Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
@putriluthfiya_ Rasa dia macam menyesal je beli mahal2 sebab air tu tak boleh turunkan berat badan piya 🤣 saka kurus dari #bebycurf je boleh turunkan berat badan piya, kalau korang nak turunkan berat badan boleh tekan link dekat bio piya ye 😘 #fyp #fypgakni #tumblerrhinestones #jutawanmuda #jomkurus ♬ suara asli – xhanxNvall🔥🐝 – XhanxNvall🔥🐝
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Jual Kek ‘Terlajak Murah’ Tak Sempat Susun Dah Kena Serbu! – “1,500 Kek Habis Dijual Sekelip Mata”
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Sumber: Tik Tok @PutriLuthfiya_, Instagram PuteriLuthfiya_ & Mstar
Artikel berkaitan: 4 Cara Pilih Tas Tangan ‘up-to-date’ Sesuai Dengan Stail Hijabi Masa Kini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.