Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran seperti kebergantungan kepada ekonomi dan kos barangan.
Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, pasti ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini. Bahkan, berniaga sambil bersedekah kini tidak lagi dianggap relevan. Namun, berbeza buat insan ini.
Yusuf Abd Latif, 37, merupakan pemilik sebuah carwash yang masih lagi percaya akan konsep berniaga sambil bersedekah. Dia bersama isterinya Salina Yatiman, 36, sering memberikan cucian percuma untuk van jenazah di sekitar Segamat, Johor.
Ingin berbakti kepada masyarakat setempat.
Menurut Yusuf, idea untuk memulakan usaha terbabit tercetus secara spontan, dan dianggap sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kepada penduduk setempat.
“Kami sudah lama memberikan cucian percuma buat van jenazah. Tetapi sebelum itu, kami tidak berkongsi di media sosial risau dikecam kerana mahu menunjuk. Kebetulan baru-baru ini masa cuci van jenazah, isteri ambil gambar. Jadi kami kongsi di Facebook.
Ads
“Selalunya apabila van jenazah datang untuk mencuci, saya memang tak ambil duit. Lagi-lagi kalau musim hujan, van jenazah kotor selepas masuk ke tanah perkuburan. Bila keluar, habis terpercik lumpur pada van jenazah” katanya menerusi mStar.
Disebabkan itu, dia tidak lokek untuk memberikan servis cucian secara percuma. Bahkan, dia juga tidak mengambil upah mencuci kereta peronda polis.
“Selain van jenazah, saya juga tak ambil duit kalau kereta polis yang ronda tu datang nak cuci. Sebab mereka pun meronda, jaga ketenteraman di sini. Ibaratnya dia jaga kita, kita jaga dia,” ujar Yusuf.
Ads
Apa yang menarik perhatian penulis adalah lelaki ini memang mempunyai minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Mana tidaknya, dia yang turut mengusahakan khidmat pengangkutan turut berkongsi pernah menggunakan lori miliknya untuk mengangkut barangan mangsa banjir.
“Selain itu, kalau terjumpa motor rosak tepi jalan, saya juga memang akan bantu mereka. Saya dah terasa benda ni, Allah bayar cash. Bila kita tolong tanpa mengharapkan wang, banyak urusan dipermudahkan.
Lelaki yang memiliki cahaya mata seramai empat orang ini memanjatkan rasa syukur dan mengakui bahawa perniagaan carwash yang diusahakan sejak tahun 2012 itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dia juga berharap perniagaannya akan lebih maju pada masa akan datang.
Ads
“Alhamdulillah, sambutan okay di sini. Kita pula terletak di pekan. Belakang ni estet. Jadi bila kereta-kereta dan motor dari estet nak keluar ke bandar, mereka datang cuci dulu kesan tanah merah yang melekat.
Disebabkan sibuk dengan khidmat pengangkutan yang diusahakan, perniagaan carwash tersebut telah diambil alih oleh isterinya. Hasil daripada amalan ‘bersedekah’ dan sering membantu orang ramai, Yusof kini telah memiliki 14 buah lori secara keseluruhan.
Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.
Selain menggunakan pelbagai produk perawatan wajah, lelaki ini kongsi doa yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan jerawat.
Telah tersebar doa jerawat ini, ada sebahagian kata bunyinya agak kelakar. Doa ini sahih daripada hadis riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra.
Nabi pernah terkena bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembukan sakit kulitnya. Wallahua’lam.Telah tersebar doa jerawat ini, ada sebahagian kata bunyinya agak kelakar.
Doa ini sahih daripada hadis riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra. Nabi pernah terkena bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembukan sakit kulitnya. Wallahua’lam.
UNTUK SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT YANG MEMBUATKAN KULIT MEMBENGKAK, MEMBESAR DAN MENGELEMBUNG
WAKTU SESUAI DOA INI DIBACA
Ayuh kita jadikan amalan harian. Di samping perawatan menggunakan produk, lebih afdhal kita mengamalkan doa ini.
FAKTOR PENYEBAB JERAWAT
Jerawat sebenarnya boleh dicegah. Cuma anda perlu tahu faktor penyebabnya dahulu sebelum mencegahnya.
Jerawat Di Dahi
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat pada dahi, ia bermakna anda mengalami gangguan pencernaan. Anda digalakkan melakukan dua diet iaitu diet makanan berlemak tinggi dan diet makanan ringan.
Selain itu, anda juga disarankan minum air putih dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Jerawat Di Pipi
Gaya hidup yang tidak sihat serta stress menjadi faktor mengapa jerawat tumbuh pada pipi. Selain itu, kebiasaan merokok serta alergi juga boleh menjadi faktor penyebab jerawat.
Untuk mengatasinya, banyakkan pengambilan sayur hijau dan kurangkan pwngambilan susu serta daging.
Jerawat Di Dagu & Bibir
Biasanya, jerawat yang muncul pada dagu dan bibir adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan stress. Faktor lain penyebab jerawat adalah disebabkan kurang minum air.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur serta rehat yang cukup dan ambil makanan yang seimbang. Minum air putih secukupnya kerana kurang minum air akan menyebabkan penyakit lain pula yang datang
Jerawat Di Hidung
Jerawat pada hidung akan menyebabkan anda moody satu hari kan! Dah la sakit, orang nampak pulak tu jerawatnya.
Jerawat yang muncul pada hidung menandakan anda mempunyai masalah pencernaan serta peredaran darah yang kurang baik. Penyelesaiannya, anda disarankan mengambil makanan organik dan bebas radikal.
Sumber kredit: Twitter Ad-Dien90
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Stesen televisyen AlHijrah dikecam hebat selepas mereka menjemput Kak Long 7E yang tular baru-baru ini kerana memarahi pekerja 7 Eleven ke salah satu rancangan terbitan mereka.
Rata-rata netizen mengkritik tindakan tersebut kerana ia seolah-olah menggalakkan lagi orang ramai untuk bersikap biadap bagi mendapat populariti dalam sekelip mata.
Akur dengan kemarahan warganet, TV AlHijrah telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut dan mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu tayangan episod rancangan tersebut.
Jelas mereka, kehadiran Kak Long 7E ke program rakaman tersebut adalah bagi memberi pengajaran dan teguran buatnya agar lebih peka sebelum bertindak melulu dengan berkongsi segala-galanya di laman sosial.
Ekoran daripada kenyataan itu, akaun Facebook Tv AlHijrah menerima pelbagai maklum balas daripada warganet yang berpendapat bahawa adalah lebih baik jika mereka menjemput pekerja 7 Eleven yang dimarahi oleh Kak Long tersebut kerana miliki budi bahasa yang tinggi.
Selain itu, mereka juga berasa teguran kepada Kak Long tersebut tidak perlu dilakukan oleh ustaz dan ustazah secara siaran langsung dan memadailah ditegur secara peribadi tanpa liputan media.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mata, ibarat jendela hati. Solekan pancaindera nan satu ini amat penting bagi memperlihatkan keunikan personaliti si perawan. Teknik solekan mata yang tepat mampu mewujudkan efek segar dan menawan.
Jika anda bermata sepet, usah bimbang. Ada teknik yang sesuai bagi mendapatkan ilusi bentuk mata yang galak. Tentu sahaja terpegun si Adam terlihat lirikan si mata bundar di hari raya nanti.
Oleskan sahaja ‘white shimmering eyeshadow’ pada kawasan tulang kening. Teknik ini dipanggil ‘highligh’t. Ia bertujuan agar tulang kening kamu nampak lebih tinggi dan menjadikan mata kamu lebih besar.
2. Pembayang mata rona coklat gelap
Sapukan di seluruh kawasan bebola mata. Langkah seterusnya, adunkan pembayang mata melebihi kawasan bebola mata dan menghala ke sudut luar mata. Ia bagi membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata. Teknik ini mampu memberikan ilusi mata yang kelihatan lebih besar.
3. Aplikasi penggaris mata
i) Lukis garis tipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Tidak perlulah menggaris di bahagian bulu mata bawah.
ii) Melakar garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50 an dan 60 an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan ilusi mata yang galak. Hanya gariskan separuh sahaja garisan di bawah mata.
4. Lentikkan Bulu Mata
Sapukan juga maskara agar mata sepet kamu lebih kelihatan galak dan besar. Ini penting untuk mmemastikan impak di bahagian mata menjadi lebih terserlah.
EKSTRA TIP:
Jenis-jenis penggaris mata:
*Pensel (sesuai buat gadis yang tidak begitu mahir bersolek).
*Gel/krim (khusus untuk gadis yang sudah mahir melukis garis mata).
*Cecair (sesuai buat gadis yang mahir mencipta garis bersayap yang kemas).
*Kohl/celak (bentuknya seperti krayon untuk mencipta garis tebal).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...