Betulkan NIAT Jika Anda Mahukan PAHALA Tatkala Berhijab. BACA Penjelasan Ustaz Bab AURAT!

Share

Menutup aurat adalah wajib. Namun situasi sekarang, banyak di antara kita yang memakai hijab hanya kerana fesyen ataupun ianya satu trend. Trend sekarang juga hijab menutup kepala namun busana di badan sendat, ketat dan juga menjolok mata.

Apakah hukum seorang wanita memakai hijab untuk berfesyen, dan menampakkan bentuk badan seperti memakai seluar panjang dan skirt?

Menurut Ustaz Azhar Idrus;

Wanita yang memakai hijab kerana fesyen (mengikut orang), dia terlepas daripada dosa mendedah aurat. Cuma pahala dia tidak dapat kerana dia pakai bukan kerana Allah S.W.T.

Tetapi ini sekurang-kurangnya lebih baik daripada tidak menutup aurat langsung. Namun janganlah kita memandang enteng akan hal ini. Sentiasalah kita melihat mereka yang berada di atas kita dari sudut agama. Kerana mereka ini bakal memberi kita motivasi untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang sekarang ini.

Sambung Ustaz lagi, isu wanita memakai busana yang sendat, ketat dan menjolok mata, hukumnya tetap HARAM

. Walaupun dia memakai hijab.

Jadi sentiasa awasi niat kita apabila kita mahu buat sesuatu. Jika kita mahu berhijab, pastikan ia kerana Allah S.W.T. Bukan kerana orang lain, ataupun kerana bisnes ataupun kerana kerja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berada di dalam hati kita. Pastikan juga busana yang kita gayakan sesuai dengan hijab yang berada di kepala kita. Ia mencerminkan diri kita dan juga Islam itu sendiri.

Ikutilah contoh beberapa selebriti yang sudah berhijab dan menggayakannya mengikut syariat Islam. Misalnya Diana Amir, Irma Hasmie dan juga Raja Farah

yang tetap nampak cantik dan menarik biarpun berhijab labuh. Mereka ini bukan sahaja menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana, tetapi turut berdakwah dengan cara tersendiri di medium sosial.

Selamat beramal.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI

 

 

Published by
Siti Zurina