Sebak dan tersentuh melihat perubahan Tya Adnan isteri kepada pelakon terkenal tanahair, Shukri Yahaya yang kini tampil dengan imej berniqab.

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab
Kredit Foto: shukriyahaya

Satu perubahan besar yang begitu menginsafkan demi mencari redha Ilahi.

Sungguh indah perjalanan rohani ibu kepada dua cahaya mata ini yang memilih untuk kekal berniqab sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari tahun lalu.

Perubahan Tuai Perhatian

Bertuahnya Shukri Yahaya dikurniakan seorang isteri yang menjaga aurat dengan sempurna.

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

Penampilan terbaharu Tya menjadi bualan serta perhatian ramai khususnya di kalangan para peminat dan pengikut di Instagram.

Memetik perkongsian Shukri Yahaya dalam satu temu bual, isterinya itu mula tampil dengan imej tersebut sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari 2024.

Shukri memberitahu perubahan isterinya itu sebenarnya sudah lama berlaku secara perlahan-lahan iaitu sejak jarang berkongsi di akaun media sosialnya.

Ads

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

Menurutnya lagi, pertama kali Tya tampil berniqab secara terbuka ketika mereka menghadiri sebuah acara bersama.

Shukri yang popular dengan drama ‘7 Hari Mencintaiku’ meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perubahan isteri tercintanya itu.

Sebagai suami pastinya Shukri menyokong penuh perubahan positif itu dan berdoa agar Tya kekal istiqamah.

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

Ads

Bertutup Litup Tetap Cantik

Baru-baru ini, Shukri ada memuat naik satu hantaran di Instagramnya ketika dia bersama Tya menghadiri malam premier filem terbaharu ‘Blood Brothers’.

Filem ini menampilkan Shukri Yahaya sebagai salah satu watak utama.

Dalam hantaran itu, pasangan ini tampil serasi dalam rona senada iaitu hitam dan putih.

Tya tampil elegan dengan pakaian serba hitam lengkap bernqab.

Apa pun Tya atau nama penuhnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan tetap kelihatan cantik dan ada aura walaupun bertutup litup.

Ads

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

“Bertutup Litup Pun Cantik, Ada Aura” Indahnya Penghijrahan TYA ADNAN Pilih Untuk Kekal Berniqab

Dakwah Kecil

Penampilan Tya turut menjadi perhatian warga maya yang kagum dengan perubahannya itu. Mereka menitipkan doa agar Tya tetap istiqamah.

BACA JUGA: Netizen ‘Iri Hati’ Tonton ‘Live’ Kemesraan Shukri Yahaya Layan Tya Adnan

Menjengah ke Instagram peribadi Tya, wanita berusia 34 tahun ini banyak berkongsi hantaran berunsurkan keagamaan sebagai dakwah kecilnya sekaligus memberi manfaat serta peringatan kepada para pengikut termasuk dirinya sendiri.

Sambil mendalami ilmu akhirat, Tya turut aktif mengusahakan bisnes kecilnya Sigadistya yang menjual busana Muslimah seperti tunic, khimar dan tudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sigadistya (@sigadistya)

Didoakan Tya Adnan kekal istiqamah dan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana sebagai seorang isteri, ibu dan usahawan.

Seterusnya kekal bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang sehingga ke syurga. Semoga dijauhkan daripada segala hasad dengki manusia.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI