Dua tahun lalu menyaksikan cerita personaliti ini cukup popular di laman sosial. Maklum sahaja berita perceraian usahawan kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 32 tahun dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun begitu menggemparkan negara. Walaupun tiada lagi isu berbangkit (selepas berpisah), namun netizen masih lagi sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial.
Terbaru Joy Revfa menarik perhatian netizen kerana berpakaian dengan imej berpurdah. Malah personaliti kecil molek ini turut dipuji kerana berpenampilan memakai niqab ketika menghantar anaknya Arryan Firdaus ke Islamic School.
Semalam dia telah muat turun satu rakaman video menunjukkan dirinya dengan imej berpurdah. Melalui video itu Joy memberitahu dia berniqab kerana mahu mengelak dari timbul isu seksi ketika meghantar anaknya itu.
Jika sebelum ini anaknya itu hanya home school tetapi mulau semalam sudah memulakan pengajian di Islamic School. Dia juga mengharapakan anaknya itu belajar rajin-rajin hingga menjadi ustaz yang berjaya dunia dan akhirat.
Usahawan yang memiliki wajah cantik ini juga mahu anaknya itu menarik tangannya untuk masuk syurga. Ternyata entri ditulis mendapan respon cukup baik dari netizen. Masing-masing gembira dengan imej bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini.
Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut memuji kecantikan Joy walaupun dalam imej berpurdah. Terserlah betapa cinta dan sayangnya pada anak tunggalnya itu.
sitimasnurain Ur so nice
najaco_sandwich_hut Cantik sgt joy pakai niqab
mulianasarip Berniqab pun cantik.
farrahberrylicious Cantiknya dia…
izahaniy323 Comel Arryan. Unty doakan Arryan berjaya dlm hidup dunia akhirat, aamiin…
seindahcintaku Comel Aryan..besarnm nnti ganteng
dea_norabadiah Comel aryan? mamanya pon cantik
sn_fatimahtul Bguslaa tudung tutup dada. Alhamdulilllah
beautydollfoundation_byedura Sejuk mata memandang.. Alhamdulillah.
nur_zyra_ali Subhanallah… pakai niqab pun lawa..walau nampak mata ja puunnn masih nampak cantik sgt3… @joyrevfa ni
KREDIT FOTO: INSTAGRAM JOY REVFA