Ramai orang yang suka untuk meluahkan pendapat tambahan lagi platform media sosial yang bebas untuk melontarkan kata-kata. Kadangkala, pendapat yang diberikan agak kurang wajar dan negatif yang membolehkan seseorang itu terkesan.
Berkaitan dengan isu ini, penyanyi Fieya Julia, 23, berasa sedih apabila komen yang diberikan oleh warganet mengenai perubahan bentuk tubuhnya yang kelihatan berisi.
Fieya Julia atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, pernah menuduhnya mengambil “sesuatu bahan terlarang” oleh kerana tubuhnya terlalu kurus.
Abaikan apa yang orang cakap, jadi diri sendiri sahaja
Penyanyi itu membalas komen-komen negatif yang sering diperkatakan kepadanya melalui ruang komen posting instagram miliknya.
Menurut temubual Fieya bersama MStar Online , komen-komen yang diajukan kepadanya sama sekali hanya tangggapan mereka terhadapnya.
“Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ini. Stress sebab ramai betul cakap sudah berkahwin. Buat sedih je sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.”
“Saya dulu kurus pun orang kecam. Kata saya sakit dan tak cukup makan selain ambil ‘barang’. Semua tuduhan tak masuk akal. Kemudian saya cuba nak berisi supaya tak kecam.”
“Sekarang pun masalah juga. Biarkanlah… kita buat macam mana pun pasti ada orang tak suka. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap,” katanya lagi.
Tiada lagi gambar tidak berhijab
Fieya turut meminta mana-mana pihak tidak lagi menggunakan gambarnya yang tidak berhijab dalam apa-apa perkongsian kerana dia telah membuat keputusan untuk berhijab sejak Ogos tahun lalu.
“Mohon kepada sesiapa yang repost cover saya atau nak buat playlist jangan gunakan gambar saya tidak bertudung.”
“Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna. Kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh berikan sendiri,’ ujarnya lagi melalui temubual itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu single “Perasaanku” itu sudah mula berhijab sejak Ogos tahun lalu dan telah dapat banyak pujian atas penghijrahannya.
Sumber dan gambar: MStar Online , Fieya Julia
Artikel berkaitan: Masih Istiqomah Berhijab, Farawahida Juga Akur Dengan Rezeki Belum Mendapat Zuriat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semak Lima Perkara Ini Dulu, Sebelum Guna ‘Sunscreen Stick’ Sis! Jangan Main Bedal Je
Jika diperhatikan sekarang ini ‘Sunscreen Stick’ merupakan antara barangan kecantikan yang ‘in-trend’ san WAJIB dimiliki kaum hawa. Ini kerana ianya amat compactible dan lebih mudah untuk digunakan terutama di negara tropikal yang mempunyai cuaca panas seperti Malaysia.
Bagaimanapun, ternyata masih belum ramai yang tahu cara penggunaan sunscreen stick yang betul. Malah, tahukah hijabi bahawa Sunscreen merupakan produk skincare yang wajib digunakan setiap hari dengan ukuran tertentu.
Jika salah penggunaan dan kuantiti, sunscreen tidak akan dapat melindungi kulit anda secara efektif dan menyeluruh, serta akan memberikan efek yang kurang menyenangkan. Justeru, Hijabista menyenaraikan lima perkara yang Hijabi perlu tahu sebelum memakai sunscreen stick. Jom semak!
1. Moisturizer Dulu Baru Sunscreen!
Sunscreen adalah produk skincare yang wajib digunakan setiap hari di waktu pagi sebelum anda keluar rumah. Jadi cara terbaik mengoleskan sunscreen pada wajah ada adalah setelah menggunakan pelembap ya. Walaupun jenis stick, sunscreen tidak akan menghilangkan kebaikan produk skincare yang sebelumnya digunakan. Tapi hijabi perlu menunggu pelembap yang anda gunakan, menyerap sepenuhnya kedalam lapisan kulit terlebih dahulu, kemudian baru aplikasikan sunscreen stick kesukaan anda!
2. Oleskan ‘Sunscreen Stick’ Pada Belakang Tangan Terlebih Dahulu!
Sementara menunggu krim pelembap menyerap sempurna, pada wajah. Anda boleh prep terlebih dahulu sunscreen stick anda itu. Untuk mengelakan risiko wajah calar kerana tergesel pada permukaan Sunscreen Stick yang terlalu keras, hijabi disarankan untuk gosokan permukaan sunscreen stick pada bahagian belakang tangan terlebih dahulu.
Ini kerana panas yang terhasil dari gosokkan pada bahagian belakang tangan ini akan membuat permukaan sunscreen stick menjadi cair dan lebih lembut saat menyentuh permukaan pada kulit wajah.
3. Pastikan Hijabi Gunakan Kuantiti Yang Tepat
Jika anda rajin menggunakan sunscreen pastu anda sudah familiar berkenaan jumlah pemakaian sunscreen yang diperlukan oleh kulit anda. Ukuran penggunaan sunscreen yang biasa adalah sebanyak 2 ruas jari sahaja.
Jadi untuk penggunaan sunscreen stick, anda hanya perlu mengoleskanya pada kulit wajah sebanyaj 2-3 kali di setiap bagian pada kulit.
Artikel berkaitan: Tinggal Di Negara Iklim ‘Tropika’ Jangan Abaikan 4 ‘Skincare’ Ini Kalau Tak Nak Kulit Rosak!
4. Rajin Bersihkan Permukaan ‘Sunscreen Stick’
Meskipun bersifat praktikal, penggunaan sunscreen stick masih perlu diperhatikan dari segi tahap kebersihannya. Kerana sunscreen berbentuk stick ini menyentuh permukaan kulit secara langsung, jadi untuk mengelakkan masalah jangkitan kuman pada kulit wajah. Ada baiknya jika hijabi sering membersihkan permukaan sunscreen stick yang di gunakan.
5. Jangan Sesekali ‘Re-Apply’ Atas Solekan
Perkara yang terakhir, jika anda menggunakan solekan. Awas! Jangan melakukan tidakan ini iaitu re-apply sunscreen stick selepas bersolek. lni kerana, ia bukan sekadar mrosakkan riasan wajah anda malah memberi masalah hygiene pada kulit yang amat serious!
Jadi kalau hijabi menggunakan makeup, Hijabista menyarankan untuk melakukan re-apply menggunakan sunscreen spray berbanding sunscreen stick.
Artikel berkaitan: Tolong! Kulit Terbakar Di ‘Panah’ Mentari, Ini Cara Agar Kulit Hijabi Kembali ‘Soothing’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis BERHIJAB Ini Dilamar Lebih 100 LELAKI & Terima Ratusan MESEJ Cinta, Gara-Gara VIDEO Baiki Brek Kereta Jadi TULAR
Baru-baru ini tural satu rakaman video di mana seorang gadis cantik berhijab yang sedang membaiki brek kereta hingga ada yang sanggup meletakkan hantaran setinggi RM20 ribu kepada pemilik nama Nor Sakira Awee, berusia 20 tahun. Namun gadis ini tidak cepat melatah, malah dia hanya tersenyum membaca komen netizen dan menganggapnya sebagai gurauan. Gadis dari Marang, Terengganu ini tidak menyangka video berdurasi 35 saat ini boleh viral di media sosial. Dia juga turut mengakui dirinya kini cuba dipikat lebih 100 lelaki selain menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.
Walaupun dirinya jadi tumpuan gara-gara video itu tetapi Nor Sakira tidak menganggap sebagai gangguan kerana sifatnya yang suka berkawan dengan semua orang dan cukup terbuka dalam soal ini.
Dia turut mengakui pembabitannya dalam bidang automotif menyebabkan dia lebih ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan. Nor Sakira memberitahu dia hanya buat yang disukai dan diminati, namun tidak sangka mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.
“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini,” katanya yang turut menjaga aurat dengan memakai sarung lengan.
Menurutnya, rakaman video berkenaan dilakukan ketika dia menjalani latihan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE) di Chendering, dekat sini. Dia salah seorang daripada 65 pelajar tahap dua bagi Sijil Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di UNICETE itu.
“Walaupun terpaksa bergelumang dengan minyak hitam selain mendapat sindiran pelbagai pihak, saya tetap kekal dengan minat itu,” katanya.
Dia yang memang meminati kerja membaik pulih pelbagai jentera termasuk kereta dan motosikal sejak kecil. Malah dia turut mempunyai dia memang mempunyai asas dan sedikit kemahiran membaiki motosikal dan kereta sebelum mengikuti kursus di UNICETE itu.
