Bagi mendapat keampunan daripada Allah melalui ibadat puasa, maka puasa perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang betul. Harapan kita agar puasa yang ditunaikan ini diterima oleh Allah.
Walau bagaimanapun berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi sebenarnya ianya lebih daripada itu.
BERPUASA TETAPI MASUK NERAKA
1. Dalam berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim.
2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:
إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ
“(Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: “Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.” (Musnad al-Bazzar)
3. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.” (Sahih al-Bukhari)
4. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.
Semoga Allah membimbing kita.
HIJABISTA: Ketika berbuka puasa, tubuh memperoleh semula sumber tenaga dalam bentuk glukosa untuk setiap sel hidup khususnya sistem otak dan saraf. Ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan ibadah puasa tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by khats cassim from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI