Barang kemas yang lama dan selalu dipakai tentunya akan kelihatan kusam dan malap. Tentunya anda tercari-cari tempat untuk mencuci barang kemas yang telus dan selamat apatahlagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Ditambah lagi dengan kerisauan dengan wabak covid-19 kita jadi lebih paranoid dan lebih berhati-hati menghantar barang kemas untuk dicuci.
Ikuti perkongsian Halidatul Asyikin.
CARA CUCI BARANG KEMAS SESIMPLE ABC
Mahu barang kemas lama anda jadi seperti baharu? Boleh cuba kaedah ini. Mudah dan jimat sangat.
BAHAN-BAHANNYA:
– Air panas satu gelas
– Pencuci pinggan sunlight @ glo
– Barang kemas
CARA-CARA:
Masukkan glo dalam gelas yang berisi air panas. Kemudian masukkan barang kemas dan kacau. Syikin suka biarkan semalaman sebab nanti segala daki-daki akan tertanggal sendiri.
BERIKUT PETUA-PETUA LAIN UNTUK MENCUCI BARANG KEMAS AGAR BERKILAT SEPERTI BAHARU:
UBAT GIGI
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.
AIR ASAM JAWA
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.
AIR TEH
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
AIR PANAS
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
Sumber kredit: Halidatul Asyikin dan Petuaibu.com