Natasha Rizky Pradita merupakan model, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Dilahirkan di Padang pada 23 November 1993, Natasha telah menunjukkan laluan kerjaya yang telah mencetuskan inspirasi khususnya kepada para hijabi. Sejak kecil, pelbagai pencapaian telah diraih bermula dari dunia peragaan sehinggalah ke dunia lakonan baik sinetron mahupun filem.
Natasha Rizky atau nama komersilnya Caca, memulakan kerjayanya dalam industri hiburan dengan menceburi bidang peragaan. Kejayaannya dalam bidang ini membuka jalan kepada peluang yang lebih besar dalam dunia lakonan.
Sejak 19 Jun 2023, berita mengenai penceraian Natasha Rizky menarik perhatian umum dan mencetuskan pelbagai spekulasi. Kehidupan peribadi terutama perkahwinannya dengan Deddy Mahendra Desta menjadi tumpuan.
Perubahan ketara dalam hidupnya selepas perpisahan turut menjadi tumpuan umum.
Permulaan Kerjaya Dalam Peragaan
Kerjaya Natasha Rizky bermula dengan cemerlang pada 2008, apabila memenangi tempat kedua dalam acara pemilihan Cover Girl. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi detik penting dalam hidupnya, malah turut membuka banyak peluang kepada Natasha Rizky untuk muncul dalam pelbagai iklan komersial terkemuka.
Selepas memenangi anugerah tersebut, Natasha segera disedari oleh beberapa jenama besar antaranya Pond’s dan Clean & Clear. Penglibatannya dalam iklan ini memberikan pengalaman berharga dan asas kukuh untuk melangkah lebih jauh ke dalam industri hiburan.
Ads
Lakonan & Populariti
Natasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi sinetron Cinta Cenat Cenut. Dalam sinetron itu, Natasha Rizky berkolaborasi dengan kumpulan popular Smash. Kejayaan sinetron ini menjadi batu loncatan kepada Natasha Rizky untuk muncul dalam pelbagai sinetron dan filem televisyen (FTV) lain.
Beberapa karya lakonan Natasha Rizky yang lain ialah Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Kisah Cinta Bali, dan Cintaku Berakhir Di Flat. Peranan yang dimainkan dalam sinetron dan FTV mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon kegemaran penonton.
Ads
Kehidupan Peribadi
Pada usia 19 tahun, Natasha sah bergelar isteri kepada Deddy Mahendra Desta pada 21 April 2013. Walaupun beza usia mereka 16 tahun, namun hubungan mereka tetap menjadi perhatian umum. Selepas memulakan kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri, Natasha Rizky mengambil langkah lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon.
Peranan baharunya sebagai ibu kepada tiga anak telah membawa Natasha lebih fokus kepada keluarga. Dinamik kehidupan keluarga memberi inspirasi kepada Natasha untuk membangunkan perniagaannya sendiri.
Natasha memulakan perniagaan tudung iaitu Alur Cerita, dan Mineral Cafe yang menunjukkan komitmen dan sumbangannya kepada dunia perniagaan. Pada masa sama masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Selepas berkahwin, Natasha tidak terus meninggalkan dunia lakonan. Dia kekal aktif, tetapi dengan pendekatan yang lebih berhati-hati untuk memilih tawaran mahupun projek. Tumpuannya kini bukan sahaja kepada kerjaya bahkan pembangunan keluarga yang harmoni.
Perniagaan tudung Storyline dan Mineral Cafe adalah contoh jelas kreativiti Natasha. Kedua-duanya bukan sahaja menjadi sumber pendapatan, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan sehariannya. Dengan kesibukan sebagai ibu dan usahawan, Natasha membuktikan wanita boleh memainkan pelbagai peranan dengan baik.
Untuk info, pada 19 Jun 2023 Natasha dan Desta secara rasminya bercerai. Perceraian ini mengejutkan banyak pihak dan mencetuskan pelbagai spekulasi. Natasha kekal menjaga privasinya biarpun terus menjadi perhatian media.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“Be an inspiration, not an imitation” begitulah ungkapan inspirasi dari hijab influencer dan pereka fesyen busana Muslimah terkenal dari Indonesia, Dian Pelangi.
Satu nama yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan fenomenanya dalam indusrti fesyen Muslimah bertaraf dunia.
Wanita jelita ini bukan saja menjadi inspirasi Muslimah seluruh dunia bahkan berjaya membuktikan busana Muslimah tetap terserlah cantik dan trendy walaupun menutup aurat.
Pemilik nama penuh Dian Wahyu Utami ini banyak memberikan karya terbaiknya dalam bidang fesyen.
Karyanya telah dipamerkan di beberapa bandar seluruh dunia seperti Singapura, London, Melbourne, Kaherah dan Paris.
Dengan tahap pencapaiannya itu, tidak hairanlah figura berusia 32 tahun ini pernah dinobatkan sebagai 30 anak muda paling berpengaruh di dunia.
Ketika itu usianya baru mencecah 28 tahun.
Dian Pelangi turut memiliki jenama fesyennya sendiri iaitu Dian Pelangi Fashion.
Lebih membanggakan, Dian Pelangi pernah memperagakan karya fesyennya di pentas New York Fashion Week awal tahun lalu.
Dian Pelangi banyak menginspirasikan golongan wanita terutama yang berhijab.
Kejayaannya dalam bidang fesyen bukan hanya mengharumkan nama negaranya sendiri bahkan trendnya menjadi ikutan wanita-wanita berhijab seluruh dunia.
Kerjaya sebagai pereka fesyen bukanlah cita-cita sebenar Dian Pelangi sebaliknya memenuhi hasrat ibu dan bapanya.
Pun begitu, dia tidak membantah sebaliknya berusaha untuk bergelar pereka fesyen demi membahagiakan kedua orang tuanya itu.
Perjalanan kariernya menjadi lancar berkat doa dan restu ibu bapa. Berani ‘mengasah’ kreativiti dan yang paling penting berani menjadi lain daripada yang lain, itulah Dian Pelangi.
Dian Pelangi juga aktif dalam aktiviti sosial. Dia menubuhkan komuniti Muslimah muda iaitu Hijaber Community yang aktif berkongsi tip untuk belajar agama Islam serta cara berhijab.
Dian Pelangi kini bahagia dalam perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Sandy Nasution. Mereka bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri yang sangat comel bernama Rumi.
Kesimpulannya, wanita inspirasi seperti Dian Pelangi ini mempunyai kisah perjuangannya yang tersendiri sebelum temui kejayaan. Kisah yang memberi inspirasi yang positif kepada semua khususnya wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
1. Elak Minum Kopi
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
2. Kunci Jam Untuk Tidur
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
3. Amalan Rutin Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
4. Jangan Lupa Mandi
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
5. Matikan Semua Alat Peranti
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
6. Sentiasa Konsisten
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Bagi kita umat Islam, bangun pagi merupakan satu kewajipan memandangkan solat Subuh bermula seawal 5.40 pagi. Tetapi sekadar bangun awal tetapi tidak melakukan ruti yang sihat, ia sangat tidak membantu hari anda.
Tahukah anda ada beberapa tip mudah untuk memulakan pagi anda dengan baik? Jadi, untuk kembali cergas pagi ini, apa kata kita lihat apa aktiviti yang boleh mengembalikan kesegaran anda untuk riang di meja kerja.
7 Tips Ini Bantu Anda Hadapi Pagi Dengan Tenang!
1. Minum Lemon Suam
Perah sedikit lemon ke dalam air suam dan masukkan dua hiris lemon. Ia membantu penghadaman dan metabolisma anda.
2. Sarapan Berkhasiat
Nasi lemak atau roti canai merupakan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi apa salahnya sekali sekala anda tukar selera. Makanlah buah-buahan atau roti bersama avokado dan telur rebus, tubuh badan anda pasti akan lebih bertenaga.
3. Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan anti-oksidan dan ia juga mampu membuang toksin dalam badan. Minum secawan teh hijau pada waktu rehat pagi anda dan pastikan anda minum juga beberapa cawan lagi sepanjang hari.
4. ‘Infuse Water’
Rendamkan setengah timun dan setengah lemon yang dihiris ke dalam air. Minum sepanjang hari dan isi lagi dengan air sejuk jika sudah habis. Pastikan anda gunakan botol yang boleh digunakan semula ya.
Sejuk bekukan buah-buahan seperti ceri atau strawberi untuk snek yang sihat dan enak! Tetapi awas bukan kentang goreng atau nuget ayam.
6. Rancang Jadual Kerja
Pastikan anda memulakan pagi anda dengan merancang jadual kerja anda. Tidak kira anda bekerja atau suri rumah, perancangan yang baik boleh memberi anda kawalan dan mengurangkan stress kemudian.
7. Lakukan Aktiviti Positif
Tidak kira anda lakukan apa pun, pastikan ianya positif dan memberi anda ‘sense of peace’. Membaca Al-Quran biasanya sangat membantu, ataupun mendengar motivasi pagi di radio atau internet. Bersenam atau menari juga boleh membantu anda ‘de-stress’ diri.
Bukannya sukar untuk mendapatkan pagi yang segar dan baik. Anda hanya perlu konsisten dan juga banyakkan senyum. Ia satu sedekah yang paling mudah dan sangat rugi jika tak mencubanya. Insya-Allah.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...