Peluang anda untuk membantu mereka yang berjuang memang terhad, dengan mematuhi perintah kerajaan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac pastinya pengerakan terbatas.

Namun itu tidak bermakna anda boleh alpa dengan tanggungjawab kita sebgai rakyat Malaysia yang prihatin. Serlahkan sikap dermawan anda bantu mereka yang memerlukan.

Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Rakyat Malaysia Anda Hero Negara, Bersama Bantu Menjayakan Tabung Sinar Covid.

Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.

Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan tersebut dalam memerangi Covid-19. “Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Kami berharap segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.

Ads

Rakyat Malaysia Anda Hero Negara, Bersama Bantu Menjayakan Tabung Sinar Covid.

Mengikut laporan di akhbar Sinar Harian pagi tadi , Dato Dr. Hussamudin Yaacub berkongsi di laman sosialnya di Facebook menzahirkan rasa syukurnya terhadap rakyat Malaysia yang dermawan:

“Alhamdulilah setakat jam 10.30 pagi tadi tabung sinar covid berjaya pungut sejumlah RM61745.20 dari sumbangan rakyat malaysia pelbagai kaum yang prihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team sukarelawan sinar covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli dan edarkan keperluan mendesak in syabas!!!

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025. Bersamalah kita membantu barisan hadapan di seluruh Malaysia, Rakyat Bantu Rakyat #KitalahMalaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja),” katanya di sini.

Ads

Dr Azri Fikry juga menzahirkan rasa berterima kasih atas bantuan

“Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu dan meningkatkan lagi motivasi para petugas barisan hadapan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Terima kasih!”

Jumlah kes Covid-19 terkini yang semakin meningkat telah mengakibatkan kepada kekurangan bahan dan alat perlindungan diri para petugas di hospital mahupun klinik kesihatan kerajaan. Dengan situasi yang kian meruncing pada hari ini, Sinar Harian bersama Panic Button Club, Crossfit Pahlawan,

Rakyat Malaysia Anda Hero Negara, Bersama Bantu Menjayakan Tabung Sinar Covid.

Ads

Ansara B9+B11, NGO Pertubuhan Kebajikan Semai Budi (PERMAI BUDI) telah melancarkan tabung sumbangan untuk mengumpul dana bagi membeli dan membekalkan peralatan tersebut kepada petugas kritikal barisan hadapan.

Alhamdulillah inisiatif ini telah berjaya menzahirkan sejumlah RM25,000.00 hasil sumbangan orang awam dalam masa 1 hari sahaja. Menerusi dana yang dikumpul, kami telah membeli barangan keperluan yang diperlukan:

  • 250 unit PPE (Personal Protective Equipment) – Klinik Kesihatan Seksyen 19
  • 7 kotak topeng muka – Hospital Shah Alam
  • 5 x 5L Sanitizer – Klinik Kesihatan Seksyen 19
  • 2 x 5L Sanitizer – Hospital Shah Alam
  • Khemah dan kanvas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
  • KFC dan beras untuk semua petugas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
  • Makanan x 100 – Hospital Shah Alam
  • Facemasks – 7 kotak – Hospital Shah Alam

Bersama kita membantu dengan cara apa pun, jadilah sebahagian masyarakat Malaysia yang prihatin dan semoga keadaan ini akan pulih seperti sediakala dengan adanya kerjasama anda mematuhi arahan kerajaan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

#sinaruntukfrontlinerscovid
#rakyatbanturakyat
#kitalahmalaysia

SUMBER: #CovidSinar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI