Bila makanan jatuh kita pasti buat kiraan masa 5 saat sebagai penanda makanan itu selamat di makan. Alasan ini sudah menjadi norma dalam kehidupan kita supaya tidak merasa terlalu membazir apabila makanan itu terjatuh.
Tanggapan bahawa makanan yang jatuh itu jika tidak terlalu lama di bawah, kotoran atau kuman tidak sempat untuk mencemari makanan tersebut. Tapi adakah kesahihan stigma ini boleh menjaga kesihatan kita?
Penjelasan prinsip ‘lima saat’ makanan jatuh
Sumber gambar dari Canva
Perkongsian dari hellosehat, penyelidikan dari seorang pelajar pelatih di makmal mikrobiologi di Universiti Illinois, Jillian Clarke, telah melakukan penyelidikan keatas isu ini secara terperinci pada tahun 2003. Bersama kumpulannya, Clarke telah melakukan penyiasatan dengan menggunakan bakteria E. Coli — penyebab sakit perut dan muntah — dan meletakkannya di atas dua permukaan yang berbeza, jubin kasar dan halus.
Penyiasatan itu menggunakan jeli dan biskut dan meletakkan kedua jenis makanan itu ke atas jubin selama lima saat. Dalam penyiasatan itu, bakteria E. Coli bergerak lebih pantas di atas permukaan lantai yang licin hanya mengambil masa selama lima saat.
Artikel berkaitan: Makanan Sihat Juga Sebenarnya Boleh Menggemukkan Jika Diambil Secara Berlebihan. Awas Ya!
Namun, penilitian dari Jillian Clarke dan kumpulannya tidak menjaminkan bakteria E. Coli ini akan bergerak bagaimana jika di atas permukaan lantai basah, permaidani, atau menggunakan jenis makanan yang lain. Kesimpulan dari penyiasatan ini, keadaan lantai yang kering tidak banyak menyebarkan banyak patogen, seperti salmonella, listeria, atau E. Coli, kerana bakteria perlukan kelembapan untuk membiak.
Jadi adakah ianya boleh makan sebelum sempat ‘lima saat’?
Sumber gambar dari Canva
Menurut laporan daripada The Guardian, kajian oleh Paul Dawson, profesor teknologi makanan di Universiti Clemson, mendapati tahap kekotoran pada lantai lebih penting di ambil kira daripada tempoh berapa lama makanan yang terjatuh ke atas lantai. Beliau menggunakan sebuku roti dan sekeping daging sebagai penyiasatannya. Melalui pemerhatiannya, makanan yang jatuh lebih baik di atas permukaan seperti berkarpet kerana kurang daripada 1% pencemaran bakteria berbanding lantai jubin atau kayu yang mempunyai 70% pencemaran bakteria pada makanan.
Artikel berkaitan: Bibir Merekah & Mengelupas Boleh Disebabkan Alahan Pada Makanan Tertentu Selain Kurang Minum Air & Cuaca
Malah ada juga kajian dari Universiti Aston melalui petikan di CNN, mendapati makanan yang telah mencecah lantai akan segera tercemar terutama sekali permukaan yang licin. Namun, bilangan bakteria dalam makanan akan bertambah sepuluh kali ganda selepas 3 hingga 30 saat selepas terjatuh di atas lantai.
Jadi, untuk keselamatan anda, setiap permukaan mempunyai jutaan sel mikrooganisma dan hanya 0.1% sahaja boleh membuatkan anda jatuh sakit. Oleh dengan itu, ia tidak di sarankan untuk menggunakan prinsip ‘lima saat’ sebelum tercemar meskipun hanya 3 saat sahaja di atas lantai. Lebih baik ia jatuh dan terbazir buat seketika, bukan nyawa yang bakal terbazir di kemudian hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI