Dalam keluarga kita, mesti akan ada seorang dua yang berperangai aneh sikit. Tapi, macam mana pulak kalau seluruh ahli keluarga itu bersikap pelik?

Begitulah karakter yang dapat kita saksikan dalam filem The Addams Family yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sarat dengan aksi yang bersahaja namun lucu, kartun ini membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya boleh relate dengan kehidupan sendiri.

Ditayangkan bermula 31 Oktober ini di pawagam seluruh negara, filem ini mengisahkan tentang ahli keluarga Addams yang sangat misteri iaitu Gomez, Morticia, Pugsley, Wednesday, Uncle Fester dan Grandma yang sedang melakukan persiapan bagi menerima kunjungan daripada saudara mereka yang lebih aneh dan menyeramkan.

Namun, masalah mula timbul apabila seorang personaliti TV iaitu Margaux Needler menyedari bahawa rumah agam keluarga Addams itu mengganggu rancangan dan impiannya untuk menjual kesemua rumah di kawasan kejiranan tersebut. Mulalah dia merancang niat jahat bagi mengusir keluarga Addams.

IKLAN

Sis rasa terhibur sangat bila menontonnya. Selain runut bunyinya yang best dan menggamit memori, filem ini banyak memberikan nilai-nilai positif contohnya it’s okay to be different! Janji kita tak kacau hidup orang lainkan.

IKLAN

Paling sis suka karakter Wednesday Addams. Walaupun riak wajahnya sentiasa kosong je, namun sikapnya yang selamba dan berani buatkan dia nampak lain daripada yang lain.

Cerita ini jugak mengajar kita supaya sentiasa mengutamakan keluarga. Family first. Kalau tak nanti menyesal!

IKLAN

Dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Charlize Theron, Oscar Isaac, Chloe Grace Moretz dan Finn Wolfhard, filem ini sesuai untuk anda semua yang inginkan hiburan santai namun bermoral bagi merehat minda.

So, tak payah pening-pening sis. Bolehlah bawa satu family tonton The Addam Family hujung minggu ini. Mesti pecah perut dibuatnya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI