Salah satu faktor utama menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kulit wajah adalah apabila salah memakai produk atau rutin penjagaan yang tidak betul. Seperti perkongsian gadis ini yang mengalami wajah breakout bertahun-tahun sejak usianya belasan tahun lagi.
Kini setelah tujuh tahun dan usianya mencecah 22 tahun, barulah masalah berkenaan dapat diatasi walaupun belum sembuh sepenuhnya.
Dia juga turut mendoakan agar wajahnya akan pulih sebelum menjelang Syawal ini kerana sudah penat beraya dengan wajah breakout. Malah katanya lagi dia rasa malu berjumpa dengan orang dan seperti mahu duduk dalam gua sahaja.
Menulis thread di twitter menggunakan akaun @Shrjli memberitahu produk yang digunakan untuk rutin penjagaan dari pagi hingga ke malam.