Bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti itulah yang kita mahukan dalam persahabatan. Biar tak ramai orang di sekeliling kita yang penting ada yang setia bersama kita di waktu senang dan susah.
Seperti Faezah Elai, dia mengakui dia tidak ramai kawan dan itu membuatkannya lebih tenang kerana dapat mengelak drama yang tidak sepatutnya dalam hidup.
“Sudah berapa lama sejak pertemuan terakhir kita. Kawan baik saya yang gila-gila sejak dari zaman sekolah lagi. Saya hanya rapat dengan orang tertentu. Tetapi mereka menjadi begitu bermakna dalam hidup saya.”
“Kawan yang sedikit bererti kurang drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lagi. Sebenarnya ada lagi satu. Seorang gadis cina. Mereka semua panggil kami ‘Geng Masyarakat Majmuk’ – melayu, india dan cina.”
“Bila lama tak jumpa dengan masa yang singkat, dua-dua nak bercakap, hang nak cakap aku nak cakap, siapa nak dengar.”
“Sangat seronok jumpa kamu kembali. Jom cari satu hari untuk lepak bersama dengan Eileen dan bila kita bertiga bercakap saya terfikir siapalah yang akan dengarkan.”
“Dulu selalu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang dah 38 tahun. Ish rasa macam 2-3 hari sudah pakai baju sekolah. Sekarang hantar anak pula pergi sekolah. Eh, rasa macam mimpi pulak!”
Betulkan apa yang dikata oleh Faezah itu. Biarlah tak ramai orang di sisi, janji mereka semua ada di saat memerlukan. Oleh itu, pilihlah sahabat anda dengan sebaiknya.