Bisnes

Bermula Dengan Membuka Rumah Fesyen Mesra Hijab Di Kampung, ZARAWANI SALIM Kini Usahawan Fesyen Terkenal!

Share

Setiap wanita pastinya mempunyai impian setinggi gunung demi merubah kehidupan yang lebih baik. Ia bermula dari sekadar angan-angan yang kemudiannya menjadi realiti asbab daripada usaha yang tak kenal erti putus asa.

Zarawani Salim, antara usahawan wanita hebat di Malaysia yang berjaya melakar kejayaan tersendiri. Perniagaan berkonsepkan fesyen yang diusahakannya kini mula dikenali ramai.

Namun, ia tidak bermula dengan mudah kerana segalanya bermula dari bawah. Banyak yang Zarawani harungi termasuk detik jatuh bangun sebelum perniagaannya berada pada kedudukan sekarang.

Menyingkap detik permulaan, pada tahun 2011 terhasilnya jenama fesyen She Dazzle. Zarawani memulakan perniagaan di kampung halamannya Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab.

Sembilan tahun kemudian, Zarawani melebarkan empayar perniagaannya itu ke Kuala Lumpur dengan membuka butik mengikut konsep tersendiri.

Demi kepuasan pelanggan, Zarawani menetapkan harga yang berpatutan untuk setiap koleksinya di samping mengikut rekaan terkini dan berkualiti.

Bagi Zarawani, kegembiraan pelanggan dalam menggayakan setiap koleksinya tidak kiralah pakaian mahupun skaf adalah satu kepuasan dan pencapaian terbaik buatnya.

Kini setelah 12 tahun dalam bidang fesyen, jenamanya tetap menjadi pilihan setiap wanita yang mahu kelihatan bergaya mengikut trend semasa pada harga mampu milik. Semoga Zarawani terus sukses sebagai wanita inspirasi.

KOLEKSI SKAF TERBAHARU
Baru-baru ini, She Dazzle melancarkan koleksi skaf terbaharu bertemakan kebebasan dan kasih sayang.

Koleksi ‘Shescarves’ yang bermotifkan Monogram ini adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.

Berukuran 45×45 inci, koleksi ini memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love.

Setiap reka bentuk didatangkan dalam tiga kombinasi kod warna berbeza. Koleksi skaf ini terhad kepada 1,000 helai sahaja.

Turut memeriahkan majlis ialah pempengaruh terkenal Maryam Kimchi dan Puteri Zarith. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Datin Alyah yang turut menggayakan koleksi Shescarves.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd