Rumah anda terasa panas bak ketuhar? Dah pasang air cond full blast pun masih terasa bahangnya? Tahukah anda, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negara kita kini berada pada musim peralihan monsun, hingga mengakibatkan pertukaran cuaca yang tidak menenentu.
Justeru, berikut adalah beberapa langkah yang boleh sis amalkan untuk mengekalkan ‘hawa dingin’ dan rasa sejuk di dalam rumah.
Sumber Gambar: Berita Harian
Jika rumah anda masih menggunakan lampu kalimantang jenis mentol pijar, amda digalakkan untuk menggunakan mentol jenis LED. Selain membantu mengurangkan haba panas, mentol jenis LED juga dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik tau.
Sumber Gambar: Impiana
Langkah kedua adalah dengan menggunakan langsir yang tebal dan berwarna gelap. Ini kerana langsir yang berona gelap mampu menghalang cahaya matahari tembus ke dalam ruangan rumah anda.
Artikel berkaitan: Baju Senang Sahaja Bau Hapak, Adakah Sebab Jemur Di Dalam Rumah?
Jadi sebelum keluar rumah tu, jgn lupa untuk tarik langsir dan pastikan tiada cahaya matahari yang masuk dalam rumah, barulah pulang ke rumah nanti, rumah sejuk je.
Sumber Gambar: I-Tint
Selain itu, anda disyorkan untuk memasang ‘tinted’ pada cermin tingkap di rumah anda, pemasangan tinted yang gelap dan berkualiti akan menjamin rumah menjadi lebih sejuk kerana tinted akan memantulkan haba matahari dari membuatkan rumah menjadi panas.
Langkah yang terakhir adalah yang paling basic sekali boleh dilakukan oleh anda semua, iaitu bersihkan habuk yang melekat pada kipas anda, kerana kipas yang kotor akan memperlahankan kelajuan bilah kipas dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berpusing.
Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya.
Dah tau cara yang betul untuk kekalkan rasa sejuk dalam rumah? Jangan lupa amalkan tau!
Artikel berkaitan: Bau Ala-ala Aromaterapi Bila Nyalakan Lilin Pewangi Di Rumah, Tapi Adakah Ia Selamat Sepenuhnya?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.