Baru-baru ini, Hijabista bersama pembaca-pembaca bertuah telah menonton tayangan perdana filem thriller, Black Christmas.
Rata-rata penonton tak senang duduk dibuatnya kerana filem ini penuh dengan babak yang mendebarkan.
Filem Black Christmas yang mula ditayangkan pada hari ini mengisahkan mengenai Riley Stone bersama sekumpulan rakan perempuannya bercadang hendak mengadakan parti sewaktu musim cuti Krismas di kolej mereka, Hawthorne College.
Namun, rancangan mereka itu bertukar menjadi sebuah tragedi yang menakutkan apabila seorang demi seorang di antara mereka hilang apabila diburu oleh pembunuh yang mengamalkan ajaran sesat.
Tidak hanya berdiam diri, gadis-gadis tidak terus mengalah dan bangkit melawan musuh mereka.
Walaupun filem ini bergerak dengan perlahan, namun efek bunyinya sentiasa mengejutkan penonton. Banyak kali jugalah penonton di dalam panggung menjerit ketakutan.
Mengangkat tema Girl Power, hijabi bolehlah belanja rakan-rakan tiket wayang bagi menonton Black Christmas bersama-sama untuk mengetahui siapakah pembunuhnya di sebalik semua kejadian menakutkan dalam filem ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang Orang Tersayang Memang Sedih, Memori Yang Ditinggalkan Jadi Hadiah Yang Tidak Ternilai
Beberapa minggu ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita kemalangan maut. Kita yang membaca berita itu pun sudah sedih, apatahlagi ahli keluarga mangsa yang terlibat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ‘menghadapi’ kehilangan ahli keluarga dan orang yang tersayang tanpa dapat diduga.
Bersedih adalah respon normal selepas kehilangan insan tersayang. Merasai rasa sedih bermula dengan:
1. Menerima realiti kehilangan/ kematian.
Ia bukan mimpi dan anda tidak boleh berfikir seolah olah tiada apa yang berlaku. Ya, pada permulaan pasti ada rasa marah dan penafian. Ia juga satu yang normal.
2. Alami Kesedihan itu
Alami dan rasai kesedihan itu. Anda berhak untuk sedih dan berkongsi kesedihan. Menangis, menulis di buku, kongsikan di media sosial adalah respon normal. Memendamkan kesedihan dengan berlagak seperti tiada ada berlaku lebih menyakitkan anda.
3. Adaptasi kehidupan
Kehidupan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ambil masa untuk adaptasi kehidupan tanpa insan tersayang. Beri diri anda ruang untuk menyesuaikan diri. Ia tidak mudah, tapi perlahan lahan anda boleh.
4. Mulakan kehidupan baru
Walaupun sebahagian dari “diri anda” telah pergi, jasadnya mungkin telah tiada namun kenangan dan memori bersama tetap abadi selamanya. Ingatlah masa dan memori yang ditinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.
Bertahun hidup bersamanya adalah anugerah. Berbanding menfokuskan kepada apa yang telah anda hilang, fikirkan apa yang telah anda terima dari insan tersayang. Ia kekuatan anda untuk teruskan hidup baru dengan memori dan ingatan sepanjang hayat.
Sumber kredit: Public Health Malaysia Top image: Photo by antoni-shkraba from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Throwback’ Foto Berusia 21 Tahun, DS Shahida Teringat Zaman Duduk Rumah Flat Dengan 6 Saudara Lelaki
Perjalanan setiap insan itu berbeza-beza mengikut ketentuan Allah SWT. Ada yang lahir terus berada dalam dunia kemewahan dan ada juga terpaksa bermula dari bawah hidup susah sebelum berjaya seperti hari ini. Seperti perkongsian isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida yang muat turut satu posting dengan throwback gambarnya sewaktu berusia 21 tahun.
Menurutnya dia teringat sewaktu bergelar gadis biasa yang tinggal di rumah flat dengan enam adik beradiknya yang semua lelaki. Mengharapkan rezeki bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Menurutnya, waktu itu dia tidak pernah mimpikan suatu kehidupan yang gah atau mewah seperti apa yang dikecapinya hari ini. Malah dia juga tidak pernah mimpikan dirinya bakal jadi kecaman dan cemuhan masyarakat seperti yang dialaminya kini.
Apa yang diharapkan ketika itu hanyalah cara bagaimana untuk meneruskan hidup yang lebih baik memandangkan kesusahan yang dialaminya ketika itu.
Ternyata posting ini mendapat perhatian netizen. sebelum ini juga dek kerana tidak tahan cemuhan, beliau mengambil keputusan untuk deactivate akaun Instagramnya. Tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk aktif kembali.
Pernah tinggak di rumah flat
ketika berusia 21 tahun……
Ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup,perempuan biasa tinggal di rumah flat,bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki…..
Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain,tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat……tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik,x ada bercita2 tinggi…..
Anggap ini sebagai ujian
Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri…..(jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadap) x seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita…
Ini mungkin ujian saya …ujian kita berbeza kan……bila kita berduit kita diuji hal begini,kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula…..mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati…setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik,ibu yg terbaik,isteri yg terbaik,sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya. Saya bukan artis dan saya x tahan dikecam…..
Tetap akan sokong suami
Minta maaf banyak-banyak
Follower makin bertambah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATIN SERI SHAHIDA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Non, Please Kuat! Lawan Anasir-Anasir Yang Tak Baik’- Mila Jirin
Prihatin dengan sahabat karibnya yang terpalit dengan isu kontroversi, selebriti yang juga usahawan terkenal iaitu Mila Jirin telah menuliskan kata-kata semangat dan nasihat buat rakan tercinta, Nonny Nadirah.
Didakwa sudah membuka tudung, Mila berharap teman seperjuangannya di Akademi Fantasia 5 itu kekal istiqomah di jalan Allah dan pertahankan hidayah yang diterimanya.
Nukilan Mila di laman instagramnya…
Bila Allah uji orang terdekat kita – sebenarnya Allah juga sedang menguji kita
Nonny ni masya Allah – sangat baik..Bayangkan doa Ummu Salamah pun beliau hafal (saya pun tak hafal) 😢
Nonny – ramai rakan rakan wartawan cari mu, mereka semua sayang pada mu, semua terkejut…
Semalam mu minta ku dan ija doakan mu…Harini non ramaiii sangat yang komen mendoakan yang baik baik buat mu…ramai sangat DM ku minta tarik mu kembali kepada non yang dulu…
Non please kuat! Lawan anasir2 yang tak baik…Surround dengan orang orang yang positive.
Tengok gambar ni, teringat betapa gembiranya mu dapat masuk Raudhah dapat solat dalam Raudhah….
Non, mu antara yang Allah pilih untun jemput ke Makkah Madinah, Allah pilih untuk hadiahkan HIDAYAH…
Jangan lari jauh dari landasan sahabatku…
Mu anak, kakak dan sahabat yang baik…
Ku doakan mu moga Allah tarik mu kembali ke jalan yang lurus…
Sememangnya hidayah merupakan kurnia terbesar daripada Tuhan. Tiada siapa yang boleh ramalkan adakah kita yang esok masih sama seperti yang hari ini. Oleh itu, sentiasa berdoalah agar hati kita sentiasa dilindungi Yang Esa. Buat Nonny, moga ada sinar yang terbaik untukmu kerana ramai yang menyanyangimu. InsyaAllah…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI