Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai impian ataupun hasrat yang berbeza-beza. Tidak kisahlah daripada segi kerjaya, harta mahupun perkahwinan. Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan pastinya setiap insan memasang niat untuk membina keluarga sendiri.
Namun, tidak semua orang berkesempatan untuk membina mahligai disebabkan ujian hidup yang tidak bernoktah. Seperti kisah seorang wanita berusia 45 tahun yang menetap di Kampung Beris Jambu, Panji ini.
Mahu jaga ibu dan adik perempuan
Wanita yang dikenali sebagai Hazana Abd Hamid ini sanggup mengetepikan kepentingan diri dengan tidak berkahwin semata-mata mahu memastikan ibunya yang uzur serta adik perempuannya yang sakit mendapat penjagaan rapi.
Menurut sumber, Hazana sudah menjaga ibunya, Kamariah Daud yang berusia 88 tahun sejak 10 tahun lalu yang terlantar akibat kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, dia turut menjaga adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid,30 yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP).
Difahamkan, kedua-dua mata ibunya sudah tidak dapat melihat lagi. Bahkan, kesihatannya semakin melarat selepas diserang angin ahmar(di bahagian badan belah kiri) pada bulan lalu.
“Bagi meneruskan kehidupan, mek (panggilan untuk ibu) kini bergantung sepenuhnya kepada saya dan adik beradik lain kerana tidak mampu bergerak dan bercakap selain perlu disuapkan makan, minum dan dimandikan.
Ads
“Selagi mek masih bernafas adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Apabila ditanya soal adiknya, yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP);Hazana menyatakan bahawa dia ikhlas dan telahpun menjaga Siti Zulaiha(adiknya) sejak tujuh tahun lalu selepas ibu tirinya meninggal dunia.
“Saya secara sukarela mengambil tanggungjawab menjaga Siti Zulaiha kerana tidak ada sesiapa yang boleh menjaganya.
Ads
“Adik saya disahkan menghidap CP ketika berusia lima bulan sehingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan perlu diuruskan seperti seorang bayi termasuk makan, mandi serta membuang air kecil dan besar,” katanya Hazana.
Bagi menguruskan keperluan dua jantung hatinya, Hazana bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menyiapkan segalanya sebelum keluar bekerja sebagai pembantu kedai makan yang terletak berdekatan dengan rumahnya.
“Saya perlu mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumah dan hanya bekerja sehingga jam 12 tengah hari kerana perlu pulang ke rumah untuk menguruskan adik serta ibu.”
Ads
“Pendapatan RM30 sehari hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga, namun mujurlah adik memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan pada masa sama, ibu juga mendapat bantuan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 sebulan,” jelasnya lagi.
Meskipun bantuan yang diperoleh hanya ‘cukup makan’ untuk membeli barang keperluan keluarganya, namun Hazana tetap menitipkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat diringankan.
MasyaAllah, meskipun amat berat ujian yang dilalui oleh wanita ini, namun kecekalannya dalam mengharungi ranjau kehidupan wajar dipuji. Buat hijabi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya Hazana di talian 019-6997244.
Khabar keretakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran sudah tersiar secara meluas sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bermula dari keputusan Bella untuk berhenti memuat naik foto bersama suaminya, hingga akhirnya Engku Emran diketahui telah unfollow Instagram personel LCB.
Kini, teka-teki pernikahan Bella dan usahawan Malaysia itu terjawab sudah. Dilancarkan dari pelbagai sumber, pelakon film “Syurga yang Tak Dirindukan” tersebut akhirnya mengakui bahawa dia dan sang suami telah bercerai.
1. Berpisah secara baik-baik
Selebriti yang lahir pada 24 Februari 1988 ini mengungkapkan perpisahannya dengan suami dilakukan secara baik-baik. Keputusan untuk bercerai itu pun telah sepakat dengan oleh Bella dan Engku Emran.
“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” tutur Bella dari berbagai sumber yang disiarkan.
Berusaha untuk menyelamatkan pernikahan
Pelbagai upaya telah dilakukan oleh Bella dan Engku Emran untuk menyelamatkan pernikahan mereka. Teryata takdir perkahwinan mereka hanya selam 2 tahun sahaja. Perpisahan dinilai menjadi jalan keluar terbaik untuk Bella dan Engku Emran.
“Sudah pelbagai upaya yang kami lakukan, dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini, dan sudah segala proses kami juga lalui, dan saat ini semuanya sudah selesai,” kata Bella.
Jadi pengalaman berharga bagi Bella
Bella secara rasmi dilamar oleh Engku Emran pada 8 September 2017 di Malaysia. Sayangnya, pernikahan Bella dan duda satu anak itu hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Namun demikian, Bella mengaku memiliki banyak kenangan dan pengalaman yang didapat dari perjalanan cintanya dengan bekas suami.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah, dan pembelajaran yang saya dapat. InsyaAllah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini, boleh saya jadikan bekal, saya simpan, untuk saya menjadi wanita yang insyaAllah boleh jauh lebih baik lagi, amin,” ungkap Bella.
Belum menyatakan penyebab perceraian
Meski telah mengakui perceraiannya, Bella tidak mahu mengungkapkan apa penyebab perpisahan ini. Figura yang berusia 32 tahun itu memang tidak mahu membuka masalah peribadi kepada orang lain. Bahkan, walaupun desas desus keretakan rumah tangganya sudah disebarkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Bella tetap memilih untuk senyap ketika disoal oleh media.
Muat naik Engku Emran menjadi tumpuan
Setelah Bella mengumumkan perceraiannya, netizen pun memburu akun Instagram Engku Emran. Pada Rabu (1/7) pagi, usahawan dari Malaysia itu repost sebuah muat naik dari akaun @thegreatforgiver di fitur Instagram Story. Muat naik itu tentang kisah ayah yang tidak berpendidikan dengan puteranya yang pintar. Cerita ini membuat Engku Emran tersenyum dan ia seakan mengajak para pengikut di media sosial juga untuk tersenyum.
Walaubagaimanapun kita doakan yang terbaik untuk kedua pasangan ini agar menemui kebahagian dengan jalan yang di pilih ini.
SUMBER: POBELLA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama Siti Adira Suhaimi atau Adira merupakan figura yang tidak asing dalam imdustri hiburan tanah air dan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana bakatnya sudah diakui semenjak dinobatkan sebagai Naib Juara menerusi satu program nyanyian yang popular dahulu.
Malah, setiap lantunan suara yang dilagukan oleh ibu kepada empat cahaya mata berasal dari negeri di bawah bayu ini, sering menjadi pilihan OST yang menghiasi drama-drama tempatan hingga adira mendapat jokan ratu Ost Malaysia.
Adira Mahu Tukar Karier Nyanyian Kepada “Politician?”
Terbaharu, Adira yang dilihat aktif memuatnaik kandungan (content) berunsur komedi menerusi laman sosial miliknya seperti Instagram, Twitter dan TikTok sering menjadi sorotan peminatnya dan warganet dek kerana kelucuan yang dipaparkan bersama anak-anaknya.
Namun, satu muatnaik video baru-baru ini memaparkan Adira yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain filter ‘Which Job Suits You According To Your Face’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pekerjaan yang keluar dari filter iti menyatakan bahawa wajah Adira amat sesuai untuk menjadi seorang ahli politik.
Tanpa berlengah lagi, Adira terus ‘into character’sebagai Ahli politik di dalam video tersebut.
Malah, menurut Adira perkara pertama yang akan dilakukan sebagai ahli politik ataupun Yanh Berhormat (YB) adalah membetulkan jalan di Kundasang Sabah, bagi memudahkan dia dan keluarganya untuk pulang ke kampung.
Video berkenaan menjadi tular di laman tiktok, sekaligus meraih perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudahpun mencecah ribu tontonan dengan tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat respon yang ditinggalkan netizen terhadap hantaran Adira itu.
Rata-rata wargamaya membanjiri ruangan komen dengan menyatakan rasa terhibur melihat gelagat Adira dan ada yang berseloroh memintanya membaiki jalanraya di Sabah.
“Pigi simen dulu tu jalan sana Kundasang YB Adira” tulis mereka.
“Hati2 kak.. ada bung mokhtar nanti dalam parlimen.. berlawan kamurang siapa paling lawak dalam tu” kata mereka
“Dia lupa sudah ni dia penyanyi” tambah mereka
“Datin Adira, macam mana dengan perkembangan jalan raya di Sabah?” tanya mereka
Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata diantata Adira yang rajin berinteraksi dan melayan kerenah peminatnya di TikTok yang terhibur dengan kelucuan yang dipaparkan Adira.
Tapi apa salahnya jika Adira berangan menjadi ahli politik. Siapa tahu angan-angan ini kelak menjadi kenyataan seperti Datuk Dira Abu Zahar.
Sejak kemenangan sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini, diari kehidupan Wany Hasrita semakin sibuk. Malah apa sahaja aktiviti yang dilakukannya turut diintai follower penyanyi jelita ini.
Berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk konsultasi berkenaan mata, tetapi Wany juga sebenarnya membuat pembedahan lasik dengan Prof Dr. Muhaya.
Namun di sebalik pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Wany Hasrita yang dianggap sebagai ikon kepada remaja di luar sana telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqomah.
Bermekap tetapi mahu menjaga solat
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bermekap dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah mekap sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bermekap. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Wany Hasrita in the house. Apa Wany nak tanya saya ya?
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Tidak luoa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...