Ramai orang yang suka untuk meluahkan pendapat tambahan lagi platform media sosial yang bebas untuk melontarkan kata-kata. Kadangkala, pendapat yang diberikan agak kurang wajar dan negatif yang membolehkan seseorang itu terkesan.
Berkaitan dengan isu ini, penyanyi Fieya Julia, 23, berasa sedih apabila komen yang diberikan oleh warganet mengenai perubahan bentuk tubuhnya yang kelihatan berisi.
Fieya Julia atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, pernah menuduhnya mengambil “sesuatu bahan terlarang” oleh kerana tubuhnya terlalu kurus.
Penyanyi itu membalas komen-komen negatif yang sering diperkatakan kepadanya melalui ruang komen posting instagram miliknya.
Menurut temubual Fieya bersama MStar Online , komen-komen yang diajukan kepadanya sama sekali hanya tangggapan mereka terhadapnya.
“Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ini. Stress sebab ramai betul cakap sudah berkahwin. Buat sedih je sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.”
“Saya dulu kurus pun orang kecam. Kata saya sakit dan tak cukup makan selain ambil ‘barang’. Semua tuduhan tak masuk akal. Kemudian saya cuba nak berisi supaya tak kecam.”
“Sekarang pun masalah juga. Biarkanlah… kita buat macam mana pun pasti ada orang tak suka. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap,” katanya lagi.
Fieya turut meminta mana-mana pihak tidak lagi menggunakan gambarnya yang tidak berhijab dalam apa-apa perkongsian kerana dia telah membuat keputusan untuk berhijab sejak Ogos tahun lalu.
“Mohon kepada sesiapa yang repost cover saya atau nak buat playlist jangan gunakan gambar saya tidak bertudung.”
“Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna. Kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh berikan sendiri,’ ujarnya lagi melalui temubual itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu single “Perasaanku” itu sudah mula berhijab sejak Ogos tahun lalu dan telah dapat banyak pujian atas penghijrahannya.
Sumber dan gambar: MStar Online , Fieya Julia
Artikel berkaitan: Masih Istiqomah Berhijab, Farawahida Juga Akur Dengan Rezeki Belum Mendapat Zuriat