Sementara itu, abangnya, Mohd Sabri juga turut mempunyai bengkel kereta di Kampung Tok Landok dan dia juga banyak menimba ilmu membaiki kenderaan bersamanya. Meurut abangnya juga selepas enam bulan mengikuti kursus di UNICETE, kemahiran Nor Sakira semakin bertambah dan dia kini mampu membaiki kerosakan enjin kereta.
“Apabila minat, semua perkara akan mampu dilakukan. Ramai kenalan perempuan yang memandang sinis terhadap minat saya ini tetapi ia tidak melunturkan semangat.
“Walaupun saya terpaksa bermandi minyak hitam, bekerja dengan menggunakan banyak tenaga tetapi ia tidak mengubah penampilan saya sebagai seorang wanita.
“Memang ia kerjaya lasak dan asing untuk seorang perempuan tetapi saya tetap perempuan yang kekal dengan identiti lemah lembut dan suka dengan penjagaan kecantikan,” katanya yang puas membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama membabitkan wanita.
Artikel Berkaitan: Sakit Masa Final Exam Tak Halang Gadis Ini Terima Anugerah
Menurutnya, dia berasa gembira dan bangga kerana memilih untuk mendalami bidang automotif itu sekali gus berpeluang berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.
“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE,” katanya lagi kepada HARIAN METRO.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Allantoin Ramuan Produk Kecantikan K-Beauty Yang Unggul Untuk Tenangkan Kulit Sensitif
Seperti musin siput dan ekstrak teratai, allantoin ialah bahan popular dalam dunia Kecantikan Korea, walaupun ia mungkin tidak dibincangkan sekerap. Ramuan bintang ini begitu ketara kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit hampir semua orang, tanpa mengira jenis kulit atau sensitiviti.
Selama bertahun-tahun allantoin telah memasuki senarai ramuan penjagaan kulit di mana-mana, di luar populariti asalnya dalam produk K-beauty. Jom salami panduan penuh allantoin termasuk faedah dan produk terbaik di pasaran.
Apa itu allantoin?
Kita tahu allantoin adalah bahan yang popular, tetapi apakah sebenarnya allantoin itu? Pakar dermatologi dan pencipta YouTube yang diperakui menerangkan, allantoin ialah ekstrak yang berasal daripada tumbuhan kofre tetapi juga boleh didapati dalam pelbagai tumbuhan lain,” yang termasuk bit dan chamomile.
Ramuan ini mempunyai fungsi yang serupa dengan panthenol (vitamin B5), kerana ia boleh meredakan kemerahan dan kerengsaan. Atas sebab ini, pakar menjelaskan, allantoin sering ditemui dalam kosmetik yang dipasarkan untuk kulit yang merengsa dan produk selepas matahari.
Walau bagaimanapun, allantoin adalah ramuan pelbagai fungsi dengan senarai faedah yang banyak. Di sini, senarai beberapa kegunaan allantoin yang paling ketara untuk kulit.
Manfaat kulit allantoin. Allantoin mempunyai beberapa faedah utama dalam penjagaan kulit:
Menenangkan kulit
Sama ada kerengsaan berpunca daripada pengelupasan berlebihan yang membawa kepada halangan kulit yang terjejas atau tindak balas alahan, allantoin ialah bahan yang bagus untuk menenangkan kulit yang merah dan reaktif. Ahli kimia memberitahu bahawa allantoin ialah anti-peradangan yang berkesan yang berfungsi melindungi kulit dan mengurangkan potensi kerengsaan surfaktan, minyak, dan bahan berasid atau alkali.
Satu kes tertentu yang mungkin memerlukan allantoin topical, oleh rawatan sinaran. Secara amnya, allantoin tidak lagi merengsakan kulit dan boleh memberi kesan yang menenangkan. Jadi pada masa akan datang kulit anda berasa reaktif dan merah, ini adalah salah satu bahan yang anda boleh anggap selamat untuk digunakan sehingga halangan anda dibaiki.
Meningkatkan formula produk
Allantoin sering dijumpai sebagai bahan yang dicampurkan ke dalam semua jenis produk, daripada krim muka yang menghidratkan kepada rawatan pengelupasan kimia. Bahan ini juga meningkatkan keberkesanan dan daya tarikan formula dengan bertindak sebagai pelindung kulit dan memberikan kelembapan yang diperlukan. Jadi, jika anda melihat allantoin disenaraikan pada produk pengelupasan anda, ia berkemungkinan mengimbangi kesan pengeringan bahan-bahan lain.
Mempercepatkan proses ganti sel
Allantoin dianggap mempunyai sifat keratolitik dan ia berasal daripada urea, yang, seperti asid alfa-hidroksi yang ada di mana-mana, boleh membantu melicinkan dan melembutkan kulit dengan menyingkirkan kulit mati yang berlebihan. Walaupun asid retinoik terdapat dalam retinol dan retinoid dan pengelupasan kimia mempercepatkan pusing ganti sel, ia boleh merengsakan mereka yang mempunyai kulit sensitif, reaktif, jengkel atau cedera. Allantoin berfungsi sebagai cara yang selamat dan lebih lembut untuk mempercepatkan perolehan sel semula jadi.
Membantu dalam penyembuhan luka dan pencegahan parut.
Keberkesanan penggunaan allantoin untuk membantu dalam penyembuhan luka. Dalam kajian ini, allantoin terbukti berkesan dalam membantu penyembuhan luka dan mengurangkan pembentukan parut. Inilah sebabnya mengapa allantoin telah dipasarkan sebagai rawatan parut dalam banyak formula.
Mengurangkan keradangan.
Allantoin boleh didapati dalam produk yang biasanya dilabel “selamat ekzema” kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit, memerangi gatal-gatal dan mengurangkan keradangan. Bagi mereka yang mempunyai psoriasis, allantoin mungkin juga merupakan pilihan yang selamat.
Dalam kajian ini, syampu allantoin telah ditunjukkan untuk mengurangkan keradangan dan membantu dalam penyembuhan luka bagi mereka yang bergelut dengan psoriasis pada kulit kepala. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mereka yang mempunyai ekzema dan psoriasis yang teruk untuk berunding dengan pakar dermatologi mereka sebelum menggunakan produk topikal.
Amaran penggunaan
Allantoin ialah bahan yang secara amnya selamat dan berkesan, itulah sebabnya ia sangat popular dalam produk yang dirumus khusus untuk kulit sensitif. Pakar menyatakan bahawa sehingga 2% allantoin adalah selamat, walaupun untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Allantoin terdapat dalam semua jenis produk penjagaan kulit, termasuk yang dirumus untuk kulit sensitif dan iritasi. Ramuan ini mempunyai banyak faedah termasuk menenangkan kulit, membantu dalam penyembuhan luka, mencegah pembentukan parut, mengurangkan keradangan, dan juga meningkatkan pusing ganti sel. Terdapat sedikit amaran untuk menggunakan allantoin dalam penjagaan kulit. Jika anda ingin menangani kulit yang reaktif dan teriritasi, lihat panduan ini untuk menentukan sama ada anda mempunyai kulit hipersensitif dan cara merawatnya.
Rangkaian produk yang mempunyai ramuan allantoin
First Aid Beauty Ultra Repair Cream
Satu lagi kegemaran ramai kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit sensitif, krim penghalang ini mengandungi oatmeal koloid, sebagai tambahan kepada allantoin, untuk melindungi dan memulihkan penghalang kulit yang pada asasnya adalah lapisan luar kulit anda yang memastikan anda dilindungi.
Cetaphil Soothing Gel Cream with Aloe
Ini adalah produk mampu milik selepas mereka mendapat pengelupasan. Ia juga bagus untuk selepas selaran matahari. Petua pakar, biarkan krim gel ini, yang mengandungi allantoin, shea dan aloe, di dalam peti sejuk dan gunakannya pada waktu tidur untuk menenangkan kulit anda selepas hari panas yang panjang.
Dr. Jart+ Cryo Rubber™ Mask with Soothing Allantoin
Kit penjagaan kulit ini memulihkan kulit yang rosak dan melindungi kulit yang sensitif. Topeng getah membalut kulit dengan sangat ketat sambil menyejukkan kulit untuk meningkatkan kesan menenangkan.
Dermalogica super rich repair moisturizer
Krim rawatan kulit yang sangat berkhasiat untuk kulit kering dan dehidrasi kronik. Krim berat membantu menambah tahap kelembapan semula jadi kulit untuk mempertahankan diri daripada serangan alam sekitar. Peptida yang kuat dan kompleks pelicin bebas asid menyokong keanjalan dan tona kulit. Shea Butter dan Oil of Evening Primrose membantu menambah dan menghidrat, manakala antioksidan membantu mempertahankan daripada kerosakan radikal bebas.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI