Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Nabilah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab telah berkongsi mengenai pengalaman suka dukanya yang bermula dengan hanya menjual barangan melalui ‘car boot sales’
Pasti anda familiar dengan figura seorang ini yang sering tular dengan video makeup di laman media sosial iaitu ‘Mudahnya makeup-by kaknab’. Bukan sahaja video makeup, kini dia juga sering tular di TikTok dengan video-video makanan. Kak Nab juga sering menjadi kegemaran ramai dan terkenal dengan celotehnya (‘beletiaq’) dalam loghat utara. Suka betul dengar!
Berusia 31 tahun, Siti Nabilah Dol Bahrin atau Kak Nab ini telah memiliki empayar sendiri dalam bidang kosmetik iaitu Averly Cosmetics dan juga butik pakaian iaitu Nabella Butik. Mari dalami kisah usahawan ini dengan lebih lanjut!
Mula berniaga lapan tahun lepas
Memetik perkongsiannya bersama Nona, usahawan wanita ini mendedahkan bahawa dia mula berniaga kira-kira lapan tahun lepas.
“Terdetiknya mahu berniaga sekitar tahun 2014. Dengan hanya berbekalkan modal RM500 dari kawan lelaki yang sekarang dah jadi suami, saya gigih jual tudung dekat Pasar Tani, Pasar Malam termasuk Car Boot Sale.”
“Sebelum ini saya pernah bekerja di sektor perbankan. Pagi kerja di bank, sebelah malam pula saya berniaga di pasar. Memang letih tapi puas. Alhamdulillah, saya sentiasa dapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.” ujar usahawan wanita ini.
Kak Nab juga telah meluahkan rasa syukur kerana melalui perniagaan ini dia belajar erti hidup susah.
“Sejak zaman universiti lagi saya dah mula berniaga kecil-kecilan. Saya jual barang-barang terpakai kepunyaan sendiri secara Door to Door. Ketuk pintu rumah orang untuk menjual sebab kawasan tersebut jauh dari kedai dan supermarket.
“Sebenarnya sejak awal berniaga, untung yang saya dapat tak adalah banyak mana. Lebih kepada kepuasan dan bantu tampung perbelanjaan yang kurang.” tambahnya lagi.
Permulaan perniagaan
Kak Nab juga telah berkongsi mengenai keseronokan bekerja sendiri dan titik permulaan perniagaannya iaitu Nabella Butik.
“Seronoknya berniaga sebab kita boleh rancang masa sendiri, tambahan pula bila dah ada anak. Sebab itu jugalah saya berhenti kerja dan serius berniaga. Kira-kira dua tahun kumpul duit jualan tudung barulah saya mampu buka butik dengan kos RM15,000.”
Menurutnya, Nabella Butik ini pada awalnya berkonsepkan vendor, tapi bila dah ada modal lebih, dia mula membawa masuk barang sendiri seperti baju, tudung,
handbag, kasut dan macam-macam aksesori.
Setelah itu, apabila dia sudah dikenali dan mempunyai ramai pelanggan, dia cuba untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang kosmetik pula iaitu Averly Cosmetics. Produk kosmetiknya itu kini sudah pun memiliki empat produk iaitu Beauty Oil, Foundation, Krim Jerawat dan Magic Gloss.
Bangkit semua setelah ditipu
Ads
Bak kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Perjalanan untuk mencapai kejayaan ini bukannya sesuatu yang mudah dan pasti ada dugaan tersendiri. Buat usahawan ini, dia juga pernah mengalami kerugiaan sebanyak RM20,000 akibat ditipu.
“Untung hasil jualan di butik, saya labur RM20,000 beli kain untuk koleksi raya. Waktu itu saya ambil khidmat orang tengah. Bila dapat sample, kain memang cantik dan kualiti pun ok. Sebaik saja kain sampai, saya terus hantar jahit tanpa periksa keadaan kain.
“Tailor pula tak maklumkan apa-apa. Hampir tiga puluh peratus dah siap dan dihantar kepada saya untuk cuba..Rupanya, material kain tersebut mudah koyak dan pecah. Sudahnya, saya terpaksa juga bayar kos jahit dan buang semua kain sebab dah tak boleh pakai” ujarnya lagi.
Walaupun pernah ditipu berpuluh ribu ringgit, ianya tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus bangkit. Dengan hanya berbekalkan usaha dan bermula daripada bawah, kini sudah membuahkan hasil buat usahawan ini. Para hijabi boleh menjadikan kisah Kak Nab ini sebagai inspirasi dan pembakar semangat di masa hadapan.
Apabila berlakunya masalah teknikal seperti mikrofon imam tidak berfungsi di masjid, pastinya akan menimbulkan situasi panik buat barisan jemaah di belakang kerana dikhuatiri tidak mampu mengikuti bacaan daripada imam tersebut.
Mungkin itulah yang dirasai oleh Furqan Fawwaz yang melalui pengalaman yang mendebarkan buat dirinya apabila mikrofonnya tidak kedengaran sewaktu dia menjadi imam solat tarawih pada Ramadan pertama yang lalu.
Menerusi hantarannya di laman instagram, pemuda berusia 23 tahun ini tidak sedar akan situasi itu dan mujurlah seorang pakcik yang juga bilal masjid berkenaan telah menolongnya menghidupkan semula mikrofon tersebut.
Penyanyi dan pelakon bertubuh genit anak kelahiran Ipoh, Perak Amy Mastura merupakan antara selebriti wanita tanah air yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!
Malah, komposer dan pengacara Malaysia yang sentiasa tampil dengan personaliti dan keletahnya yang sarat dengan sense of humor dan bersahaja ini langsung tidak mencerminkan usia sebenarnya yang sudah mencecah 53 tahun.
Pesona dan perwatakan pelantun lagu popular Sha Na Na ini tetap menawan hati setiap peminat seni hingga ke hari ini. Mungkin kerana itu juga, bintang filem Puteri Impian ini sering tampak muda.
Asalnya Hanya Sekadar Minat, Akhirnya Tempa Kerjaya Sebagai Anak Seni!
Mendedahkan sisi peribadi kepada media suatu ketika dulu, Amy menjelaskan, “Saya menceburi bidang seni atas dasar minat.
“Kejuaraan di Jepun itu pun tidak disangka. Walaupun bermula sebagai seorang penyanyi, saya masih terima jika lebih dikenali sebagai pelakon kerana kedua-duanya adalah minat saya.
“Sedari awal lagi, saya langsung tidak mempunyai persediaan dan sehingga kini, saya hanya follow the flow.”
Anak-Anak ‘Mentor’ Kecantikan Amy
Berkongsi kisah bersama anak-anak, Amy Mastura jadikan anak sebagai ‘mentor’ untuk penjagaan kecantikan!
“Saya tidak ada rutin kecantikan langsung. Sekarang ni saya pula yang minta tip dari Adalia apa yang terbaik untuk kulit. Krim muka dia lebih banyak dari apa yang saya ada.
Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa petua. Dulu sewaktu dalam berpantang, saya cuma ikutkan apa yang diajar. Berpantang sepenuhnya secara tradisional pun tidak, cara moden pun tidak. It’s a mix of everything.
Cuma saya jenis yang tidak suka minum ais. Bukan pantang tapi saya sendiri tak terasa untuk menikmati air ais setiap masa. Mungkin itu juga membantu saya menjaga badan,” katanya.
Amy Mastura mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Mencecah usia perkahwinan 23 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan santun. Ternyata beliau bijak menggayakan busana berpadanan sesuai dengan penampilannya yang kini berhelar Hajah. Beliau yang turut berjinak-jinak berhijab sebelum itu dan akhirnya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya balik dari mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Ternyata wajahnya memang sesuai berhijab kerana memperlihatkan sisi cantik dirinya yang sebenar. Namun walaupun berhijab, tidak sesekali membataskan dirinya untuk bergaya dan jadi stailo seperti orang lain.
Malah beliau juga cukup bijak mix and match busana berpadanan ditambah pemilihan selendang menutupi mahkota yang satu.
Menurut ibu kepada dua anak ini juga beliau banyak menerima hadiah tudung dari teman-teman ataupun peminatnya dan begitu menghargai setiap pemberian hadiah yang diberi kepadanya.
Natasha Rizky Pradita merupakan model, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Dilahirkan di Padang pada 23 November 1993, Natasha telah menunjukkan laluan kerjaya yang telah...