Bertema Merah, Abby Abadi Dan Norman Hakim Bersama-Sama Adakan Majlis Cukur Jambul Buat Daiyan & Delisha

Share

Walaupun Abby Abadi dan Norman Hakim telah lama berpisah, namun hubungan silaturahim yang dikekalkan oleh mereka membuat ramai kagum dan menjadi contoh buat semua. Pada hari Ahad yang lalu,mereka telah bersama-sama mengadakan sambutan majlis Aidilfitri,kesyukuran anak-anak serta aqiqah dan tahnik.

Aqiqah dan tahnik itu diadakan buat anak angkat Abby yang baru dijaga dua minggu lalu iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan juga untuk puteri sulung Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Mikayla Delisha Hakim yang baru sahaja dilahirkan pada hari Khamis yang lalu. Jelas terpancar kebahagiaan mereka dan tampak cantik sekali apabila semua memilih mengikut tema berwarna merah. Mari kita lihat foto mereka!

Comelnya bergambar berdua!

Potret keluarga bersama.

Antara rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis iaitu Azza Elite dan Diana Rafar.

Bagus sekali Danish yang tidak kekok sewaktu acara cukur jambul.

Comel sekali adik beradik ini.

Sejuk hati rasanya apabila mengikuti kisah mereka ini. Hijabista mendoakan agar Daiyan dan Delisha terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dan semoga keluarga Abby Abadi dan Norman Hakim sentiasa diberkati Tuhan selalu.

 

Published by
Qistina