Jika di Malaysia kini gempar isu hijabi bertudung di kelab malam, tetapi bagaimana pula cerita hijab di negara lain? Fatima Gharawi; gadis berasal dari Iraq dan kemudiannya, berhijrah mutlak ke Denmark ketika usianya dua tahun ini nyata begitu teruja apabila berkongsi perihal hijab di negara rantaunya. Apa agaknya yang menarik tentang cara berbusana dan berhijab hijabi di Denmark. Ayuh, Hijabista kongsikan cerita menarik hijabi dari Denmark ini!
Fatima: Gaya wanita berhijab di Denmark adalah jauh terkesan sederhana dan tidak terlalu mengikut arus perkembangan fesyen. Jika dilihat, seleksi pilihan rona yang kebiasaannya dimainkan adalah juga agak terhad. Kebanyakannya jarang-jarang sekali memilih rona terang; hanya cukup menggayakan warna dari kelompok kusam.
Fatima: Sifat malu yang tinggi dan kesederhanaan yang dimiliki oleh seseorang wanita berhijab itu menjadikan dirinya cantik dan sempurna secara dalaman dan luaran. Namun dewasa ini, dua kualiti yang saya sebutkan tadi sering kali dilihat sebagai kelemahan, namun saya pasti wanita kini bijak; sifat pemalu dan sederhana yang dimiliki dengan penambahbaikan tokokan sifat berdikari, percaya diri dan juga berfikiran terbuka, nescaya individu tersebut akan dapat menggapai maksud sebenar cantik total.
Fatima: Secara peribadinya, saya begitu meminati fabrik satin dan sutera. Ini adalah kerana ia akan menjadikan gaya saya terlihat lebih elegan dan ‘chic’. Hijab jenis sutera dan satin ini materialnya lembut, mudah dibentuk dan jika dililit atau dilipat, ia akan terbentuk cantik. Pasti menzahirkan imejan mewah buat si pemakai.
Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FATIMA GHARAWI