Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat seni yang dimilikinya.
Jelas Ika, sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, dia telah pun merasai segala kesenangan namun dia tidak mahu kemampuannya, terhenti setakat itu sahaja.
Ika mendedahkan dirinya enggan terlalu selesa dengan kehidupannya ketika ini, meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda.
“Setting a GOAL is the first step in turning the invisible into the visible! 16 years berlakon tbh I was very comfortable with my life, my financial. I have enough, more than I could ever dreams when I was a child. CUKUP.
“Ada kereta, rumah, mampu holiday overseas, designer brands pun merasa, at the age of 20 dah boleh gajikan driver. Yes, sederhana bagi orang kaya tapi mewah bagi Ika Nabella. Luasnya rezeki pinjaman Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, perasaan tersebut sebenarnya menjadi antara pemangkin semangat buat dirinya untuk menceburkan diri didalam dunia bisnes.
Ads
Dalam pada itu, Ika turut memberitahu, niatnya untuk memulakan bisnes adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
“CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI ? The first thing I asked my self when I decided to seriously start my businesses ; and few more brands coming up to achieve my GOALS.
“WHY? sebab I paling benci dengan ayat CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI. I want to be able to diapense more, sacrifice more, entrust more, allocate more. WHY? because ‘He is with you wherever you may be. And Allah sees well all that you do’,” tulisnya.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.
Ads
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini baru berusia setahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Kesibukan ke tempat kerja setiap pagi membuatkan hijabi tidak ada masa untuk bersiap lebih sempurna. Malah kadang-kadang tudung juga tidak sempat digayakan mengikut trend terkini. Janji boleh sarung dan gaya itu akan berkekalan dari pagi hinggalah waktu untuk balik kerja. Sebenarnya tidak susah untuk menggayakan stail tudung yang diimpikan. Hanya dengan sehelai selendang dengan sedikit kreativiti gaya anda mampu kelihatan stailo dan menarik. Ayuh Hijabista kongsikan tutorial hijab tanpa menggunakan banyak pin tetapi tetap terampil kemas dan stailo.
Sebelum ini syarikat gergasi Martell bukan asing lagi bagi kanak-kanak yang meminati patung Barbie. Malahan syarikat ini telah menghasilkan patung Barbie Doll diinspirasikan dari Ibtihaj yang merupakan atlet pertama dari Amerika Syarikat Syarikat yang pertama bertanding memakai tudung pada Olimpik 2016 lalu dalam acara lawan pedang.
Patung Barbie itu adalah sebahagian daripada koleksi ‘Sheroes’ keluaran Mattel dan ia memakai pakaian lengkap atlet lawan pedang, selain hijab. Kini Martel bersama The dUCk Group menghasilkan kolabrasi ke2 dan koleksi penutup 2019.
Kolabrasi Pertama Inspirasi Mendidik Anak Gadis berhijab
Kolabrasi pertama bersama Martel didefinasikan sebagai koleksi mendidik anak-anak untuk mula berhijab. Justeru dengan adanya kolabrasi The dUCK Group dengan syarikat gergasi Martel memberi ruang dan salah satu cara bagi menarik minat ibu bapa mendorong kanak-kanak perempuan untuk memakai hijab sejak usia masih kecil.
Kolaborasi julung kalinya Barbie Doll dengan jenama tudung terkenal dUCKscarves ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan membentuk personaliti sebagai gadis berhijab. Jadikan mainan harian sebagai salah satu rutin diri, insya-Allah dengan cara ini kita dapat mendidik anak-anak dengan sifat keperibadian yang sopan dan menutup aurat.
Kolabrasi Ke-2 Pelengkap Gaya Hijabi
Merujuk pada kolabrasi pertama bersama Martel, rekaan hijab yang dihasilkan adalah miniture kepada patung Barbie. Atas permintaan ramai 5 Disember The dUCk Group melancarkan koleksi kolabrasi bersama Martel.
Kolabrasi ke-2 ini menghimpunkan koleksi hijab, alat solek dan juga tas tangan yang menjadi pelengkap gaya hijabi. Ternyata ramai pengikut jenama unggul ini teruja dengan koleksi penutup 2019.
Tas Tangan yang begitu sentimen untuk pengikut Barbie direak dalam dual tona warna yang menarik dan dilengkapi key chain yang sangat ikonik. Suai padankan tas tangan ini dengan twillies sebagai pelengkap gaya. Boleh juga pada mereka yang tidak berhijab untuk mengayakan twillies sebagai head scarve.
Serikan wajah untuk menyambut tahun baru
Tatarias wajah hijabi dengan pallete dan lipstik terbaru hasil dari kolabrasi koleksi The Barbie x dUCk. Menariknya koleksi ini di jual di dalam set pallete bersama lipstik dengan rekaan pembungkusan yang menarik. Hijabi juga berpeluang memiliki pouch bag alat solek bersama.
Sudah pasti tumpuan utama hijabi adalah koleksi hijab terbaru ini. 6 rekaan hijab yang mempunyai kombinasi warna yang menarik. Shawl groundbreaker, creator dan dreamer sesuai untuk hijabi yang gemarkan kelembutan, manakala 3 lagi rekaan seperti trensetter, believer dan explorer padan sekali untuk hijabi yang gemarkan sesuai yang menarik perhatian. Hijab hasil dari kolabrasi ini boleh di dapati di semua store dUCk dan online fashionvallet.
Impian Direalisasi
Kini jalinan kerjasama antara Martell dan dUCK memberi ruang dan bagaikan satu impian Datin Vivy Yusof berjaya dilaksakan.
