Kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya menyebabkan wanita mengambil mudah isu kesihatan dalaman. Kecantikan wanita bukan hanya pada luaran sahaja tetapi juga dalaman.
Sebenarnya ramai tidak tahu kecantikan luaran akan terserlah andai dalaman juga sihat. Bertangas memang bagus untuk dalaman wanita. Tidak perlu pun pergi ke spa kerana kita boleh buat sendiri sahaja di rumah.
Apa kata kita cuba buat sendiri amalan bertangas di rumah. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh anda jadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
Ilmu bermanfaat untuk semua terutama kaum wanita. Bertangas guna bahan dapur di rumah sahaja. Guna lebihan baha dapur sahaja. Jimat dan berkesan.
Tangas ini baik untuk kesihatan dalaman wanita tak kira anak dara, ataupun yang sudah jadi ‘mak budak’.
Sebaiknya dua minggu sekali bertangas untuk hilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ramai yang ingat, nak buat tangas ini susah. Sebenarnya sangat mudah guna bahan dapur sahaja. Mana yang tak habis itu jangan dibuang.
Kisar halus dan boleh guna untuk bertangas. Di sini dikongsikan cara paling mudah dan jimat nak buat tangas di rumah.
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tak letak pun boleh)*
Halba
Tak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan dari apa yang kita pakai untuk masak pun dah boleh bertangas. Boleh blend semua sekali bahan bertanda * untuk dijadikan paste pekat.
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar /kerusi bertangas
Batu sungai /batu saiz besar
Batu sungai(paling baik)
Kalau guna batu biasa pun boleh
1. Panaskan atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
2. Letak paste yang sudah dikisar tadi. Kalau ada kerusi bertangas lagi selesa.
3. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
4. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh. Boleh spray air pada batu kalau makin sejuk. Selamat Mencuba!
Sumber kredit: Shahmila Radha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Suka Lihat Stail Joy Revfa Sekarang. Hijab Senget Tapi Maintain Cun & Bakal Jadi Ikutan!
Isi Kandungan
ToggleSebelum ini kalau diintai dari laman instagram pengasas kosmetik, Merve Cosmetic, Joy Revfa, wanita ini cukup bijak bergaya. Malah sebagai seorang usahawan produk kecantikan, Joy Revfa memang begitu menjaga penampilannya dari ‘top to toe’. Barulah boleh meyakini pengguna di luar sana. Tetapi sejak kebelakangan ini admin perasan Joy lebih senang menggayakan fesyen yang sederhana dan sangat istiqomah. Malah penampilannya yang hanya menyarung instan shawl ini mendapat pujian followernya.
@zahraali26 wahh makin bertambah remaja hihihi.. still gojes awak
@nuraqlililee Senget2 pun tetap cantik @joyrevfa
@perlashine_state9 Senget pun canteekkk @joyrevfa
@dayyanizz Senget pon ttp cun..manis..
Dia bagai terkesan dengan kontroversi yang berlaku atas dirinya beberapa bulan kebelakangan ini. Dan semalam Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan perceraian Joy Revfa dengan bekas suaminya sah di sisi undang-undang. Situasi secara tidak langsung memberitahu bahawa perkahwinan Joy dengan penyanyi Hafiz Hamidun selama ini adalah sah mengikut agama Islam.
Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia.
TABAH DIKECAM
Setelah hampir dua bulan wanita tabah ini dikecam hebat di media sosial, ternyata semalam membuktikan dirinya tidak bersalah. Joy dalam tulisannya dalam instagram meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Ternyata dia berterima kasih kepada keluarga juga teman-teman yang menyokong dia dari belakang.
Terima kasih berkat doa ibu saya Safiah Abbas , kakak Dyana Sofia , adik Zharif Sofia , bekas suami sy iaitu Ray, keluarga2 besar yg lain, partner Radz Mohd , staff2 & seluruh keluarga MERVE, sahabat2 Heliza Helmi, UNIC, ustaz2 & ustazah2 yg lain & kawan2 di media yg menyokong padu & memberi sokongan jiwa.
KEBENARAN TERBUKTI
Dapat dirasakan beban yang Joy tanggung selama ini lepas dari kotak fikirannya. Biarpun kedua-duanya berbalas pandangan di laman sosial, namun kebenaran telah terbukti semalam.
Namun saya yakin, segala yg berlaku byk hikmah & ganjaran yg Allah swt perlihatkan pd saya sedikit demi sedikit yg saya dlm keadaan teraniaya.
Menghadapi situasi sukar ini, bukan sahaja Joy mendapat sokongan dan doa keluarga, juga daripada followernya yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat pada wanita yang mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
@azrinaghani Alhamdulillah… move on Joy…
@suhaizai Syukur… Alhamdulillah… Tahniah
@oo_emmett_oo Congratulation joy .. Looks like a favour is in your side .. Allah still loves you .. Remember, what allah had taken from u , HE will definitely replace u with someone MORE BETTER than him .. Dont feel sad.. Sadness are only eligible to one and only our ALLAH .. I alwez pray for ur success in business, love, in here and hereafter.. All the best joy..
@serra2892 Al-fatihah utk arwah ayah kak joy dan tahniah atas kemenangan… Dugaan itu mmg sakit, tapi hikmah selepas dugaan yg maha hebat tu hanya kita akan dpt rasai lepas menghadapi dugaan itu.. Hanya org yg hebat je Allah uji dgn dugaan yg hebat.. InshaaAllah, Allah selalu ada disamping kak joy.. Teruskan istiqamah ke jln kebaikan yg diredhoi Allah.. Sy sentiasa mnyokong.. Keep strong kak joy
ULANG TAHUN KEHILANGAN AYAH
Kebetulan pula pada hari kes berkenaan juga adalah hari ulang tahun ke 9 kehilangan ayahnya, Mohd Amin bin Awang. Dalam pada itu Joy menitipkan pesanan jika ayahnya masih ada, pasti akan membimbing dia untuk mencari suami yang yg benar-benar ikhlas, baik, beragama dan mampu mempertahankan dirinya seperti mana ayah mencintai juga melindungi ibu Safiah Abba.
Ayah.. hari ni 10.10.2017 cukup 9 tahun ayah telah kembali ke Maha Pencipta. Ayah, hari ini juga lah kakcik menang di mahkamah tadi ayah.. ? Kalau lah ayah ada disisi kakcik skrg, mesti skrg ayah guide kakcik utk memilih suami yg benar2 ikhlas, baik beragama & mampu mempertahankan kcik seperti mana ayah mencintai & melindungi ibu Safiah Abbas..
Apa pun admin harapkan Joy dapat selesaikan segalanya dengan baik dengan Hafiz dan biarlah segalanya berakhir dengan baik.
SWEET DENGAN TUDUNG SENGET
Lagi satu kalau perasan di laman IGnya, kebelakangan ini penampilan Joy juga sangat sweet pabila dia hanya berhijab dengan instan shawl walaupun menurutnya senget dan terlihat inner di dalam. Gaya Joy tetap manis dan mencuri tumpuan netizen.
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM JOY REVFA
Artikel Berkaitan: Stail Joy Revfa Buat Hati Berdegup Kencang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persis Siti Nurhaliza Dalam Video Muzik Purnama Merindu, Gambar Aafiyah Curi Tumpuan Netizen!
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Benarlah kata peribahasa Melayu ini apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik gambar puteri hatinya, Siti Aafiyah yang kelihatan mirip wajahnya sewaktu dahulu.
Siti Aafiyah yang kelihatan duduk bersantai di atas kerusi rehat itu sememangnya mengimbau kembali wajah Dato’ Sri pada waktu dahulu seperti di dalam video muzik Purnama Merindu. Ha! Ingat lagi tak video muzik tu?
Bila Aafiyah posing lebih anggun dari ibu..swipe to the left
Memang sama betul tau! Gambar itu menarik tumpuan netizen dan ramai yang memberi komen tentang wajah Siti Aafiyah yang benar-benar serupa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
tu Siti Nurhaliza zaman purnama merindu ke tu?
Malah, ramai juga yang memuji tentang kecomelan Siti Aafiyah apabila dia bijak memberi ‘posing’ ketika mengambil gambar! Alahai, cantik macam ibunya juga!
Menerusi laman Instagramnya juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Taaras Beach & Spa Resort yang berlokasi di Kuala Terengganu, Terengganu.
Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Atau Tidak Menyatukan Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat Enam? Bergantung Pada Sebab Meninggalkan Puasa Ramadan.
Isi Kandungan
TogglePuasa ganti atau puasa qadha yang dikerjakan dalam mengantikan puasa (membayar) kembali puasa ramadan (puasa wajib) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan di atas sebab-sebab tertentu.
Umat islam dibolehkan untuk mengantikan puasa Ramadan di bulan Syawal (puasa enam hari di bulan Syawal), iaitu menunaikan secara serentak. Jawapan kepada persoalan tersebut korang boleh perolehi menerusi penulisan Da’i Luqman dalam entri ni.
Adakah Niat Puasa Ganti Boleh Disekalikan Dengan Puasa Sunat?
SESIAPA yang mengerjakan puasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka orang itu akan mendapat pahala seolah-olah pahala berpuasa sepanjang tahun. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : ”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun”.
(Hadits riwayat Muslim)
Namun bagaimana jika seseorang hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qadha Ramadan yang belum dibayar, kerana menqadha puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib sama ada puasa Ramadan itu ditinggalkan dengan sengaja ataupun disebabkan keuzuran syar’ie.
Di sini apa yang menarik, sesiapa saja yang mempunyai puasa qadha Ramadan, dia boleh saja menyatukannya dengan puasa-puasa sunat yang lain sama ada menyatukan dengan puasa ‘asyura, hari ‘Arafah, puasa di bulan Sya’ban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, termasuk puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.
Namun begitu, perlu dilihat terlebih dahulu apakah sebab puasa Ramadan itu ditinggalkan, kerana perbezaan sebab meninggalkan puasa Ramadan akan menentukan sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Maka untuk lebih jelas akan diterangkan bagaimana boleh menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat itu.
Sebab Meninggalkan Puasa Ramadhan
Untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa Ramadan dengan puasa sunat itu maka perlu dilihat sebab seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan itu. Orang yang meninggalkan puasa Ramadan terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie, iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.
2. Meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie seperti kerana datang haidh atau nifas atau sakit atau musafir.
Menyatukan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat
Kedua-dua sebab yang disebutkan di atas menghasilkan hukum yang berbeza dalam perkara menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Untuk jelasnya diterangkan seperti berikut :
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie’.
Adalah haram ke atas seseorang melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal jika dia meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang ditinggalkannya dengan sengaja itu.
Oleh kerana orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja itu haram ke atasnya melakukan apa jua jenis puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal selagi puasa Ramadhan yang ditinggalkannya belum diqadhanya, maka dia tidaklah boleh menyatukan puasa enam Syawal dengan puasa qadha yang ditinggalkan dengan sengaja itu, melainkan setelah selesai dia mengqadha puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar’ie.
Adalah sunat hukumnya bagi orang yang meninggalkan puasa yang diharuskan oleh syara’ melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal. Oleh itu, jika seseorang ingin melakukan puasa qadha yang ditinggalkannya kerana uzur, maka bolehlah dia menyatukan niat puasa qadha tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enam bulan Syawal.
Pahala Menyatukan Niat Puasa Qadha Dengan Niat Puasa Sunat
Mengenai perkara ini, Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjelaskan, bahawa orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib akan mendapat ganjaran pahala bagi kedua-dua puasa yang diniatkannya itu sebagaimana katanya :
Ertinya : ”Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan puasa wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjaran pahalanya”.
(Kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah : 2/75)
Bagaimanakah Lafaz Niat Puasa Yang Disatukan Itu?
Niat bagi orang yang hendak menyatukan puasa qadha Ramadhan disebabkan kerana ada uzur yang dibolehkan oleh syara’ dengan puasa-puasa sunat seperti puasa enam bulan Syawwal, maka bolehlah dia berniat bagi kedua-dua puasa yang disatukannya itu seperti contoh :
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawwal kerana Allah Ta’ala.
Dengan berbuat demikian, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala, iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat tersebut. Perkara ini sama dengan orang yang berniat puasa wajib, sama ada puasa qadha atau puasa nazar pada hari ‘Arafah.
Jika dia berniat kedua-duanya sekali, iaitu puasa qadha dan puasa sunat hari ‘Arafah, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.
Maka sebagai kesimpulan, orang yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie bolehlah dia melakukan puasa sunat enam di bulan Syawal dengan menyatukan niat puasa sunat enam Syawal itu dengan puasa qadha Ramadan yang ditinggalkannya disebabkan uzur syar’ie.
Namun ganjaran pahalanya tidaklah sama sepertimana ganjaran pahala orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadan dan melakukan puasa sunat enam syawal sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Namun begitu, akan tetap juga mendapat ganjaran pahala kedua-dua puasa yang diniatkannya itu.
Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, adalah haram baginya mengerjakan puasa sunat melainkan setelah dia selesai mengqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkannya dengan sengaja itu, dan dia tidak dapat mensatukan niat puasa qadha dengan puasa sunat yang lain seperti puasa sunat enam syawal.
Demikianlah penjelasan yang berkaitan dengan menyatukan puasa qadha Ramadhan dengan puasa sunat.
SUMBER: Facebook Da’i Lukman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI