Durian, raja buah yang menjadi kegilaan ramai. Durian itu sendiri mewah dengan nutrisi.Durian tinggi dengan kamdungan vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.

Menikmati durian dengan banyak pada musimnya boleh mendatangkan rasa muak. Mungkin juga disebabkan makan dengan terlalu banyak. Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana.

Namun benarkah ada yang mengatakan apabila kita makan durian, kita perlu elakkan makan petai? Sejauh manakah kebenarannya, ini perkongsian fakta oleh saintis, Dr Suri Roowi

Betul Ke Tak Boleh Makan Durian Dengan Petai Pada Masa Yang Sama? Saintis Ini Kongsikan Faktanya
Photo by hong-son from Pexels.

MAKAN DURIAN DENGAN PETAI BOLEH SEBABKAN CIRIT-BIRIT?

Badan kita memerlukan makanan yang mengandungi komponen sulfur untuk melindungi sel daripada kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser.

Betul Ke Tak Boleh Makan Durian Dengan Petai Pada Masa Yang Sama? Saintis Ini Kongsikan Faktanya

Ads

Walaubagaimanapun, menurut Dr Dan Brennan, pengambilan makanan bersulfur yang tinggi boleh menyebabkan masalah usus.

Memandangkan durian dan petai adalah 2 sumber yang tinggi kandungan sulfur, elakkan makan durian bersekali dengan petai pada kadar tinggi untuk mengelakkan masalah seperti cirit-birit dan penyakit radang usus.

Betul Ke Tak Boleh Makan Durian Dengan Petai Pada Masa Yang Sama? Saintis Ini Kongsikan Faktanya

Ads

Pengambilan durian pada kadar tinggi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung. Kajian yang dilakukan oleh UKM pada 2015 mendapati peningkatan ketara dalam kadar denyutan jantung diperhatikan pada kumpulan yang diberi 500g isi durian. Pengambilan durian yang sederhana tidak menjejaskan tekanan darah dan kadar denyutan jantung individu yang sihat.

Betul Ke Tak Boleh Makan Durian Dengan Petai Pada Masa Yang Sama? Saintis Ini Kongsikan Faktanya
Photo by los-muertos-crew-from Pexels.

Elakkan juga makan durian bersama paracetamol. Ini kerana ia mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak.

Ads
Betul Ke Tak Boleh Makan Durian Dengan Petai Pada Masa Yang Sama? Saintis Ini Kongsikan Faktanya
Photo by jeshootscom from Pexels.

Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama minuman beralkohol. Kajian klinikal mendapati seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by Gliezl Bancal on Unsplash

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI