Berkorban Demi Anak, Wawa Aeril Mahu Hayla Sambung Legasi Perniagaan

Share

Pasangan pelakon popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendedahkan bahawa segala usaha keras yang dilakukan mereka, untuk membangunkan perniagaan Wawa Kosmetik hari ini adalah demi masa depan anak-anak.

Pasangan itu berkata, keempat-empat cahaya mata mereka bakal mewarisi perniagaan itu kelak di masa hadapan, agar masa depan kesemua anaknya lebih terjamin.

Hayla Bakal CEO Wawa Kosmetik

Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafril

“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.

“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.

Artikel berkaitan: Mahu Nampak Cantik, Wawa Zainal Tunaikan Hasrat Anak Pakai Gigi Palsu Di Usia 6 Tahun

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Aeril kepada Hijabista, sewaktu pelancaran pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, baru-baru ini.

Selain itu, Aeril menegaskan bahawa dia dan isteri tidak akan sesekali menyekat atau membantutka minat anak-anak mereka sekiranya mereka mahu meneroka bidang lain.

“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” jelasnya.

Hayla Warisi Bakat Lakonan Kami

Mengulas berkenaan minat dan kecenderungan anak-anak Aeril berkata setakat ini Hayla dan Sofya yang paling banyak mewarisi bakat lakonan milik mereka berdua.

Jelasnya lagi, berdasarkan pengalaman selama 16 tahun berkecimpung dalam industri seni, Aeril kini mampu membezakan antara bakat semulajadi ataupun bakat yang dicungkil keluar. Menurutnga, kedua-dua cahaya matanya itu mampu untuk tampil secara natural dan bersahaja ketika berdepan dengan kamera.

“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.

“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera,” ujarnya.

Untuk rekod, pada 2013 Aeril dan Wawa telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan itu telah dikurniakan empat cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Sumber : Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafril

Artikel berkaitan: Pernah Dipandang Rendah Waktu Kahwin Muda, Wawa Zainal Buktikan Dia Juga Boleh Berjaya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira