Kecantikan

Betulke Teh Hijau Boleh Kuruskan Badan, Mitos Atau Fakta?

Share

Ramai yang berpendapat bahawa teh hijau boleh menguruskan berat badan. Hasil daripada catatan kajian, lebih dari lima juta carian di catat oleh Google dan terlalu banyak maklumat mengenai teh hijau ini di muat naik ke dalam talian dan kebanyakannya menjelaskan betapa magis minuman ini terutama dalam membantu seseorang yang berusaha menurunkan berat badan. Namun,adakah ia sememangnya efektif,mitos atau propaganda untuk mengaut keuntungan semata?

Soalan ditujukan kepada Nur Farahliyana Osman Mohd Puad, Penasihat Kesihatan dan Nutrisi, Watson’s Malaysia untuk tentang minuman yang dilabel sebagai detox terbaik ini.

“Teh hijau kaya dengan antioksidan seperti catechins dan thenine.Catechins baik untuk melawan dan mencegah kerosakan sel,sementara theanine memberikan kesan untuk menenangkan pengguna”.

Minuman teh hijau seringkali antara minuman yang juga menenangkan saat diri sedang tertekan.

Sumber gambar: Medical Xpress

Menurutnya lagi, tidak ada makanan atau minuman yang boleh mencairkan lemak dari badan dan teh hijau hanya membantu menyahtoksikkan kolon atau usus manusia.Teh hijau adalah alternatif bagi menggantikan air kosong kerana mempunyai banyak manfaatnya.

Teh hijau tidak merbahaya sekiranya diamalkan setiap hari kerana ia minuman diuretic. Meminum teh hijau tanpa gula boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien yang baik ke dalam badan.

“Teh hijau boleh melindungi buah pinggang dari toksin yang disebabkan oleh dadah seperti reserpine. Ia juga meningkatkan sistem ketahanan antioksidan badan,membersihkan radikal bebas,mengurangkan kerosakan oksidatif serta melindungi buah pinggang dari toksik yang disebabkan oleh reserpine”.

Teh hijau boleh melindungi buah pinggang dari toksin yang disebabkan oleh dadah seperti reserpine.

Selain itu,ia turut melancarkan proses pencernaan serta mengurangkan jumlah gas yang terkumpul di saluran usus yang menyebabkan kembung dan teh ini juga boleh memberi kesan kepada hormon wanita dan mempengaruhi tahap estrogen dan kesuburan.

Published by
Putra