Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan kebahagiaan. Hidup susah senang bersama. Berkongsi gembira dan duka. Jika boleh, mahu hidup bersama hingga ke akhir nafas.
Namun siapalah kita untuk menentukan soal masa depan. Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya yang lemah hanya mampu reda dan menerima apa yang berlaku dengan tabah.
BERCERAILAH DENGAN CARA YANG BAIK
Umumnya, tiada siapa yang masuk ke alam perkahwinan dengan niat untuk berpisah.
Akan tetapi, setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Adakalanya perkahwinan yang bermula bahagia ditimpa ujian sehingga tidak ditemui jalan keluar kecuali perpisahan.
Jika itulah jalan terbaik yang ada, maka lakukanlah dengan cara yang terbaik. Allah mengulangi suruhan berpisah dengan cara yang baik dalam al-Quran.
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ [البقرة: 229].
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. [Al-Baqarah: 229]
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا [البقرة: 231].
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat. [Al-Baqarah: 231]
وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا [الأحزاب: 49].
dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya [Al-Ahzab: 49]
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ [الطلاق: 2].
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik [Al-Thalaq: 2]
Usah dilupakan kenangan manis ketika hidup bersama. Dr. Umar Muqbil menjadikan ayat berikut sebagai salah satu asas kehidupan dalam al-Quran di dalam buku 50 Qawaid Qur’aniyyah.
وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan [Al-Baqarah : 237].
Sumber kredit: Masri Ramli Top image: Photo by monstera from Pexel.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI