Kemerduan Berselawat Bersama, Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Menarik Perhatian Orang Ramai

Share

Terdahulunya hangat diperkatakan walau bagaimana imej yang berani atau imej daring seseorang itu pasti akan mempunyai titik perubahan ke arah yang lebih baik. Namun sesungguhnya Allah adalah sebaik perancangan dan mampu mengubah hati manusia di muka bumi ini.

Benarlah orang kata, usaha dalam mencuba sesuatu terutama sekali memakai hijab dengan niat yang betul pasti akan merasakan ketenangan dan doa yang baik buat dirinya.

Bagi yang meminati musik hip hop dan pernah mendengar lagu “Eh atau Naketanak” pasti mengenali penyanyinya si cantik manis ini, iaitu Zizi Kirana. Merupakan seorang penyanyi yang terkenal dan berbakat besar ini mula berhijab pada tahun 2021 sekaligus mengubah pandangan negatif warganet yang selalu memandang enteng diri Zizi Kirana yang mempunyai imej menjolok mata sebelum ini.

Suami pendorong perunahannya..

Sebelum ini ada yang mengatakan bahawa suaminya Yusuf yang membuatkan dirinya berubah seperti itu tetapi Zizi Kirana tidak menafikannya kerana perkara tersebut perkara yang baik dan mereka lakukannya bersama. Selain itu, Zizi Kirana dikatakan berubah 180 darjah dari dirinya dahulu dan menurutnya banyak menerima doa indah yang tidak putus dari keluarga terdekat, sahabat, pasangan dan peminatnya.

Sebagai seorang selebriti untuk kekal istiqomah didalam industri bukanlah perkara yang mudah. Justeru, Zizi Kirana banyak memperdekatkan dirinya kepada orang orang yang beragama. Dari situ jugalah dia dapat terus kekal istiqomah. Selain itu, dengan sokongan suaminya Yusuf Bahrin juga merupakan seorang pelakon membuatkan wanita ini semangat. Tambahan Zizi Kirana, berhijab tidak menghalang dirinya untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

“Semuanya di luar jangkaan saya dan saya percaya itu adalah rezeki yang diaturkan oleh Allah buat saya sepanjang pandemik ” kata Zizi

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”

Bukan sahaja pandai menyanyi tetapi Zizi Kirana dengan kemerduan suaranya mengaji Al-Quran dan bertaranum juga menarik perhatian orang ramai. Sangat berbakat wanita ini. Juara tilawah Al-quran peringkat antarabangsa juga mengakui akan kemerduan suara Zizi itu. Selain dari itu, Zizi Kirana juga mempunyai niat untuk memberi inspirasi kepada anak muda dan golongan artis untuk mengikuti program keagamaan. Menariknya, Zizi Kirana pandai menggunakan akaun sosial medianya untuk mengajak lebih ramai mengikuti “Live” yang dilakukan seperti sesi mengaji, bertaranum dan berborak tentang agama bersama ustaz dan ustazah sosial media.

“Saya yakin orang lain pun boleh buat juga. Masih ada yang takut nak mengaji terutama sekali depan TV dan depan ustaz ustaz tetapi tidak salah untuk kita terus belajar dan memperbaiki ilmu agama.” Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: Berselawat Bersama Juara Tilawah Al-Quran, Bacaan Taranum Zizi Kirana Dipuji Ramai

“Saya akui sebelum ini saya memang seorang yang tidak sabar dan cepat marah. Jadi bila ada yang cakap saya nampak lebih tenang saya sendiri rasa beryukur.” Zizi Kirana

Macam macam perkara baik yang telah dilakukan Zizi Kirana dan terbaharu ini dia telah menarik minat serta pujian dari orang ramai apabila Zizi Kirana bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin menaik muat video di YouTube mereka berselawat “Thola’al Badru ‘Alaina” Bersama. Video selawat menjadi tumpuan ramai dan menerima banyak komen yang positif lebih lebih lagi apabila pasangan itu melakukan perkara yang menuju ke arah kebaikan.

“SubhanaAllah, terbaik Zizi dan suami. Semoga terus beristiqomah hendakNya. Moga kehidupan mereka penuh keberkatan dengan memberi selawat yang tak putus putus” komen salah seorang penonton di YouTube.

Semoga Zizi Kirana dapat menjadi inspirasi anak muda diluar sana dan kekal beristiqomah berhijab mahupun dalam ilmu agama. Sama sama kita doakan kebaikan buat mereka yang memberi kebaikan kepada jalan Allah.

Published by
SH