Berseri Menjelang Raya, Cara Penjagaan Kulit Wanita Jepun. Wajah Kusam Menjadi Cerah!

Share

Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelang tiba dan sebulan kemudian seluruh umat islam akan merayakan hari kemenangan iaitu Aidilfitri yang mulia! Pasti ada dikalangan Hijabi yang sudah mula merancang ‘skin routine’ untuk mendapatkan kulit yang cerah, bebas kusam dan ‘glowing!’.

Tapi tahukan anda, ada cara yang paling ‘effortless’ dan minimalis untuk mendapatkan kulit impian anda agar menjadi kenyataan sebelum raya. Caranya begitu mudah, hanya aplikasikan penjagaan kulit yang diamalkan oleh wanita dari negara matahari terbit iaitu Jepun!

Ini kerana, wanita Jepun percaya bahawa prinsip minimalis ini amat sempurna, berkesan serta selamat untuk membantu anda mencapai kulit sihat yang cantik.

Pasti anda dah tak sabar nak tahu apakah rahsia yang diamalkan oleh mereka kan? Di sini Hijabista kongsikan ‘rahsia’ kepada kulit mulus dan cerah sempurna yang menjadi idaman wanita Asia.

Kulit ‘Confirm’ Cerah Berseri Pada Musim Perayaan Dengan Penggunaan Rangkaian Hada Labo Premium Whitening

Pelopor produk kecantikan kulit wajah yang bernaung di bawah jenama gah, Hada Labo kini mengeluarkan rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang bertujuan untuk mempromosikan kempen cantik persis wanita Jepun (Japanese Way of Beauty) khusus bagi hijabi yang berhasrat memiliki kulit yang cerah dan berseri.

Dalam masa sama, ingin menitikberatkan dan memberikan penekanan yang memfokuskan kepada tiga perkara iaitu, pertama penghidratan kulit secara menyeluruh, kedua fokus kepada produk kecantikan yang menawarkan kesederhanaan, ketiga dan yang paling penting adalah bebas dari mengandungi bahan-bahan yang berbahaya tetapi menawarkan kualiti tinggi setanding produk kecantikan ‘high-end’ diluar sana.

Justeru, cakna dan mendalami masalah pengguna yang mahukan perkara-perkara diatas, jenama ini mencipta rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang diformulasi menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi seperti HA dalam nisbah keemasan, sekaligus mampu menghidrat segenap lapisan kulit, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C yang boleh memberikan kesan pencerahan sebanyak tiga kali ganda.

Menariknya lagi, rangkaian produk Hada Labo ini sangat sesuai untuk digunakan oleh hijabi yang ingin mengatasi masalah kulit kusam, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata dengan hanya tiga langkah mudah sahaja!

Hanya Tiga Langkah Sahaja, Wajah Kusam Kini Menjadi Cerah!

Langkah 1 : Hada Labo Premium Whitening Face Wash

Apa yang membezakan pencuci muka dari rangkaian Hada Labo Premium Whitening ini dengan pencuci muka lain di pasaran adalah, ia membantu menghidrat dan mencerahkan kulit yang kusam pada setiap cucian.

Jadi semakin kerap anda mencuci muka menggunakan pencuci ini, kulit akan menjadi semakin bersih dan semakin putih berseri.

Selain itu, pencuci muka ini mampu membersih secara menyeluruh tanpa mengeringkan kulit, sekaligus melindunginya daripada pencemaran alam sekitar. Malah, pencuci muka ini diformulasi menggunakan bahan-bahan berkualiti yang mampu memberi kesan lembap dan hidrat kepada kulit serta molekul pencerahan tiga kali ganda yang mampu meresap jauh ke dalam kulit, untuk memberikan anda tekstur kulit yang lebih licin, cerah dan berseri!

Langkah 2: Hada Labo Premium Whitening Lotion

Untuk kesan yang pembersihan dan pemutihan kulit wajah yang lebih optimum, anda digalakkan untuk menyapukan ‘Hada Labo Premium Whitening Lotion’ sebagai Langkah kedua, usai membersihkan wajah. Inilah trend

dan rutin terkini wanita-wanita di Jepun.

Artikel berkaitan: Ramai Sangka Kulit Berminyak Dan Berjerawat Tak Perlu Pelembap, Salah!

Kebanyakan wanita di Jepun kini tidak lagi menggunakan toner konvensional dan menggunakan Hada Labo Premium Whitening Lotion, ini kerana losen ini bukan sahaja membantu mengecilkan liang roma, ia juga boleh menghidrat dan meningkatkan kadar penyerapan ke dalam kulit dengan lebih pantas. Apabila kulit terhidrat dengan baik, secara tidak langsung ia membuka laluan sel kulit untuk membenarkan Hada Labo Premium Whitening Lotion menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.

Selain itu, Hada Labo Premium Whitening Lotion ini telah pun melalui proses formulasi baharu yang dinaik taraf dengan menggabungkan Triple Brightening bersama bahan-bahan pelembap untuk menghidrat dan mengimbangi semula tona kulit secara mendalam, memberikan tona kulit wajah yang sekata dan lut sinar.

Malah, hasil kajian yang dijalankan ke atas 150 wanita Malaysia dari 23 Nov 2021 hingga 9 Jan 2022 lalu, Hada Labo mengesahkan bahawa sebanyak 87 peratus pengguna awal bersetuju losyen ini terbukti telah menjadikan kulit lebih cerah, bercahaya dan berseri.

Manakala, sebanyak 95 peratus lagi mendedahkan bahawa ia dapat mengurangkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan kesan jerawat dalam jangkamasa 14 hari sahaja, wow! Sungguh menakjubkan.

langkah 3: Hada Labo Premium Whitening Water Gel

Selepas kulit anda menjadi lebih cerah kesan penggunaan Hada Labo Premium Whitening Lotion, jangan lupa kekalkan pula kelembapan kulit secara menyeluruh dan sempurna dengan menyapukan Hada Labo Premium Whitening Water Gel, kerana tekstur gel menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap ini mampu mengunci kelembapan di bawah lapisan kulit wajah.

Ditambah pula dengan tekstur gel yang ultra ringan, ia mampu memberikan penyerapan segera ke dasar kulit serta menjadikan kulit segar dan bermaya serta merta dengan pH kulit yang seimbang. Gel ini bebas pewangi, alkohol, derivatif haiwan, minyak mineral dan pewarna yang bakal mampu merosakkan tekstur kulit.

Gel yang berasaskan air ini, diformulasikan untuk memberi kesan kecerahan tiga kali ganda (Triple Brightening) mengandungi Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C bertujuan merangsang semula kulit yang kusam agar kembali berseri, melawan bintik-bintik gelap dan memberikan tona kulit yang cerah sekata.

Gel ini mengandungi dua jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam dan tahan lama, serta didatangkan dengan sistem pelembap 3D yang membentuk satu lapisan untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berasaskan ekstrak botani untuk mengawal sebum berlebihan serta menghaluskan pori-pori.

Jadi dah tau kenapa, anda perlu memilih Rangkaian Hada Labo Premium Whitening untuk mendapatkan kulit idaman yang lebih cerah, mulus dan sekata sebelum Raya? Jom dapatkan produk menarik ini segera! Kini telah tersedia di semua rangkaian farmasi utama, atau layari laman sesawang Hada Labo Malaysia atau Facebook rasmi  MY Hada Labo | Facebook sekarang!

Artikel berkaitan: Selamat Tinggal Kulit Kusam! Dapatkan Kulit Berseri Dan ‘Glowing’ Dengan 2 Langkah Ni!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir