Cacat penglihatan tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri Shaari Arifin, 56, dan Fatimah Che Jaafar, 49, bagi meraikan hari konvokesyen anak tunggal mereka sempena Istiadat Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di Dewan Taming Sari, Lendu, Alor Gajah pada beberapa hari yang lalu.

Walaupun tidak dapat melihat, namun perasaan itu tetap teruja apabila memegang skrol anak, Siti Salmah Salim, 22, bagi Diploma Pengurusan Perniagaan biarpun hanya dapat merasa.

Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya bukan? Bagi Fatimah, dia berasa begitu bangga dan gembira apabila melihat kejayaan anak kandungannya itu. Biarpun dia membesar dalam serba kekurangan, namun dia membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

Jauh di sudut hatinya, dia terharu diberi penghormatan masuk ke dalam dewan mendengar panggilan nama anaknya bersama siswazah lain walaupun tidak dapat melihat.

IKLAN

“Saya tidak dapat melihat sejak berusia dua tahun akibat sakit. Apapun saya tetap reda dan bersyukur malah sentiasa berdoa zuriat saya ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

“Namun kejayaannya adalah atas usaha gigih dan ketekunannya untuk mengubah kehidupan,” katanya yang juga busker di Danau Kota dan Jalan Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.

IKLAN

Ujarnya, dia sentiasa memberi galakan, semangat, dorongan dan motivasi untuk anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Kebiasaannya, dia dan suami keluar dari rumah mereka di Setapak kira-kira 10 pagi hingga lewat malam mencari rezeki melalui busking.  Sememangnya dia sangat gembira apabila mengenang sokongan arwah suami dan pasangan (Shaari) yang memberi impak kejayaan terbabit.

IKLAN

Sementara itu, Siti Salmah berkata kejayaan itu dihadiahkan kepada ibu, bapa tirinya dan arwah bapa kandung, Salim Ismail yang juga cacat penglihatan walaupun sudah meninggal dunia pada 2004 akibat strok dan darah tinggi.

“Merekalah sumber kekuatan saya untuk terus melanjutkan pelajaran. Kini saya menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang perakaunan di UiTM Jalan Hang Tuah,” katanya kepada Harian Metro.

kredit: Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI