Baru-baru ini, Hijabista bersama pembaca-pembaca bertuah telah menonton tayangan perdana filem thriller, Black Christmas.
Rata-rata penonton tak senang duduk dibuatnya kerana filem ini penuh dengan babak yang mendebarkan.
Filem Black Christmas yang mula ditayangkan pada hari ini mengisahkan mengenai Riley Stone bersama sekumpulan rakan perempuannya bercadang hendak mengadakan parti sewaktu musim cuti Krismas di kolej mereka, Hawthorne College.
Namun, rancangan mereka itu bertukar menjadi sebuah tragedi yang menakutkan apabila seorang demi seorang di antara mereka hilang apabila diburu oleh pembunuh yang mengamalkan ajaran sesat.
Tidak hanya berdiam diri, gadis-gadis tidak terus mengalah dan bangkit melawan musuh mereka.
Walaupun filem ini bergerak dengan perlahan, namun efek bunyinya sentiasa mengejutkan penonton. Banyak kali jugalah penonton di dalam panggung menjerit ketakutan.
Mengangkat tema Girl Power, hijabi bolehlah belanja rakan-rakan tiket wayang bagi menonton Black Christmas bersama-sama untuk mengetahui siapakah pembunuhnya di sebalik semua kejadian menakutkan dalam filem ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anggun Gayakan Busana Pink, Persandingan Zarina Anjoulie & Suami Meriah Walau Dalam Norma Baharu
Pelakon drama Anak Pontianak, Zarina Anjoulie yang mesra disapa sebagai Anju telah selamat bersanding dengan cinta hatinya itu Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas pada hari Sabtu yang lalu. Manis berhijab, Zarina dan suami memilih busana berwarna merah jambu di hari persandingan mereka.
Berkongsi foto hari bahagia bersama pengikut laman Instagramnya, persandingan yang difahamkan diadakan di rumah mentua Zarina itu menjadi tumpuan ramai dek kerana kemeriahan majlis mereka. Ramai juga yang tumpang gembira melihat wajah Zarina yang semakin berseri-seri selepas mendirikan rumah tangga ini.
Warna merah jambu lembut memang menawan hati!
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Majlis perkahwinan di norma baharu. Pengantin pun wajib check suhu tau…
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Bersama bapanya yang tersayang.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
View this post on InstagramSesiapa yg berminat nak cari the best photobooth in the world boleh cari @by.ayujasryn ❤️
A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Pasangan mempelai sedang berarak ke majlis persandingan mereka.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Bergambar bersama keluarga mentua tercinta. Alhamdulillah, beruntung sekali Anju apabila dikurniakan mentua yang sangat penyayang seperti mereka.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Kami mendoakan agar perkahwinan Anju dan Yas ini berkekalan hingga ke Jannah. Moga mereka dapat melayari alam rumah tangga dengan penuh bahagia, sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Pembahagian Faraid, 5 Perkara Penting Ahli Keluarga Perlu Tahu.
Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris.
Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian.
Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan.
Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak.
Selepas harta-harta tersebut dicairkan dan diperoleh, maka waris-waris yang ada atau pentadbir yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menunaikan beberapa perkara/hak yang berikut:
#1 Membiayai pengurusan jenazah
Pengurusan jenazah melibatkan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan si mati, dan semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan wang dengan segera, waris-waris bolehlah menggunakan wang tunai yang ditinggalkan si mati, atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan si mati menerusi mesin ATM atau perbankan internet (sebelum akaun tersebut dibekukan pihak bank) untuk menampung kos pengurusan jenazah si mati.
Jika si mati ada menyertai khairat kematian sama ada di tempat kerja atau di kawasan kariah (kampung/taman perumahan/masjid/surau), bolehlah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Sebab itulah penting untuk bergaul dengan masyarakat setempat dan menyertai khairat kematian yang dianjurkan agar nanti pengurusan jenazah boleh diuruskan dengan baik. Boleh juga semak sama ada si mati ada mencarum polisi insurans/takaful yang membayar manfaat khairat kematian, jika ada maka bolehlah dihubungi agen terlibat untuk menuntut manfaat yang sepatutnya.
Andai kata si mati tidak meninggalkan sebarang wang tunai dan tidak menyertai mana-mana skim khairat kematian, maka waris-warislah yang perlu bersepakat dan keluarkan kos untuk menampung kos pengurusan jenazah tersebut. Kos ini boleh dituntut semula selepas harta pusaka si mati dicairkan semula. Jika tiada waris atau waris pun tidak mampu (fakir), maka tanggungjawab pengurusan jenazah tersebut patut disempurnakan pihak Baitulmal atau masyarakat setempat yang kaya.
#2 Menyelesaikan hutang si mati
Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati. Oleh itu, pentadbir harta pusaka atau waris-waris perlulah mengenalpasti hutang-hutang si mati dan berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.
Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah. Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot.
Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya. Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.
Penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukan supaya memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.
Malah, digalakkan untuk menyediakan dana khas samaada dalam bentuk wang simpanan atau polisi insurans/takaful untuk membayar hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.
#3 Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian dan hibah
Selepas hutang-hutang si mati diselesaikan, harta pusaka si mati hendaklah disempurnakan dahulu tuntutan harta sepencarian dan pemberian hibah ke atasnya. Harta sepencarian melibatkan hak pasangan yang sah, manakala hibah adalah pemberian yang dilakukan si mati kepada pihak lain yang dibuat semasa masih hidup.
Pembahagian harta sepencarian boleh dilakukan mengikut pengisytiharan harta sepencarian yang dilakukan secara bersama-sama dan mengikut persetujuan pasangan semasa masih hidup.
Jika tiada pengisytiharan dibuat, tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan pasangan dan mahkamah akan menentukan jumlah yang layak dituntut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan dan sumbangan yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hibah merupakan pemberian atau hadiah yang diisytiharkan oleh si mati kepada penerima dengan tujuan kasih sayang atau tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, bergantung kepada siapa yang ditentukan si mati, namun beberapa syarat perlu dipenuhi seperti pemberi, penerima, akad dan harta yang dihibahkan.
Harta pusaka yang terlibat dalam kategori harta sepencarian dan hibah tidak termasuk dalam bahagian harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris secara faraid.
#4 Melaksanakan wasiat yang ditinggalkan
Wasiat adalah amanat pemberian kepada bukan waris dengan syarat jumlahnya tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika si mati ada meninggalkan wasiat yang sah, maka jumlah yang diperuntukkan untuk wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.
Wasiat kebiasaannya diberi kepada waris yang bukan faraid, seperti ahli keluarga terhalang waris, ahli keluarga angkat, ahli keluarga bukan Islam dan badan kebajikan. Waris-waris perlulah menerima dengan hati yang terbuka atas wasiat yang telah dibuat si mati.
#5 Pembahagian harta pusaka secara faraid
Selepas dilaksanakan semua perkara #1 hingga #4 di atas, barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut kiraan faraid yang ditetapkan. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah adil dan memberi jaminan bahawa setiap waris yang layak akan menerima bahagian masing-masing.
Jumlah bahagian yang ditentukan pula adalah berbeza, dan semuanya ditentukan olah Allah yang mana mempunyai hikmah dan manfaat di sebaliknya. Sebaik-baiknya, setiap orang wajar mempunyai asas pengetahuan berkenaan pembahagian secara faraid seperti jenis-jenis waris yang layak, bahagian yang layak diterima dan kiraan pembahagian yang sepatutnya.
Dalam pembahagian harta pusaka secara faraid, yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka setiap waris supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sesungguhnya, faraid merupakan instrumen terbaik dan adil untuk memastikan semua waris mendapat bahagian harta pusaka yang sewajarnya.
SUMBER: JOM URUS DUIT
SUMBER GAMBAR: Pencarian google
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kentut Keluarkan Toksin Dalam Badan, Ada Banyak Lagi Kelakuan ‘Aneh’ Ini Menunjukkan Anda Sihat!
Sudah tentu kita mempunyai kelakuan aneh yang sering kita lakukan secara senyap. Haruslah kena senyap-senyap! Kalau tak nanti kantoi dan di tertawa oleh orang sekeliling terutama sekali kawan-kawan.
Namun, ada beberapa sebab kenapa anda perlu TIDAK malu pada kelakuan aneh yang anda lakukan. Ianya juga dikatakan bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi tak usahlah rasa pelik.
Artikel berkaitan: Senarai Susu Terbaik Untuk Anda Yang Mahu Kekal Sihat Dengan Berat Badan Yang Unggul
Kelakuan aneh dan kotor itu sebenarnya bagus!
SUdah pasti anda malu untuk mengaku perkara aneh yang sering anda lakukan mungkin sekali dalam sehari. Ya, min pun malu nak mengaku kalau terjadi dekat diri sendiri sebab benda itu sangat privasi dan kalau boleh nak sorokkan dari sesiapa pun.
Jadi apa yang kelakuan aneh dan kotor yang di bangkitkan ini? Adakah ia seperti menggaru kepala di khalayak ramai atau cungkil gigi depan-depan orang? Ayuh kita lihat beberapa kelakuan aneh yang sebenarnya elok untuk kesihatan tubuh badan.
#1 Kentut!
Ya, betul! Kentut adalah salah satu kelakuan yang sering di pandang serong oleh kebanyakkan orang. Ianya mungkin kerana bau yang busuk dan juga bunyi yang kelakar daripanya. Tetapi sebenarnya kentut ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan gas toksin dari dalam badan. Apabila mencerna makanan, saluran pencernaan akan menghasilkan karbon dioksida dan metana lalu ia akan menjadi kentut.
#2 Sendawa
Dah kenyang lepas makan lepastu–BURP! Ha, bunyi sendawa yang kuat kita keluarkan tanpa sengaja. Ada yang menganggap perbuatan ini kurang sopan dan ia menganggu orang di sekitar. Hakikatnya, sendawa sangat bagus untuk badan.
Bila kita sendawa, ia akan keluarkan gas yang boleh menyebabkan sakit dada. Bahkan, ia juga singkirkan gas berlebihan dari dalam perut. Jika anda seorang yang sendawa secara berlebihan, itu tanda untuk membuat pemeriksaan kerana ia boleh menunjukkan penyakit refluks asid.
#3 Tak mandi?
Allahuakbar! Ada yang ponteng mandi? Kenapa sampai begitu sekali? Apa kebaikannya pulak!
Sabar sis! Min tahu ada yang tak keruan bila dengar seseorang itu tidak mandi dan menjaga kebersihan diri. Mandi pula di lakukan oleh kerana untuk membersihkan diri dari kekotoran. Tetapi bagi mereka kadang kala malas untuk mandi, ia boleh mengekalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit badan–serta ia melembapkan dan mengubah mikrobiota. Mikroorganisma ini baik untuk badan dan ia membantu mengekalkan kesihatan kulit.
#4 Menggigit Kuku
Ramai yang menegah kelakuan ini kerana menggigit kuku hanya membuatkan kesihatan kuku mudarat! Tambahan pula, apabila anda gigit kuku, anda berpotensi untuk kena jangkitan kuman dan membuatkan anda sakit perut! Tetapi ada pendapat yang mengatakan bila anda di jangkiti kuman atau bakteria yang sama, sistem imun badan akan berusaha untuk membanteras jika berlaku jangkitan yang sama pada badan.
Artikel berkaitan: Elak Makanan Ini Jika Tidak Mahu Di Tegur Mulut Berbau!
#5 Kunyah melebih-lebih
Bila kita lihat mereka yang suka kunyah makanan secara berlebihan ini, kelihatan sangat serba tidak kena dan kurang sopan. Namun, mengunyah adalah suatu perkara yang boleh berikan manfaat buat anda! Mengunyah adalah suatu proses pencernaan, ia akan mengeluarkan air liur serta melancarkan proses pencernaan dengan lebih baik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI