Pernahkah kita terasa kesempitan hidup? Rasa kekurangan wang dan segala-galanya tidak cukup. Hidup pun rasa tak tenang je…
Hmm, mungkin sebenarnya Tuhan merindui untuk mendengar rintihan kita dan mengadu kepadaNya. Oleh itu, berbaliklah kepada Allah bagi memohon agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Bagi menjemput rezeki, anda bolehlah mencuba amalan yang dikongsikan ini selepas solat. Walaupun penat, itu semua tidak mengapa kerana segala lelah kita di dunia ini berbaloi jika kita niat kerana Allah.
Ads
Bacalah surah Al-Fatihah 41 kali selepas solat
Jangan pernah berkira sesama keluarga
Ads
Solatlah tepat pada waktu!
Ads
Sebelum kita melakukan sesuatu, ingatlah segala niat kita hanya untuk Allah SWT. Moga hidup kita semua diredhai dan amalan-amalan kita ini diterima olehNya. InsyaAllah.
Jurusolek popular, MUA Bellaz atau nama sebenar Nur Nabilah Zulyadainimenzahirkan rasa syukur diatas peluang yang diberikan kepadanya untuk menjalani ibadah umrah bersama-sama dengan keluarga tercinta dan teamnya.
Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram miliknya, Bellaz menyatakan bahawa ibadah umrah kali ini lebih istimewa bukan sahaja diberikan kesempatan untuk membawa anak-anak kecilnya malah dia dan suami turut berpeluang membawa keseluruhan team Bellaz Beauty HQ.
Ia merupakan impiannya dan suami sejak dari dahulu lagi. Akhirnya tahun ini, impian jadi kenyataan.
Alhamdulillah, Bellaz datang bersama suami dan anak-anak. Lepas tu, memandangkan datang sini, saya dan suami memang niat dalam hati nak bawa ke semua team Bellaz Beauty HQ ke sini. Impian saya dan suami nak bawa mereka Alhamdulillah tercapai.
Tambahnya lagi, teamnya terkejut apabila diberitahu bakal menunaikan ibadah umrah bersama-sama serta turut berasa sebak seolah-olah tidak percaya dapat peluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.
Semua pakat terkejut sebak. Semua tak percaya mereka jejak ke sini.
Kongsi Bellaz, ia merupakan sebuah hadiah dan simbol sebagai membalas jasa baik merekayang tidak berkira tenaga dan keringat demi untuk memajukan perniagaannya selama ini bersama-sama.
Dalam masa yang sama juga, Bellaz menyimpan hasrat untuk membawa pengikut-pengikutnya sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas.
Hantaran yang dimuat naik oleh Bellaz itu mendapat pujian dari netizen dan sehingga kini, ia sudahpun mendapat lebih 40 ribu tanda suka. Rata-rata netizen turut terharu dengan kerja amal yang dilakukan oleh jurusolek dari utara itu.
Team Hijabista juga mendoakan agar perjalanan umrah Bellaz sekeluarga bersama dengan teamnya berjalan lancar dan mendapat umrah yang mabrur! InsyaAllah!
Jenama telekung terkenal tempatan yang menjadi impian setiap wanita Islam memilikinya, Siti Khadijah tetap unggul di pasaran. Melangkah satu tapak yang luar jangkaan, terkini, Siti Khadijah sudah mempunyai sebuah mesin layan diri pertama yang terletak di lorong menuju surau RnR Seremban ke arah Utara.
Mesin tersebut bukan sahaja menjual telekung , malah mempunyai pelbagai jenis sejadah, kopiah, beg untuk telekung, stokin wanita dan juga kopiah buatan jenama tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menurut pengasas jenama telekung tersebut, Padzilah Enda Sulaiman dengan adanya mesin layan diri tersebut ia bukan sahaja memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan tuntutan solat, bahkan orang ramai boleh menggunakannya untuk membeli ‘buah tangan’ kepada insan yang tersayang. Adanya mesin tersebut, merupakan hasil buah fikiran dan kerjasama pasukan Siti Khadijah sendiri, tambahnya lagi.
Warganet yang melihatnya ramai yang berasa bangga dan kagum dengan kewujudan mesin layan diri Siti Khadijah itu.
Lebih menarik lagi, salah seorang pasukan Siti Khadijah yang menjayakan mesin layan diri itu berkongsi gambar pelanggan pertama yang menggunakan mesin tersebut merupakan seorang pemuda yang membelikan telekung sebagai hadiah untuk ibunya setelah sekian lama dia tidak dapat balik beraya di kampung.
Jika anda dalam perjalanan ke Utara, bolehlah singgah R&R Seremban untuk merasai pengalaman sendiri bagi mendapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan lebih mudah hanya menggunakan mesin layan diri sahaja.
Difahamkan, Siti Khadijah akan menambah lagi mesin layan diri tersebut di beberapa lokasi lain pada masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kita berbicara tentang sedekah, konteksnya terlalu luas. Pemahaman tentang sedekah mungkin berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Mengambil inisiatif untuk mendidik dan berkongsi ilmu, Hijabista telah mengadakan satu siri yang dinamakan Tazkirah2U: The Power of Giving bersama dengan panelis-panelis hebat.
Untuk episod pertama membincangkan mengenai topik Sedekah & Ramadan, Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah telah berkongsi pandangan dan juga ilmunya mengenai isu ini. Sungguh indah dan menginsafkan setelah isu ini dihurai lantas memberi makna yang akan kekal dihati, Betapa besarnya kuasa sedekah.
Mungkin sebahagian dari kita tidak mengerti apakah maksud sedekah yang sebenar? Bertanya kepada pakar motivasi ini, beliau memberi penjelasan yang cukup indah mengenai sedekah.
“Kalau kita lihat apa ada di sebalik sedekah, memberi itu satu daripada tanda cinta. Cinta itu memberi bukan memiliki. Jadi kalau anda cinta akan harta yang anda ada, jadi tolong berikan. Kenapa anda tidak boleh memberikan? kita pinjam daripada Allah SWT.
“Mengapa The Power of Giving itu sangat penting? Kerana ia merupakan salah satu daripada proses bagaimana kita hendak kita merasakan diri kita paling dekat dengan Allah SWT.Kita nak merasa bahawa kita adalah hamba Allah dan rezeki yang Allah SWT bagi, kekuatan yang Allah bagi, kesihatan yang Allah bagi itu adalah hadiah daripada Allah SWT. Maka setiap hadiah harus dikongsi, harus di bawa balik ke akhirat melalui orang lain,” jawabnya padat.
Sedekah melatih diri kita bukan sekadar untuk tahu berkongsi dan memberi, sebaliknya amalan ini merupakan persiapan diri mendekat jiwa dengan Allah SWT. Tertanya-tanya perihal bagaimana untuk mendidik diri dalam bersedekah, jawapan yang diberikannya cukup menarik.
“Kalau dia kaya tetapi tidak mampu memberi, makanya hadiah itu akan tinggal di pusaka, atau hartanya itu akan diwariskan kepada waris-waris. Tetapi kalau dia memiliki kekuatan, kekayaan ilmu atau kemahiran dan dia berkongsi dengan orang lain, bermakna dia sedang mengasuh diri dia untuk jadi bertambah dekat dengan Allah.
“Untuk merasa bahawa dia adalah hamba Allah yang dikurniakan ruang yang sangat pendek untuk hidup dan dia nak memanjangkan pahalanya, nak membangunkan kekuatan, nak merasa syurga Allah, nak menikmati bawasanya apa yang Allah bagi itu merupakan satu daripada cabaran, satu daripada ujian untuk dia, maka dia harus melatih diri dari segi spiritualnya sebagai hamba Allah inilah bukti saya bahawa saya cinta Allah, cinta manusia dan cinta syurga.
“Itu kekuatan-kekuatan sebagai kekuatan dalaman yang mendorong kita untuk bersedekah tanpa henti. Sebab itu jangan pilih waktu dan jangan pilih tempat, kerana the power of giving ada diberi perhatian oleh Allah dengan cara paling hebat, imbalannya syurga,” ujar penceramah motivasi terkenal ini menerangkan tentang kuasa tema perbincangan The Power of Giving.
Apabila bersedekah, tidak semua daripada kita mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Namun ini bukanlah halangan untuk melakukan perbuatan dan amalan yang disukai oleh Allah SWT ini. Banyak cara boleh kita lakukan.
Kongsi Ustzah Dr. Robiah K. Hamzah, “Sejauh mana kamu ingin memberi kerana Allah? Pertama jagalah niat. Bersedekahlah kamu walaupun dengan sebiji kurma. Maka kekuatan yang kita nak angkat adalah kamu berhak dan kamu mesti melatih diri untuk merasa dekat dengan Allah. Memberi kerana kita merasa ini tugas paling mendekatkan kita dengan Allah. Bersedekah bukan hanya dari segi harta , memberi senyuman dan membantu orang lain juga adalah satu bentuk sedekah. Sedekah adalah kebajikan yang kamu suburkan dalam diri.”
“Istiqamah yang pertama, dia memberi kerana dia hamba Allah. Kedua, dia memberi kerana dia hendak menolong hamba Allah. Dan yang ketiga, dia memberi kerana dia merasa ini sebahagian dia menyatakan rasa syukurnya dan menikmati apa yang Allah bagi seterusnya menggunakan apa yang Allah bagi ke jalan yang baik mengikut susunan syariat,” kongsinya lanjut tentang bagaimana hendak belajar istiqamah dalam bersedekah.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hamba-Nya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.