“As a little girl, I had my own collection of Barbie and enjoyed playing with them. In hindsight, I do think that my creativity and imagination had a lot to do with me dreaming and fantasizing with my Barbie dolls. I could be anything I wanted to be! 20 something years later, I cannot believe I’m collaborating with them. “
Ternnyata koleksi penutup 2019 kolabrasi ke-2 The dUCk Group dengan syarikat gergasi Martel bukti jenama ini tetap unggul di pasaran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kalau anda sering ke pasar malam atau lihat di tempat persinggahan rehat (RNR), pasti anda akan dapati terdapat jualan kacang kuda rebus. Aroma bau yang menyedapkan membuat kita terliur melihatnya.
Sebenarnya, walaupun kacang kuda ini sangat lazat di makan dan menjadi makanan ringan buat kita, ia mempunyai banyak manfaat buat tubuh badan yang sihat. Ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan dan khasiat kacang kuda jika anda ingin badan yang sihat melalui artikel ini.
Kacang kuda dari tanaman tertua di dunia?
Kacang kuda ini mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu Cicer arietinum L, juga di panggil sebagai kacang garbanzo. Ia terhasil dari satu tanaman yang tertua di dunia yang di percayai berasal dari Turki dan Syria. Pengambilan kacang kuda juga di jadikan sebagai diet tradisional selama lebih 7,500 tahun yang lalu oleh kerana khasiatnya buat kesihatan.
Penggunaan kacang kuda sangat meluas dalam pemakanan sewaktu ketika dahulu. Kacang kuda juga merupakan kacang yang banyak di tanam dan di makan di setiap pelusuk dunia selepas kacang soya. Kebaikan dari kacang kuda adalah meningkatkan proses penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan juga pelbagai lagi.
Nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda adalah termasuk pakej protein, vitamin dan juga kandungan mineral yang tinggi. Sumber protein yang ada dalam kacang kuda seperti serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin dan banyak lagi. Kacang kuda juga di kategorikan sebagai kumpulan karbohidrat kerana kanji yang terdapat di dalamnya boleh di cerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah supaya lebih stabil.
Menurut hellodoktor, telah di jelaskan kandungan bagi setiap 100 gram kacang kuda ini mengandungi jumlah nutrien seperti berikut:-
Air – 11.6 ml
Kalori – 330 kcal
Karbohidrat – 60.2 g
Protein – 23.8 g
Serat – 17.4 g
Lemak – 1.4 g
Juga, seperti yang di maklumkan sebelum ini, kacang kuda juga mempunyai sejumlah jenis vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan, antaranya:-
Beta karotena – 40 mkg
Kalium – 874.3 mg
Fosforus – 388 mg
Kalsium – 57 mg
Natrium – 24 mg
Zat besi – 4.7 mg
Zink – 3.4 mg
Jadi mengikut maklumat nutrisi yang di bekalkan oleh hellodoktor di atas, anda boleh lihat bertapa banyak kandungan nutrien yang banyak khasiatnya buat kesihatan tubuh badan kita.
Ketahui khasiat kacang kuda bukan sekadar snek dalam perjalanan!
Kekerapan pengambilan kacang kuda dalam diet anda mungkin akan memberikan kebaikan kesihatan anda. Jadi tanpa melengahkan masa, ini adalah antara kebaikan kacang kuda buat tubuh badan anda, salah satunya:-
#1 Mengawal selera makan
Menurut kajian yang di terbitkan oleh Nutrition and Metabolism, kandungan serat dan protein yang tinggi dalam kacang bukan sahaja mampu untuk memenuhi keperluan kadar nutrien dalam badan, malah, membantu seseorang individu itu untuk mengawal selera pemakanannya apabila lagi mereka sedang diet. Oleh dengan itu, amalan pemakanan kacang kuda dalam diet pemakanan boleh menurunkan berat badan seseorang!
#2 Menguatkan tulang
Kacang kuda mengandungi jumlah vitamin dan mineral yang termasuk fosforus, kalsium dan juga kaya dengan vitamin K. Hal ini dapat menerangkan keberkesanan kacang kuda dalam kesihatan tulang yang sihat kerana vitamin sangat memainkan peranan penting dalam penjagaan tulang. Ia sekali gus dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium serta membuatkan tulang menjadi kuat.
#3 Baik untuk kesihatan jantung
Hasil kajian dari Seminars in Nephrology menunjukkan bahawa kandungan kalium di dalam kacang kuda dapat menurunkan sejumlah kolestrol di dalam darah. Ia di percayai bahawa individu yang mengambil sekitar 4,000 mg kalium setiap hari mampu mengelakkan risiko kematian akibat sakit jantung oleh kerana kolesterol yang tinggi.
#4 Membantu dalam penyelesaian masalah darah anemia
Kekurangan zat besi dalam tubuh anda akan menyebabkan berlaku masalah dalam penghantaran oksigen kepada sel-sel yang memerlukan, sekali gus, ia menyebabkan masalah darah anemia. Anemian akan menyebabkan badan nada mudah penat dan lemah. Demikian itu, amat penting bagi anda untuk mengambil zat besi yang mencukupi dan kacang kuda adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkannya.
#5 Bagus untuk kesihatan otak yang cerdas
Kacang yang berasal dari Turki dan Syria ini bukan sahaja mampu mebantu dari segi kesihatan fizikal, malah, ia mampu membantu dari segi kesihatan mental jua. Terdapat satu zat yang sangat istimewa, Choline,ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengawal emosi seseorang, membantu dalam proses pembelajaran, pergerakan dan yang penting ia membantu dalam penjagaan kesihatan otak.
Maka dengan ini anda telah ketahui bertapa hebatnya kacang kuda yang dulu hanya kita sangkal sekadar snek dalam perjalanan sahaja. Cuba amalkan pengambilan kacang kuda dalam diet pemakanan anda, dengan izinNya, kesihatan tubuh badan anda akan terjamin dengan khasiat yang terkandung dalam kacang ini.