree oil paling best ade UV protection
Harga moisturaizer rm8.90 camtu
untuk protect lagi kulit dari UV pakai day krim dari raudah texture yag best tak melekit dan glowing. Harga cikya tak ingat sbb raudah skincare kawan yang belikan around satu set complete ade sabun gold + serum gold + day cream + night cream
Rm80 complete tapi cikya dapat free member bagi
dan yg pasti dalaman juga kene cantik cikya amalkan vit c & E dari dianz.. Rm50 Sebotol tahan sebulan dah lah sedap pelbagai fungsi pulak tu..
Skin sekarang lepas konsisten produk2 di atas. so anda pun boleh try jangan give up. tu yang penting. selamat mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali meraih perhatian ramai. Bakal menyambut kelahiran anak kedua, pasangan yang dikenali sebagai Leslar...