Pasti ramai wanita yang suka memasak kan? Tapi paling malas bila nak masak ikan…… Terasa leceh sebab nanti bau hanyir ikan yang melekat dekat tangan susah nak hilang!
Pernah tak masa anda tengah siang ikan, kebetulan ada tetamu datang….Kelam kabut dibuatnya. Iya lah, kadang tetamu tersebut mahu bersalam dengan tuan rumah. Malulah kalau tangan anda berbau hanyir! Selepas itu, bila dah puas basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir. Lebih menyakitkan hati bila bau tersebut tidak hilang setelah beberapa jam. Rasa macam nak muntah pun ada. Ei, geramnya!
Petua hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan
Anda perlu tahu bahawa ada petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini. Mungkin anda sendiri sudah ada petua yang dimalkan sejak dahulu. Namun berikut adalah solusi lain untuk hilangkan hanyir ikan dengan menggunakan 8 bahan. Kesemua bahan yang dicadangkan ini mudah untuk dicari dan rata-ratanya sudah sedia ada di rumah anda.
Sos tomato ialah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Antara jenama sos tomato yang terkenal adalah seperti Kimball, Life, Tamin, Nurin dan sebagainya. Kedengaran sangat pelik kan? Iya lah, selalunya sos tomato ini digunakan untuk makanan sahaja. Untuk dicicah bersama gorengan seperti kentang dan nuget. Namun sebenarnya, ianya juga membantu untuk hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan kita.
Cara melakukannya: Tuang sejumlah sos pada tapak tangan anda. Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
2.Jus lemon
Secara asasnya, air lemon merupakan sumber yang boleh membekalkan vitamin C dan asid sitrik yang mencukupi. Jus lemon sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan juga kegunaannya. Tahukah anda bahawa selain untuk diminum, jus atau air lemon juga boleh diolah menjadi masakan atau bahkan cairan pembersih rumah? Bukan itu sahaja, jus lemon pun membantu hilangkan bau hanyir pada tangan! Oleh kerana keasidannya yang agak tinggi, lemon juga boleh membantu menghilangkan bau hanyir dari tangan anda. Namun, caranya agak berbeza.
Cara melakukannya: Anda perlu mencampurkan sedikit soda bikarbonat bersama jus lemon untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas sehingga bersih.
Ads
3.Garam
Petua menggunakan garam untuk menghilangkan bau hayir ini adalah secara turun-temurun. Jika anda bertanya kepada orang-orang lama, pasti mereka akan menyarankan anda menggunakan garam sebagai cara hilangkan hanyir ikan. Tidak lengkaplah dapur anda tanpa perasa garam boleh tak? Bahan ini sangat mudah untuk dicari dan merupakan antara petua termudah untuk dilakukan.
Cara melakukannya: Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu menabur sejumlah garam pada tangan dan gosokkan tangan anda. Kemudian, basuh tangan sehingga bersih dan hanyir ikan akan hilang.
4.Hand sanitizer
Hampir semua orang pasti pernah atau akan menggunakan hand sanitizer terutamanya ketika di era pandemik COVID-19 kini. Hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Pasti anda membawa item wajib ini kemana-mana kerana ia bertindak sebagai ‘pembersih’ tangan apabila anda berada diluar. Hand sanitizer ini juga telah menjadi ‘senjata’ utama untuk memerangi wabak pandemik yang telah melanda dunia.
Namun anda tahu tak hand sanitizer juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir? Hal ini disebabkan kerana hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol dan juga bahan-bahan lain yang boleh membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Cara melakukannya: Tuang sedikit hand sanitizer ke tapak tangan kemudian gosok kedua-dua tapak tangan. Tunggu sehingga kering. Pasti bau hanyir akan terus hilang! Namun sekiranya selepas itu anda mahu makan, jangan lupa untuk mencuci tangan ya. Risau nanti keracunan disebabkan bahan didalam hand sanitizer tersebut.
Ads
5. Daun Ketumbar
Daun ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum sativum merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Apiaceae. Daun ketumbar merupakan sejenis herba yang dikenali ramai terutamnya di kalangan masyarakat Asia. Siapa sahaja yang tidak mengenali daun herba ini kan. Untuk pengetahuan anda, bau daun ketumbar yang agak kuat menusuk hidung sebenarnya boleh membantu menyingkirkan bau hanyir yang masih melekat pada tangan anda.
Cara melakukannya: Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan atau tenyeh pada pada tangan anda Kemudian, bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
6. Menggunakan ubat gigi
Fungsi ubat gigi ini bukannya hanya untuk membersihkan gigi, tetapi ia juga bagus untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu memicit sedikit ubat gigi pada tangan dan terus menyapunya ke seluruh tangan anda. Bilas sehingga bersih selepas hanyir ikan hilang.
7.Serbuk Kopi
Ads
Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau hanyir ikan yang agak kuat. Namun, pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu sapukan dan menggosok sejumlah serbuk kopi pada tangan anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
8. Cuka
Cuka juga mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda perlu campurkan cuka bersama-sama garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan untuk kesan yang lebih baik. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Tangan anda pasti tidak lagi berbau hanyir.
Terdapat banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan contohnya seperti minyak zaitun dan tisu basah bayi. Bahan-bahan yang telah dicadangkan ini merupakan diantara jenis bahan yang boleh didapati di dalam rumah. Senang sahaja, tak perlu dah mencari barang mahal semata untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas ini, anda boleh lah mengikuti petua ini dan memotong ikan tanpa perlu risau akan bau hanyir yang kurang menyenangkan!
Tinggal lebih kurang semingu lebih sahaja lagi sebelum 2018 menutup tirainya. Pastinya pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 365 hari ini. Dalam tempoh itu juga evolusi fesyen juga turut berjalan seiring. Malah pelbagai rekaan menarik yang mendominasi tahun 2018 antaranya hijab turban, kebaya klasik dan juga imej korporat yang mewarnai industri fesyen. Apa pun gaya dipersembahkan, selebriti berhijab tidak kurang menariknya stail yang digayakan setiap kali hadir di majlis berprestij.
Pastinya paling mendominasi adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bijak sekali menggayakan apa juga busana yang terletak cantik di tubuhnya.
Ayuh, kita lihat 10 pilihan selebriti dan personaliti berhijab yang sentiasa bergaya ‘on point’ sepantang tahun 2018.
Ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Siapa sahaja yang tak pernah mencubanya kan? Bukan sahaja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!
Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta adalah sejenis kanji yang terhasil pada akar pokok ubi kayu. Dahulu, ia diijadikan sebagai pengganti nasi dikalangan penduduk sekitar kampung.
Kini, ubi kayu bukanlah lagi dijadikan sebagai makanan utama, namun dinikmati dalam pelbagai menu dan hidangan. Pelbagai variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. Kalau dapat menikmati ubi rebus petang-petang memang best!
Nutrisi ubi kayu
Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:
Kalori: 162kcal
Karbohidrat: 38.2g
Serat: 0.5g
Protein: 0.8g
Lemak: 0.2g
Kalsium: 39mg
Zat Besi: 1mg
Natrium: 2mg
Kalium: 209mg
Fosforus: 65mg
Vitamin C: 35.9mg
Setiap 100 gram ubi kayu ini membekalkan badan kita dengan 162 kcl tenaga. Semuanya disebabkan kandungan karbohidratnya yang tinggi iaitu kira-kira 38.2g.
Ubi kayu adalah sumber yang kaya dengan serat makanan, mengandungi kanji-tahan (resistant starch) dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan baik. Serat tidak larut membantu memperbaiki sistem penghadaman dengan menyerap semua toksin yang terkumpul di dalam usus.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada saluran gastrousus perut, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kanser usus dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.
#2 Mencegah anemia
Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah yang berdaya guna untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia yang paling biasa.
Ubi kayu merupakan sejenis makanan berkanji yang kaya dengan zat besi dan dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini disebabkan ubi kayu diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin ini berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan kita untuk proses penjanaan tenaga. Dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dielakkan.
#3 Turunkan berat badan
Buat hijabi yang mahu menurunkan berat badan, mungkin anda boleh cuma amalkan makan ubi kayu rebus ini. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat buat anda yang tidak sabar untuk menurunkan berat badan.
Khasiat ubi kayu ini membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia membantu anda mengurangkan rasa lapar serta tidak lagi mengambil makanan ringan seperti snek yang tidak berkhasiat.
#4 Meningkatkan kualiti penglihatan
Apakah hubungan antara ubi kayu dan penglihatan? Ubi kayu mengandungi Vitamin A dan mineral, secara tidak langsung meningkatkan penglihatan dan mencegah dari buta dan masalah penglihatan yang lain.
#5 Menyembuhkan migrain
Vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu boleh membantu merawat sakit kepala dan migrain. Selain itu, ia boleh mengurangkan serangan migrain yang berterusan.
#6 Bantu merawat cirit-birit
Sifat antioksidan ubi kayu membantu mengatasi masalah cirit-birit.Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.
Terdapat tiga produk siang hari yang pakar dermatologi bersumpah apabila ia datang untuk meminimumkan kesan penuaan.
Benar, untuk mencapai kulit terbaik anda secara amnya memerlukan rawatan yang diperibadikan (sebaik-baiknya yang dipilih untuk anda oleh pakar dermatologi), tetapi terdapat formula klasik tertentu yang benar-benar berkesan untuk setiap jenis kulit pada setiap peringkat kehidupan.
Ingat ya, rutin diperkemas yang boleh anda kekalkan secara konsisten adalah lebih baik daripada mana-mana ritual 10 langkah yang diilhamkan oleh aliran TikTok. Anda sentiasa boleh menambah aktif khusus pada bila-bila masa anda memerlukannya, selepas semua.Di bawah, pakar dermatologi memecah tiga produk yang anda perlu membina rutin penjagaan kulit pagi anda.
1. Pembersih yang lembut
Pembersihan adalah salah satu asas kepada mana-mana rutin penjagaan kulit yang baik, dan perlu dilakukan beberapa kali seminggu pada kadar minimum.
Bersihkan wajah dengan sabun lembut. Adalah penting untuk mengeluarkan sisa produk yang telah anda gunakan pada waktu malam, sama ada pembersih anda datang dalam bentuk bar atau cecair, ia mestilah lembut, dan masukkan asid salisilik jika kulit anda terdedah kepada minyak.
2. Serum antioksidan dengan vitamin C dan asid ferulik
Mencipta penghalang untuk melindungi kulit daripada radikal bebas adalah kunci. Pakar mencadangkan menggunakan serum yang mengandungi kedua-dua vitamin C dan asid ferulik hasil gabungan kuasa antioksidan dan keupayaan untuk membawa sinaran pada kulit.
Vitamin C pada kepekatan sekitar 12 peratus membantu dengan pigmentasi dan menyokong sintesis kolagen. Selain menjadikan vitamin C tersebut lebih berkesan, asid ferulik juga akan membantu meningkatkan ketegasan kulit sambil melembapkan dan memberikan kesan anti-radang. Dan jika kulit anda sangat kering? Cari formula dengan vitamin E.
3. SPF yang baik dengan atau tanpa pelembap tambahan
Tiada yang lebih bermanfaat dari perspektif anti-penuaan daripada SPF yang hebat. Anda akan sukar untuk mencari pakar dermatologi yang tidak mengesyorkan memohon sekurang-kurangnya sekali sehari. Persoalannya ialah: adakah anda perlu menggunakan pelembap biasa juga? Ia bergantung pada kulit anda.
Sebagai contoh, menggunakan SPF spektrum luas dan bukannya pelembap, sama ada untuk menggunakan krim tambahan bergantung pada perasaan kulitnya setiap pagi. Jika anda menggunakan pelembap, pastikan anda mencari pelembap yang mengandungi asid hyaluronik atau seramida dan letakkannya selepas serum anda tetapi sebelum SPF.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...