Betul Ke Ni Cara Aku Kirim Salam? Ketahui Lebih Lanjut Etika Mengirim Salam Kepada Orang Lain

Share

Menjadi adat dalam pergaulan sosial di antara masyarakat kita untuk mengutuskan ‘kiriman salam’ kepada sesiapa sahaja yang ingin di ajukan. Ia telah lama di jadikan sebagai satu tanda khabar seseorang kepada individu yang lain.

Budaya ini sememangnya tidak asing juga jika di lihatkan semula dalam latar belakang ajaran Islam. Bahkan, kita juga harus tahu cara yang betul untuk kirim dan menjawab salam.

Kirim salam kena pada cara yang betul

Sumber gambar dari Canva

Masyarakat kita sudah terbiasa untuk memberikan salam setiap kali pertemuan antara dua individu yang beragama Islam. ‘Assalammualaikum’–ujar mereka apabila bersua di sambil menyulam doa buat individu yang di sapanya.

Ini sudah menjadi satu amalan sosial yang sangat bagus kerana seseorang yang tidak berada di situ jua turut di muliakan dengan kiriman salam. Jadi betul ke cara untuk mengirimkan salam kita selama ini? Itu persoalannya.

Perkongsian di Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mengirim salam ini sudah mula di lakukan sejak dari zaman Baginda Rasulullah SAW lagi. Ada juga salah seorang sahabat baginda yang menyuruh anaknya untuk mengirimkan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kata anak itu:

فَأَتَيْتُهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَبِى يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ. فَقَالَ : عَلَيْكَ وَعَلَى أَبِيكَ السَّلاَمُ

Maksudnya: Aku pun datang menemui Baginda. Aku sampaikan: “Sesungguhnya bapaku menyampaikan salam kepadamu.” Lalu Nabi SAW menjawab: “Untukmu dan untuk bapamu balasan salam.” Riwayat Ahmad (23104), Abu Daud (2936) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (13430)

Artikel berkaitan: Ini Kelebihan Bersalaman, Sunnah Yang Disepakati Ketika Bertemu

Sumber gambar dari Canva

Nukilan oleh pengarang ‘Aun al-Ma’bud melalui kitab Fath al-Wadud, berkata: “Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW juga menjawab kepada yang membawa pesanan salam itu.” (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 14/97)

Selain dari itum ada juga tercatat mengenai kisah bagaimanan malaikat Jibril AS menitipkan salam melalui Baginda SAW kepada Aisyah R.Anha meskipun Aisyah tidak dapat melihat Jibril. Saiditina Aisyah R.Anha menceritakan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَا عَائِشَةُ هَذَا جِبْرِيلُ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلاَمَ ». فَقُلْتُ وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. وَهُوَ يَرَى مَا لاَ أَرَى

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Beliau menyampaikan salam untukmu.” Lalu saya menjawab: ‘وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ’. Nabi SAW melihat apa yang tidak saya lihat.

Riwayat a-Bukhari (3217) dan Muslim (6457)

Dalam riwayat Imam Ahmad, Saidatina Aisyah R.Anha menjawab salam tersebut dengan lafaz:

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maksudnya“Untuk anda dan untuknya salam, rahmat Allah dan keberkatan-Nya.”

Riwayat Ahmad (24857)

Di perjelaskan lagi hal ini, Imam Nawawi nukilkan melalui riwayat Muslim di atas dengan menyebut:  “Menjawab salam seperti ini hukumnya wajib segera. Demikian juga jika dia menerima salam pada kertas (surat) daripada orang yang berada di jauh, wajib dia menjawab secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.”

(Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 15/211)

Sebagai kesimpulannya apabila seseorang memberi salam, kita harus menjawab salam itu dengan segera!

Sumber gambar dari Canva

Selain daripada itu, kita juga sunat menjawab salam kepada orang bawa pesanan salam tersebut. Jadi salam juga seperti yang kita tahu menukilkan doa bukan? Maka sama-sama kita nukilkan doa sesama sendiri.

Sumber info: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel berkaitan: Jawab Salam Melalui Mesej, Ada Yang Ambil Mudah, Dr Zulkifli Jelaskan Hukumnya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee