Beras memang diketahui kehebatannya bagi merawat masalah jerawat. Jika anda rajin melakukan facial sendiri di rumah, bolehlah mencuba resepi masker beras ini.
-Ambil 1-2 sudu beras lalu tumbuk hingga halus.
-Campurkan dengan minyak zaitun dan madu lalu kacau rata.
-Sapukan ke wajah sehingga kering.
-Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas.
Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga berfungsi sebagai skrub untuk buang sel kulit mati. Pasti anda akan dapat rasakan perbezaannya jika kerap diamalkan! Jom jadi cantik sama-sama sis!