Dua tahun lalu menyaksikan cerita personaliti ini cukup popular di laman sosial. Maklum sahaja berita perceraian usahawan kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 32 tahun dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun begitu menggemparkan negara. Walaupun tiada lagi isu berbangkit (selepas berpisah), namun netizen masih lagi sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial.
Terbaru Joy Revfa menarik perhatian netizen kerana berpakaian dengan imej berpurdah. Malah personaliti kecil molek ini turut dipuji kerana berpenampilan memakai niqab ketika menghantar anaknya Arryan Firdaus ke Islamic School.
Semalam dia telah muat turun satu rakaman video menunjukkan dirinya dengan imej berpurdah. Melalui video itu Joy memberitahu dia berniqab kerana mahu mengelak dari timbul isu seksi ketika meghantar anaknya itu.
Jika sebelum ini anaknya itu hanya home school tetapi mulau semalam sudah memulakan pengajian di Islamic School. Dia juga mengharapakan anaknya itu belajar rajin-rajin hingga menjadi ustaz yang berjaya dunia dan akhirat.
Usahawan yang memiliki wajah cantik ini juga mahu anaknya itu menarik tangannya untuk masuk syurga. Ternyata entri ditulis mendapan respon cukup baik dari netizen. Masing-masing gembira dengan imej bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini.
Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut memuji kecantikan Joy walaupun dalam imej berpurdah. Terserlah betapa cinta dan sayangnya pada anak tunggalnya itu.
Walaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi ResearchScientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-upbusiness of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.
Sungguh, memang luas rezeki dan nikmat yang Tuhan berikan. Mungkin bagi kita pizza itu makanan biasa dan menjadi makanan harian namun tidak bagi sesetengah orang.
Rupanya, masih ramai lagi yang belum berpeluang merasai makanan tersebut. Kongsi @AliaNadiera di Twitter, dia yang bertugas sebagai seorang guru begitu terusik hatinya apabila murid-muridnya di tahun 2 mengatakan tidak pernah menjamah pizza.
Alhamdulillah, mulia sungguh hatimu cikgu! Kisah sebegini sememangnya membuka mata dan membuatkan kita lebih bersyukur dengan segala perkara yang kita terlepas pandang. Oleh itu, janganlah kita mudah merungut sebaliknya hargailah nikmat yang kita ada.
Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.