Hijrah setiap individu berbeza di antara satu sama lain. Masing-masing memiliki jalannya tersendiri, sebagai teman, sahabat atau orang yang mengenali mereka, hulurkanlah sokongan sebagai tanda gembira untuk mereka.

Terbaharu selebriti cantik Indonesia, Wanda Hamidah telah tampil dengan imej baru berhijab. Pada mulanya ramai yang tertanya-tanya adakah wanita cantik berusia 44 tahun itu sudah benar-benar berhijab.

“Biar Proses Ini Tanpa Pujian Atau Makian,” – Aktres Indonesia, Wanda Hamidah Kini Berhijab Pada Usia 44 Tahun

Bukan sekadar cuba-cuba, dalam beberapa hantaran di Instagram sejak dua bulan yang lalu, ibu kepada enam cahaya mata ini sudah dilihat mengenakan hijab untuk aktiviti-aktiviti sehariannya termasuklah bersenam.

Ads

Menurut laporan media Indonesia, wanita cantik itu mengaku yang dia masih lagi belajar berhijab dan berharap agar mampu istiqamah untuk hari-hari yang mendatang. Ujarnya, “Jadi kalau saya ditanya orang orang, saya akan beritahu yang saya masih lagi belajar. Kan namanya pun belajar, pasti prosesnya panjang. Semoga istiqamah.”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab

Selain itu dia turut berkongsi bahawa tekad untuk belajar berhijab disebabkan rasa bersyukur. “Cara mengembalikan rasa syukur bersama rakan sebagai contohnya kita membalas kembali makanan. Sama orang tua sahaja kita tidak mampu membalas rasa syukur, apatah lagi ke Allah SWT.”

Ads

“Biar Proses Ini Tanpa Pujian Atau Makian,” – Aktres Indonesia, Wanda Hamidah Kini Berhijab Pada Usia 44 Tahun

Menceburkan diri dalam dunia hiburan sejak tahu 1990an lagi, dia memulakan kariernya sebagai seorang model apabila memenangi pencarian Gadis Sampul kemudiannya dia berjinak-jinak sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.

Ads

Untuk pengetahuan pembaca HIJABISTA, Wanda merupakan graduan dalam lulusan undang-undang dari Universiti Trisakti. Dia juga pernah menceburi duni politik apabila terpilih sebagai sebagai anggota DPRD DKI Jakarta bermula tahun 2009 sehingga 2019.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI