Public figure Indonesia, Indah Nada Puspita adalah bukti seorang wanita yang boleh mempunyai banyak impian. Sebelum ini dia dikenali sebagai blogger fesyen, model dan penyanyi. Kini, wanita cantik ini merupakan usahawan fesyen dan memiliki jenamanya sendiri iaitu ‘Nada Puspita’ berkonsepkan modest fashion.
Menurut blogger dan usahawan fesyen yang dilahirkan di Medan, Indonesia ini sejak kecil dia banyak diberi sokongan oleh ibu bapanya tentang dunia seni seperti melukis, dan bermain piano. Daripada situlah bercambahnya minat wanita ini terhadap seni sekaligus bergelar usahawan fesyen berjaya.
Bermula Sebagai Blogger “Sejak kecil saya mempunyai minat yang agak besar dalam seni. Dulu, saya selalu menyertai pertandingan melukis,” kongsinya.
Sehinggalah Nada berjinak-jinak dengan dunia blogging yang menjadi titik tolak kepada popularitinya. Nada mula menulis blog tentang fesyen ketika bergelar pelajar sekolah menengah pada 2019.
Nama-nama besar dalam dunia blogger seperti Raditya Dika dan Diana Rikasari menjadi bualan hangat golongan muda ketika itu.
Nada menyertai komuniti hijab bernama Hijabers Community. Dia mengenali ramai orang dalam industri fesyen dan dijemput ke acara modest fashion antarabangsa seperti di Istanbul dan Qatar.
Akhirnya ia membawa Nada ke dalam industri. Nada mula menerima tawaran peragaan dan akhirnya bergelar penyanyi.
“Di situ juga saya sedar sebenarnya minat saya ialah mencipta sesuatu. Pada 2015 saya mula mencipta jenama sendiri iaitu Nada Puspita.
“Koleksi pertama ialah pashmina yang menjadi trend pada tahun itu. Bermula pada 2017, tudung bercetak empat segi mula popular,” kata Nada.
Ketika itu Nada tiada perancangan serius untuk membangunkan jenamanya itu.
Sehinggalah wabak Covid-19 muncul. Detik ini digunakan oleh Nada untuk muhasabah diri. Nada juga mula memikirkan masa depan perniagaannya itu.
Lantas, Nada terkenangkan pesan arwah ayahnya.
“Jangan tinggalkan Nada Puspita ini, bagus untuk kamu. Sebagai wanita kamu boleh mencurahkan kreativiti melalui Nada Puspita.“ Mesej inilah juga yang memberi inspirasi kepada Nada untuk mula serius membangunkan jenama Nada Puspita. Akhirnya Nada berjaya kejar impian seperti diimpikan.
“Jika saya ingin serius menjalankan perniagaan, saya perlu menjadi seorang yang business minded. Saya mesti mempunyai rakan kongsi dan pasukan yang mempunyai pandangan perniagaan yang sama.
“Jadi pada saat Covid saya mula mencari rakan kongsi untuk membangunkan Nada Puspita bersama-sama,” sambung Nada.
Kegigihan Nada membangunkan Nada Puspita kini membuahkan hasil. Dari mula menjual pashmina dan tudung, Nada Puspita telah mengeluarkan koleksi lengkap dari kepala hingga ke kaki.
“Niat saya, Nada Puspita boleh menjadi one stop shopping untuk wanita yang berhijab, seterusnya dapat memenuhi keperluan mereka dalam pakaian.
“KIta ada peralatan ibadat, pakaian, kasut, baju raya, kaki, kerongsang, dan kelengkapan solat,” jelasnya.
Nada Puspita turut melancarkan koleksi hari raya “Sofia” yang diilhamkan oleh Hagia Sophia di Türkiye. Koleksi ini datang dalam palet warna bumi. Bukan sahaja koleksi pakaian wanita, terdapat juga koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak.
Kunci Kejayaan Nada
Bagi Nada, ibu bapa adalah tokoh penting di sebalik kejayaannya. Doa mereka adalah kunci kejayaan Nada sehingga kini.
“Saya rasa nombor satu adalah doa ibu. Saya sangat bersyukur kerana ibu tinggal bersama saya. Ahamdulillah, banyak momen bersama ibu antaranya pergi melancong bersama. Saya anggap ia hiburan untuk ibu” kata Nada.
Selain itu menurut Nada, amat penting bagi wanita moden hari ini untuk memiliki kemahiran selain berperanan sebagai isteri dan ibu, yang mungkin suatu hari nanti boleh dimanfaatkan.
“Wanita moden hari ini mempunyai banyak peluang untuk melakukan lebih banyak kerja. Adalah sangat penting, wanita mempunyai kemahiran di luar peranan sebagai ibu yang mungkin suatu hari nanti diperlukan dan boleh digunakan,” katanya.
Nada juga berharap semua wanita dapat merealisasikan apa sahaja yang diimpikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rekaan menyerlah motif flora semestinya sempurna untuk penyeri elegan meraikan Aidilfitri. Sugarscarf Lovers bakal dipersembahkan dengan tiga edisi rekaan daripada koleksi Garden of Hurrem.
Kisah Roxelana, isteri kepada Sultan Suleiman I menjadi inspirasi kepada koleksi Aidilfitri Sugarscarf, Gardem of Hurrem. Simbolik personaliti Roxelana atau gelarannya, Hurrem Sultan yang masyhur pada era Empayar Turki Uthmaniyah melatari motif rekaan Sugarscarf. Ia juga kesinambungan daripada koleksi lalu yang mengangkat tema motif dari Maghribi.
Membuka tirai koleksi ialah varisi tudung mixed satin yang baru dilancarkan. Edisi Ibu &
Anak daripada seleksi material Japanese Cotton Voile pula akan mula dijual pada 31 Mac
2023 diikuti edisi Ironless Premium Pleats Scarves pada 7 April 2023.
Terkesima melihat kesemua wajah istimewa muncul jelita mempertontonkan koleksi Garden of Hurrem kepada hadirin. Rupa-rupanya, Sugarscarf menampilkan barisan pelanggan setia bagi memperkenalkan koleksi terbaharu. Mereka sebagai ‘wajah istimewa’ pada Sugarscarf Raya Showcase yang berlangsung baru-baru ini di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
“Pemilihan para pelanggan untuk memperagakan koleksi raya tahun ini adalah satu bentuk
penghargaan kami kepada mereka. Selama 13 tahun Sugarscarf bertapak dalam industri
fesyen tanah air, mereka antara pelanggan yang setia dengan jenama ini sejak ia bermula
sehingga hari ini.
Ads
“Tiada wajah yang lebih istimewa untuk kami tampilkan kerana mereka merupakan kekuatan Sugarscarf. Tanpa pelanggan setia ini, kami mungkin tidak dapat bertahan untuk tempoh lebih sedekad. Syukur kerana perjalanan Sugarscarf diiringi dengan pelanggan-pelanggan yang sentiasa menghargai dan menyokong usaha kami selama ini,” ujar pengasas Sugarscarf, Eyqa Sulaiman.
Dalam sejarah koleksi harga rendah
Istimewanya, Aidilfitri tahun ini juga, Sugarscarf melancarkan kempen Sugarscarf Riang
Tiktok yang memfokuskan terhadap koleksi harga rendah. Buat kali pertama dalam sejarah
Sugarscarf, pelanggan dapat membeli tudung jenama ini pada harga RM39. Sebanyak 10
rekaan dan warna akan dilancarkan.
“Ini merupakan kali pertama Sugarscarf melancarkan tudung pada harga serendah RM39.
Sebelum ini tudung kami memang dijual pada harga RM99 ke atas kerana kami amat
menitikberatkan kualiti.
Ads
“Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan
raya tahun ini dengan menyertai Kempen Buat Duit Raya Ka-Ching! dengan menjadi
Sugarscarf Warrior.
“Menariknya, mereka yang menjadi Sugarscarf Warrior tidak perlu bersaing menjual dengan produk di butik memandangkan koleksi Sugarscarf Riang Tiktok hanya boleh dibeli pelanggan daripada mereka.
“Dengan pembelian minimum 50 helai bermodalkan RM1,300, mereka boleh membentuk
pasukan jualan sendiri; agen dan affiliate atau jual secara langsung kepada pelanggan.
Selain itu, setiap stokis juga dihadkan membeli 1,000 helai sahaja untuk setiap pembelian kerana kami mahu peluang ini dinikmati ramai, walaupun dengan modal rendah,” jelas Eyqa. Tambah Eyqa, keistimewaan menyertai Sugarscarf Warrior untuk kempen ini ialah margin jualan menarik RM5 hingga RM13 sehelai.
Stokis juga akan diselia dan dibimbing pasukan berpengalaman termasuk perkongsian material dan kandungan jualan serta pemasaran. Kualiti tudung yang ditawarkan juga bertaraf premium dengan signatur rekaan Sugarscarf dengan reputasi jenama yang kuat dalam pasaran.
Koleksi Garden of Hurrem boleh didapati di laman web rasmi Sugarscarf dan butik-butik
serta gedung fizikal jualan Sugarscarf, manakala koleksi Sugarscarf Riang Tiktok akan mula dipasarkan pada awal April 2023 dan boleh didapati menerusi Sugarscar Warrior; stokis agen atau affiliate. Untuk info terkini produk dan maklumat jenama Sugarscarf, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok Sugarscarf.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mencari padanan baju raya adalah sisi gembira hijabi menyambut Syawal, apatah lagi apabila sudah lama tidak menyambutnya dengan keluarga tercinta. Nah tiba masanya mencari helaian yang sesuai dan selesa ketika menyambut lebaran.
Menampilkan 15 rekaan baru dalam pelbagai warna, kempen Regal Raya tahun ini dibintangi oleh jelitawan Fyza Kadir dan Whulandary Herman dalam persalinan eksklusif koleksi dari LARNEY tidak pernah mengecewakan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Selesa dengan setiap helaian
Koleksi Aidilfitri dari jenama LARNEY sering menjadi tumpuan setiap kali musim perayaan Aidilfitri menjelma dan tahun ini sekali lagi LARNEY mencuri tumpuan. Dikenali dengan rekaan eksklusif yang pasti menaikkan seri pemakai, LARNEY mempersembahkan koleksi baru bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun 2022 bertemakan REGAL RAYA.
Dengan kempen penuh glamour yang dibintangi oleh dua jelitawan yang tidak dapat dinafikan punyai aura tersendiri, Fyza Kadir dan Whulandary Herman, koleksi ini meneruskan mesej optimis yang disampaikan pada tahun-tahun sebelum ini namun lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri bersesuaian dengan situasi post-pandemic dunia. Pemilihan Fyza dan Whulandary juga dilihat begitu tepat justeru menjadikan keduanya sebagai pasangan muse paling elegan buat jenama LARNEY sehingga kini.
Rekaan klasik tampak moden
Masih mengekalkan estetika LARNEY yang terkenal dengan gaya feminin, sofistikated dan mewah, jenama ini mempersembahkan rekaan klasik yang dimodenkan seolah-olah membawa anda yang lama mahupun yang baru meneroka silhouette warisan lama namun diberi nafas baru.
Menurut Zura Zabidi, pengasas serta pengarah kreatif bagi LARNEY, “Sebanyak 15 rekaan baru kami perkenalkan untuk tahun ini dengan pelbagai warna dan pelanggan kami boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini. Kami juga telah mengolah beberapa rekaan yang menjadi kegemaran ramai dari tahun-tahun sebelum ini seperti Lockdown Kurung, Reborn Kurung Riau dan Rebirth Kaftan; dan memberikannya nafas baru. Tahun ini juga, LARNEY memperkenalkan buat pertama kali rekaan pleats untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi atau high neck abaya”.
Koleksi raya untuk setiap generasi
Menggunakan pelbagai fabrik daripada sutera satin, exquisite neat pleats, kain kapas sehinggalah kain crepe, bercorak eksklusif serta sulaman (embroidery) premium dari seluruh dunia yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya bahawa REGAL RAYA akan diterima baik oleh wanita dan dapat menarik peminat-peminat generasi baru bukan sahaja kerana rekaannya yang menarik serta mesej positif yang disampaikan.
“Dari kualiti jahitan, kemasan yang mewah sehinggalah pemilihan fabrik, REGAL RAYA adalah surat cinta kami untuk semua pelanggan LARNEY. Sebagai jenama yang amat mengutamakan kepuasan pemakai, kami berikan hanya yang terbaik untuk mereka. REGAL ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar – dari segi luaran dan dalaman. Gaya yang anggun, rapi dan hebat jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi pasti menaikkan seri; dan dengan persalinan REGAL RAYA dari LARNEY di Aidilfitri ini, saya pasti siapa sahaja akan terpesona. Ini juga bertepatan dengan pemilihan Fyza dan Whulandary sebagai wajah kempen ini. Kedua-duanya adalah inspirasi buat ramai wanita di luar sana dan saya berbangga mereka sudi untuk turut terlibat di dalam kempen Aidilfitri kami tahun ini”, tegas Zura lagi.
Dengan harga bermula dari RM199 sehingga RM689, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati daripada laman sesawang LARNEY di www.larney.com.my . Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi showroomLARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall.
Untuk melihat keseluruhan koleksi, anda bolehlah mengunjungi laman www.larney.com.my. Bagi berita-berita terbaru serta promosi hebat, sila ikuti perkembangan LARNEY di Instagram dan Facebook via @larneyofficial
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kesedaran terhadap agama Islam menyebabkan ramai di kalangan kita yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam dan akhirnya memeluk Islam. Bukan sahaja di negara kita, tetapi juga di negara seberang. Kalau di Korea salah seorang mualaf yang popular dan viral di negara jiran adalah Ayana Moon. Selain itu, ada seorang lagi mualaf dari negara Korea yang juga mencipta fenomena tersendiri. Pemilik dengan nama di laman instagramnya @Olaborasong ini sudah memeluk Islam sejak tahun 2007 lagi.
Dia yang kini menjadi ahli dan bekerja untuk Korea Muslim Federation dan juga turut mengajar tentang Islam dan bahasa Arab di di Masjid Korea terutama kepada masyarakat Kristian di Korea Selatan yang ingin tahu lebih banyak mengenai Islam.
Selain itu seperti Ayana dia juga begitu terkenal d Indonesia. Dia yang berasal dari Busan Korea Selatan ini hanya menggunakan cara DM jika ada yang bertanya mengenai Islam kepadanya.
Menurut gadis yang sudah 11 tahun masuk Islam ini, halangan terbesar menjadi Muslim di negaranya sendiri adalah apabila mendapat tentangan dari kawan-kawan dan orang sekitarnya.
Malah pada mulanya agak payah untuk konsisten mengenakan hijab dan hanya memakai ketika pergi ke masjid, tetapi lama-kelamaan mula mengenakan hijab dalam kehidupan sehariannya.
Ternyata mahu dipanggil Bora (dalam bahasa Korea) ini juga begitu aktif di media sosial cukup aktif muat turun gambar dan juga video kehidupannya sebagai Muslim Korea di laman instagram, malah turut digelar sebagai selegram.
Malah gayanya yang cukup santai setiap kali OOTD atau selfie cukup menarik perhatian. Lebih comel tatkala memakai fesyen hijab yang lain dari lain.
Ramai juga netizen yang turut bertanya cara dan keselesaan hijab digayakan. Namun gadis ini ada jawapan tersendiri kenapa stail hijab digayakan lain dari yang lain.
olaborasong@lucky_girl76 Hi. I was wear normal style hijab before. But these days change it. Please look at other picture. I’m cover my face line by inner hijab.
Ayuh kita layan #OOTD Song Bora yang mempunyai pengikut 152K di laman instagramnya.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...