Bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti itulah yang kita mahukan dalam persahabatan. Biar tak ramai orang di sekeliling kita yang penting ada yang setia bersama kita di waktu senang dan susah.

Seperti Faezah Elai, dia mengakui dia tidak ramai kawan dan itu membuatkannya lebih tenang kerana dapat mengelak drama yang tidak sepatutnya dalam hidup.

“Sudah berapa lama sejak pertemuan terakhir kita. Kawan baik saya yang gila-gila sejak dari zaman sekolah lagi. Saya hanya rapat dengan orang tertentu. Tetapi mereka menjadi begitu bermakna dalam hidup saya.”

Ads

“Kawan yang sedikit bererti kurang drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lagi. Sebenarnya ada lagi satu. Seorang gadis cina. Mereka semua panggil kami ‘Geng Masyarakat Majmuk’ – melayu, india dan cina.”

View this post on Instagram

Its been ages since the last time we met.. My cray2 bff since school.. I’m close to very few people.. but those few people mean everything to me.. Less friends less bullshit and drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lg.. actually ada sorang lagi.. chinese girl.. depa panggey kami Geng masyarakat majemuk, malay,indian and chinese 🤣😂 . Bila lama tk jumpa with limited time,dua2 nk ckp,hg ckp aku ckp,sapa nk dengaq 😂🤣 . Is so good to see you babe,lets find 1 fine day to lepak together with eileen then all 3 of us start talking and i wonder who will listen.. 😅 . Dulu dok lepak kt katin sekolah masa umoq 16 tahun,lani dh 38 wehhh… ishh rasa mcm 2 3 hari sudah dok pakai baju sekolah.. lani dok hantaq anak pulak pi sekolah.. ehh rasa mcm mimpi pulak.. . P/S : Depa tkdak ig,cheq ingat cheq yg old school,depa lgi terok.. 🤣😂 buta IT jugak.. buta IT tkpa jgn buta peghot!! 😝 . #penangites #bff #schoolmates #CGLians #conventgirls #conventgreenlane #missingthosedays #oldmemories #penanggirl #faezahelai #hijabi #hijabista #hijabfashion #hijabers #feelingblessed #lovelovelove #faezahelai

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Ads

“Bila lama tak jumpa dengan masa yang singkat, dua-dua nak bercakap, hang nak cakap aku nak cakap, siapa nak dengar.”

“Sangat seronok jumpa kamu kembali. Jom cari satu hari untuk lepak bersama dengan Eileen dan bila kita bertiga bercakap saya terfikir siapalah yang akan dengarkan.”

Ads

“Dulu selalu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang dah 38 tahun. Ish rasa macam 2-3 hari sudah pakai baju sekolah. Sekarang hantar anak pula pergi sekolah. Eh, rasa macam mimpi pulak!”

Betulkan apa yang dikata oleh Faezah itu. Biarlah tak ramai orang di sisi, janji mereka semua ada di saat memerlukan. Oleh itu, pilihlah sahabat anda dengan sebaiknya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI