Pertemuan kumpulan wanita yang berusia 60-an ke atas yang bertujuan untuk menjana lebih lagi pendapatan, memanfaatkan masa emas, berkongsi rezeki serta memberi motivasi kepada wanita lain yang sedang menuju fasa menopause.
Sepanjang 10 tahun memberi motivasi kepada wanita untuk bersedia di hari tua dan menghadapi menopause dengan tenang, Yang Berbahagia Datin Lynda Ghazzali (DLG) dengan besar hati menganjurkan majlis ini buat pertama kalinya. Seramai 25 wanita menopause
telah diraikan dalam majlis tertutup yang berlangsung di kediaman rasminya.Walaupun telah tiga tahun negara dilanda pandemik dan seterusnya endemik, DLG terus komited memastikan para wanita terus mara ke hadapan dan kekal cemerlang dengan kehidupan masing-masing.
Selain 25 wanita 60-an daripada latar belakang profesional seperti bekas pensyarah, akauntan, pengurus farmasi dan beberapa profesion lagi. DLG bukan sekadar menitikberatkan pencapaian luaran wanita semata-mata bahkan turut mementingkan sahsiah rohani wanita terutama bagi yang menuju ke fasa putus haid.
Semua wanita akan melalui fasa ini. Apa yang penting adalah bersedia daripada segi mental dan fizikal. Majlis dimantapkan lagi dengan sesi live
bersama Yang Berbahagia Datin Lynda Ghazzali pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang dengan membicarakan topik yang bertajuk Wanita Penentu Kejayaan Keluarga. Pengisian juga turut berkisar tentang perkongsian fasa menopause masing-masing.“Wanita adalah contoh terbaik dalam kemenjadian keluarga. Didikan yang baik bermula daripada rumah. DLG hanya membantu wanita dengan memberikan sedikit motivasi, keyakinan diri serta semangat malah mencungkil bakat tersembunyi masing-masing terutamanya dalam bidang kemahiran yang akhirnya boleh dijadikan sebagai perniagaan. Wanita akan menjadi lebih sukses bila dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa,” kata Datin Lynda Ghazzali.
Menariknya lagi, majlis perhimpunan selama satu hari ini meliputi aktiviti berjalan santai di kawasan Mont Kiara pada waktu pagi, makan tengahari (dimasak sendiri oleh ahli yang hadir) dengan bertemakan pakaian baju hitam dan kain batik sarung serta sesi makan durian pada waktu malam pakaian bertemakan baju kelawar.