Kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya menyebabkan wanita mengambil mudah isu kesihatan dalaman. Kecantikan wanita bukan hanya pada luaran sahaja tetapi juga dalaman.
Sebenarnya ramai tidak tahu kecantikan luaran akan terserlah andai dalaman juga sihat. Bertangas memang bagus untuk dalaman wanita. Tidak perlu pun pergi ke spa kerana kita boleh buat sendiri sahaja di rumah.
Apa kata kita cuba buat sendiri amalan bertangas di rumah. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh anda jadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
Ilmu bermanfaat untuk semua terutama kaum wanita. Bertangas guna bahan dapur di rumah sahaja. Guna lebihan baha dapur sahaja. Jimat dan berkesan.
Tangas ini baik untuk kesihatan dalaman wanita tak kira anak dara, ataupun yang sudah jadi ‘mak budak’.
Sebaiknya dua minggu sekali bertangas untuk hilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ramai yang ingat, nak buat tangas ini susah. Sebenarnya sangat mudah guna bahan dapur sahaja. Mana yang tak habis itu jangan dibuang.
Kisar halus dan boleh guna untuk bertangas. Di sini dikongsikan cara paling mudah dan jimat nak buat tangas di rumah.
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tak letak pun boleh)*
Halba
Tak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan dari apa yang kita pakai untuk masak pun dah boleh bertangas. Boleh blend semua sekali bahan bertanda * untuk dijadikan paste pekat.
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar /kerusi bertangas
Batu sungai /batu saiz besar
Batu sungai(paling baik)
Kalau guna batu biasa pun boleh
1. Panaskan atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
2. Letak paste yang sudah dikisar tadi. Kalau ada kerusi bertangas lagi selesa.
3. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
4. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh. Boleh spray air pada batu kalau makin sejuk. Selamat Mencuba!
Sumber kredit: Shahmila Radha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.